Terdapat pelbagai laporan yang mengesahkan bahawa Darwin Nunez semakin hampir pasti bakal menjadi pemain Liverpool.
Beliau dikatakan sudah bersetuju untuk ke Anfield dengan Liverpool juga turut sudah menghantar tawaran rasmi bernilai €80 juta berserta tambahan bonus bernilai €20 juta.
Liverpool dan Nunez sendiri sudah bersetuju dengan segala syarat peribadi dan kini mereka hanya menunggu lampu hijau dari Benfica untuk melengkapkan urusan perpindahan tersebut.
More details about Darwin #Nunez deal to Liverpool. 🔴 #LFC
➖️ Total cost of operation is 80M€ + 10M€ + 10M€.
➖️ 20% of value is for Almeria + around 10% for agent.
➖️ Contract until 2027 and salary around 6M€ per season. https://t.co/bjaehNbHT2— Pedro Almeida (@pedrogva6) June 11, 2022
Darwin Nunez awalnya merupakan pemain sasaran utama Manchester United dan beliau juga sepertinya sudah hampir pasti akan ke Old Trafford.
Walau bagaimanapun, sejak satu ke dua minggu terakhir ini, Liverpool dengan tiba-tiba muncul menunjukkan minat mereka mahu mendapatkan bintang Uruguay itu dan segera melakukan rundingan dengan Benfica.
The Reds berjaya memancing Darwin Nunez dan sepertinya bintang Benfica itu kini sedang dalam perjalanannya ke Anfield.
Tular video yang menunjukkan betapa teruknya sentuhan pertama Nunez
Sebelum ini baik penyokong Liverpool mahupun penyokong Manchester United, kesemua mereka kerap berkongsi video bagaimana tajam dan handalnya Nunez beraksi bersama Benfica dan Uruguay.
Walau bagaimanapun, telah tular pada ketika ini sebuah video yang menunjukkan bagaimana teruknya sentuhan pertama Nunez dan kualiti penyudah beliau juga sepertinya terlalu lemah.
https://twitter.com/scot_utd/status/1535297979942305792?t=mVORJEwhxN33-ONTZcfhXw&s=19
Di dalam video tersebut, ia sebenarnya telah merangkumkan rangkuman aksi Nunez ketika beraksi bersama Benfica dan skuad kebangsaan Uruguay.
Jika dilihat pada sentuhan pertama Nunez, ia dilihat lebih teruk dari sentuhan pertama Lukaku dan hal itu menyebabkan ramai mempersoalkan adalah beliau betul-betul layak dianggap pemain bernilai €100 juta atau tidak.
Setiap kali bola tiba ke kakinya, beliau gagal untuk menghentikan bola itu dan menyebabkan bola bergolek jauh dari kakinya.
Decision making beliau juga sangat teruk kerana dalam video itu jelas sekali terlihat yang beliau teragak-agak untuk menghantar bola kepada rakan sepasukannya walau ada ruang yang cukup untuk melakukan itu.
Lebih teruk lagi, ada beberapa detik yang menunjukkan bagaimana lemahnya penyudah beliau dengan Nunez dilihat sekadar melepaskan rembatan liar walau tiada ruang untuk beliau melakukan itu.
Darwin Nunez: Liverpool new £85 million signing plus £20 million add ons. #Nunez #LFC #MUFC #Manutd 🥰 pic.twitter.com/g9CnSYih12
— Kattia Olsen 🇳🇴 (@kattia_olsen1) June 10, 2022
Melihat kepada aksi-aksi beliau dalam video tersebut, ramai peminat yang mula mempersoalkan adakah beliau layak untuk ditandatangani dengan nilai mega?
Para peminat bimbang beliau bakal menjadi pencetus kepada kejatuhan Liverpool kerana mengeluarkan dana besar untuk pemain yang buta kayu.
Video lama
Ada juga peminat yang meninggalkan komen pada video tersebut, dengan mendakwa ia sebenarnya video lama dan Nunez kini bukan lagi pemain sedungu itu.
Gaya rambut dan penampilan beliau dalam video itu juga berbeza dan kerana itulah ada yang menganggap ia video lama.
Peminat tersebut mendakwa yang Nunez yang sekarang sudah semakin matang dan kualiti yang beliau miliki juga jauh lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini.
Nunez semakin hampir pasti sertai Liverpool
Menurut laporan dari pelbagai sumber, Darwin Nunez ketika ini sudah semakin hampir pasti untuk ke Anfield dan hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja dari kedua-dua pihak.
🚨NEW: Darwin Nunez will earn €115,000 a week at Liverpool 💰
He rejected a higher wage offer from Man Utd and choose Liverpool instead 💪🙌😍
Our wage structure is brilliant 👏#LFC #Nunez #YNWA pic.twitter.com/dufdNq2Zkh— Tee 🔴 🇺🇦 (@Tee025s) June 9, 2022
Manchester United juga turut masih berunding dengan ejen kepada Nunez dalam usaha mereka mahu sailang bintang Uruguay itu dari Liverpool.
Agak membingungkan juga untuk memikirkan mengapa terlalu banyak kelab yang berusaha berebut pemain seperti Nunez andai beliau benar-benar tidak ada kualiti yang baik.
Adakah beliau layak dinilai dengan nilai €100 juta? Semuanya akan mampu dijawab selepas melihat aksi debutnya nanti.
🚨BREAKING🚨:- It is understood that personal terms between Liverpool and Darwin Nunez of a 5 year deal has been agreed. Liverpool will pay €80m net fee & €20m with add ons [David Ornstein & James Pearce – The Athletic]
Let’s go 💪🙌🔴 #LFC #Nunez #DarwinNunez #YNWA pic.twitter.com/n8i5tehVre— Tee 🔴 🇺🇦 (@Tee025s) June 9, 2022
Masih tidak pasti sebenarnya ke mana arah tuju beliau selepas ini, namun satu hal yang pasti, hanya Man Utd dan Liverpool sahaja kini menjadi dua calon kegemaran yang akan mampu mendapatkan khidmatnya.