[VIDEO] Riak Wajah Pogba Selepas Melihat Jaringan Hebat Daripada Messi

Seperti dijangka, Barcelona dengan tenang menundukkan Manchester United di halaman sendiri walaupun ada pihak yang menyangka peristiwa kebangkitan di kota Paris akan berulang kembali.

Barcelona menyingkirkan Setan Merah dengan aggregat 4-0 dan langsung tidak memberikan sebarang gol saguhati untuk dibawa pulang ke tanah Inggeris.

Pogba terpukau dengan jaringan padu Messi. You’re not alone Dab-Boy !

Kapten Barcelona, Lionel Messi yang berdarah lecer pada perlawanan pertama di Old Trafford akibat siku maut dari Chris Smalling, menjadi duri dalam daging buat Red Devils apabila menjaringkan 2 gol dengan satu daripadanya hasil kesilapan budak sekolah dari David De Gea.

Gol pertama Messi pada perlawanan timbal balik tempoh hari menjadi bukti paling nyata mengapa beliau dianggap sebagai pemain terbaik dunia ketika ini, mungkin juga terbaik sepanjang zaman.

Messi bijak memperdayakan pemain tengah bertahan United, Fred sebelum melakukan rembatan cengkok dari luar kotak penalti untuk menewaskan De Gea bagi gol pertama Barcelona.

https://twitter.com/TrueSccrLife/status/1118233098750255105

https://twitter.com/TheTrebler/status/1118272833430458373

Sebaik sahaja Messi menjaringkan gol, kamera televisyen pergi ke arah Paul Pogba dan jelas kelihatan reaksi pemain antarabangsa Perancis tersebut terhadap gol padu tersebut.

Bagaikan tidak percaya, muka dan ekspresi Pogba seperti tergamam dan tidak percaya dengan apa yang baru disaksikannya.

Reaksi Pogba sebenarnya sama seperti reaksi jutaan peminat bola sepak di luar sana yang turut tergamam melihat kepaduan gol Messi.

Persembahan Pogba pada malam tersebut cukup mengecewakan sehingga namanya dipetik Gary Neville untuk ulasan selepas tamat perlawanan.

“Sekarang Pogba bermain macam Pogba sebelum ketibaan Ole Gunnar Solskjaer.”

“Saya rasa beliau bermain cukup buruk, bermain untuk diri sendiri, dan tidak banyak bergerak. Pogba kelihatan seperti tidak ambil kisah mengenai perlawanan tadi.”

“Tetapi Pogba masih lagi pemain yang hebat dan mampu menjadi lebih hebat. Beliau cuma perlu fokus kembali.”

BACA:  Barcelona Berminat Dapatkan Aubameyang Sebagai Pengganti Aguero