Pemain pertahanan Man City Kyle Walker terlibat dengan konfrontasi dengan jurulatih Arsenal selepas pasukannya tewas – dan insiden tersebut turut melibatkan Erling Haaland.
Insiden tersebut berlaku tidak lama selepas wisel penamat ditiup pengadil, menyaksikan Arsenal merekodkan kemenangan 1-0.
Perlawanan tersebut berlangsung dengan sengit dan terpaksa menunggu sehingga minit ke-85 untuk jaringan dihasilkan selepas percubaan Gabriel Martinelli terbias dan menewaskan Ederson.
Jaringan itu cukup untuk membuatkan Emirates gempita dan atmosfera tersebut berlanjutan di luar padang seleps perlawanan tamat.
Kamera Sky Sports kemudiannya sempat merakam bagaimana Walker dan Haaland dikerumuni pegawai dan anggota kejurulatihan pasukan Arsenal ketika pemain sedang menuju ke bilik persalinan.
Satu lagi video kemudiannya menunjukkan bagaimana pemain pertahanan England itu mengamuk terhadap jurulatih set-pieces Arsenal Nicolas Jover.
The scuffle between Kyle Walker, Haaland & Arsenals' set piece coach after the final whistle. pic.twitter.com/XmQuIxyQ2F
— EmanDaGoon™ (@EmanDaGoon) October 8, 2023
Jover sebenarnya bukan watak asing kepada Walker dan di kalangan anggota skuad City kerana pernah bersama pasukan itu sebelum ini.
Tatkala kekecohan mulai tercetus antara kedua-duanya, Haaland turut dilihat campur tangan untuk mempertahankan rakan sepasukannya itu.
Insiden panas tersebut bagaimanapun berjaya dileraikan sebelum Walker dan Haaland dibawa masuk ke bilik persalinan.
Foto yang telah di-zoom menunjukkan Jober melambai kepada Bukayo Saka yang tidak beraksi dalam perlawanan tersebut kerana kecederaan.
Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar Walker tiba-tiba ‘panas’ dengan jurulatih tersebut.
Full time scenes at the Emirates!
Erling Haaland and Kyle Walker were not happy with the Arsenal backroom staff after the final whistle just now!#AstroEPL #ARSMCI pic.twitter.com/TifTtWXanR
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) October 8, 2023
Pep Guardiola bagaimanapun kekal tenang dan sekadar ketawa mengenai situasi tegang tersebut ketika ditanya wartawan selepas perlawanan.
Mengenai perlawanan secara keseluruhan pula, Guardiola berkata: “Kami mempunyai momen kami. Mereka juga mempunyai momen mereka. Perkara lain sama saja, dan melalui satu aksi mereka menang.
“Arsenal berjaya menyukarkan kami. Tahniah kepada Arsenal – itu saja saya boleh lakukan. Kami sedar apa yang seharusnya kami lakukan, dan kami akan lakukan.”
Kemenangan 1-0 terhadap bekas juara bertahan Premier League itu bermakna Arsenal kini menduduki tangga kedua liga. Skuad kendalian Mikel Arteta kini memiliki jumlah 20 mata yang sama dengan Tottenham, namun tewas daripada segi perbezaan jaringan.
Manakala City pula jatuh ke kedudukan ketiga selepas dua kekalahan berturut-turut aksi Premier League.