Vidic Akui Torres Merupakan Penyerang Terbaik Dunia Ketika Bersama Liverpool

Tidak boleh dinafikan bahawa Nemanja Vidic merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia yang pernah beraksi di pentas Premier League.

Ketika zaman kegemilangan beliau bersama pasukan setan merah, Vidic antara pertahanan paling digeruni lawan waktu itu.

Sir Alex Ferguson adalah pengurus United ketika itu dan beliau telah menggandingkan Vidic dengan Rio Ferdinand sebagai pertahanan tengah untuk setan merah.

Gandingan dua pemain itu di bahagian pertahanan United merupakan antara pasangan center back terbaik pernah ada dalam saingan premier league.

Namun disebalik kehebatan mereka berdua menjadi tembok kental untuk setan merah ada juga penyerang lawan yang digeruni oleh mereka.

Fernando Torres merupakan salah seorang penyerang yang sering memberi masalah kepada bekas pertahanan setan merah itu.

Setiap kali perlawanan derbi yang menemukan Liverpool dengan setan merah, bekas pertahanan Red Star Belgrade dan Spartak Moscow itu sering gagal untuk mengawal atau membaca gerakkan dari Torres.

Torres atau dikenali dengan jolokan nama El Nino adalah ancaman utama untuk Vidic dan sering memberi masalah kepadanya.

Hal ini diakui oleh Vidic sendiri yang tidak sama sekali menafikan fakta bahawa Torres sering memberi masakah kepada beliau.

Setelah beberapa tahun perjalanan karier kedua pemain itu berakhir, baru kini Vidic tampil menceritakan mengapa Torres sentiasa memberikan masalah kepada beliau.

“Torres merupakan seorang pemain yang sangat istimewa. Pada era kami, beliau mungkin salah seorang penyerang terbaik di Premier League. Beliau berjaya membolosi gawang United dalam kebanyakkan perlawanan,”

“Di Premier League adakalanya saya melalui perlawanan yang baik ketika berhadpan pemain seperti Didier Drogba. Adakalanya gagal.”

“Begitu juga ketika berhadapan Torres dalam setiap perlawanan, adakalanya akan ada perlawanan yang memihak kepada saya dan ada juga tidak.”

“Kerana itulah saya paling sukakan Premier League. Anda beraksi baik menentang Drogba, selepas itu anda akan berhadapan dengan Torres dan kemudian Sergio Aguero.”

“Kebiasaannya bila saya berhadapan dengan orang mereka akan menganggap saya mempunyai sosok tubuh lebih besar sedangkan saya tidak pernah mempunyai tubuh besar, saya cuma memberikan segala-galanya ketika bersaing yang menampakkan saya besar sebab mampu bersaing dengan pemain lebih besar.”

“Saya juga sukar untuk menjadikan diri lebih besar [secara fizikal] kerana saya juga tahu bahawa saya perlu berhadapan dengan pemain seperti Torres dan Aguero.”

“Ini menyebabkan saya jarang berada di gym kerana anda perlu berhadapan dengan pemain penyerang yang mempunyai berlainan sifat sebegini.”

Begitulah luahan Vidic menjelaskan mengapa Torres sering memberi masalah kepada beliau.

Vidic ketika kariernya telah beraksi bersama setan merah dari 2006 hingga 2014 dan telah tampil dalam lebih 200 perlawanan.

Setelah itu beliau telah berhijrah ke Inter milan selama dua musim lalu bersara di sana pada tahun 2016.

Vidic sendiri dah sah kan bahawa Torres ketika bersama Liverpool merupakan penyerang terbaik dunia yang pernah beliau hadapi.

BACA:  Fernando Torres Sah Tinggalkan Atletico Madrid Hujung Musim Nanti