Walau ‘Buas’ Di Atas Padang, Pepe Sebenarnya Anak Manja Mak

Pepe pernah digelar ‘The Animal’ dek kerana buasnya beliau ketika berada di atas padang, dan tidak keterlaluan untuk menganggap yang beliau antara pertahanan paling bengis yang pernah ada dalam dunia bola sepak.

Walau bagaimanapun, jangan terkejut kalau Pepe sebenarnya anak manja mak, dengan beliau masih tidur bersama ibunya sehingga berusia 17 tahun.

Walaupun beliau mewakili Portugal di pentas bola sepak antarabangsa, namun Pepe Sebenarnya membesar di Brazil dan keluarganya hanya berpindah ke Portugal ketika beliau sudah meningkat remaja.

Walaupun beliau berkembang menjadi pemain yang digeruni lawan, namun Pepe tetap memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya dari ibu beliau.

Bercakap kepada media Portugal, Tribuna Expresso, Pepe mendedahkan bahawa:

“Sehingga saya datang ke Portugal, di usia saya 17 tahun, saya tidur dengan ibu saya, jadi bayangkan macam mana tu (ketawa bengis).”

“Saya sudah besar dan saya tidor dengan orang tua saya, jadi bayangkan yang ayah saya langsung tak suka tengok saya ada di sana (ketawa lagi).”

“Ini sangat menarik, ada satu hari tu saya bercakap dengan ibu saya dan dia beritahu saya yang saya sangat suka mainkan jari saya dekat rambut dia dan saya beritahu dia yang mungkin saya sudah tahu yang saya akan selalu berjauhan dengan dia.”

Pepe menandatangani perjanjian bersama Maritimo dan membuat 64 penampilan untuk kelab sebelum menyertai Porto buat pertama kali.

Bersama Porto, beliau berjaya membantu gergasi Portugal itu memenangi dua gelaran liga secara berturut-turut.

Beliau kemudiannya menyertai Real Madrid dan di situlah beliau mula mencipta nama sebagai pemain pertahanan paling digeruni dalam dunia bola sepak.

Bersama Los Blancos, Pepe berjaya memenangi tiga gelaran La Liga dan tiga gelaran Champions League selepas membuat 334 penampilan sepanjang sembilan musim di Santiago Bernabeu.

Selepas mengharungi karier bersama Besiktas dalam saingan bola sepak Turki, pemain berusia 38 tahun itu akhirnya memutuskan untuk kembali ke Porto.

Beliau dilantik sebagai ketua pasukan, dan berjaya memimpin Porto untuk memenangi dua Piala pada musim 2019/20.

Malam kemarin, Pepe turun memimpin Porto untuk aksi dalam saingan Champions League di Estadio da Dragao.

Ia jelas sekali merupakan perlawanan paling panas dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, dengan tiga kad merah di layangkan.

Telah berlaku satu insiden yang memperlihatkan bagaimana Pepe mengamuk memaki hamun para pemain Atletico Madrid dengan pemain Porto.

Beliau turut dilihat menjerit depan muka Hermoso memaki hamun pemain Atletico Madrid itu sebelum turut dilayangkan dengan layangan kad kuning.

Pepe memang ada sejarah dengan Atletico Madrid, mungkin kerana beliau pernah beraksi bersama Real Madrid, jadi aura Madrid derby itu masih ada dalam dirinya.

Pemain Atletico yang dianggap keras dan keji juga goyang nak bersuara atau melawan Pepe dengan kebanyakkan dari mereka hanya tunduk layu ketika dimaki oleh pemain veteran Porto itu.

Menurut data dari Transfer Markt, pemain legenda centre-back itu pernah mengutip 167 kad kuning dan 12 kad merah sepanjang kariernya di peringkat kelab mahupun negara.

Walau bersikap keras dan buas di padang, namun Pepe tetap bayi comel di mata ibu kesayangan dia.

Pepe pun sayang dan manja dengan mak dia.

Selepas tamat aksi kekalahan bertemu Atletico Madrid semalam, Pepe sedikit kecewa kerana gagal memimpin kelabnya untuk mara ke aksi kalah mati saingan Champions League.

Namun beliau sepertinya boleh menarik nafas lega kerana AC Milan turut mencatatkan kekalahan dan membolehkan Porto untuk beraksi dalam saingan Europa League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pepe Terinzal Sebentar Selepas Dilayangkan Kad Kuning