Walker Percaya Guardiola Mampu Bantu Beliau Jadi Bek Kanan Terbaik Dunia

Pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker nekad untuk menjadi bek kanan terbaik dunia dan pengalaman Pep Guardiola ketika bekerjasaman dengan Philip Lahm dan Dani Alves akan membantu beliau mencapai sasaran tersebut.

Walker menyertai Manchester City dari Tottenham Hotspurs pada jendela perpindahan musim panas tahun lepas dalam perjanjian bernilai  £45juta, menjadikan beliau antara pemain pertahanan termahal di dunia.

Dengan kuasa Inifinity Gauntlets yang dimiliki Guardiola, beliau akan menukar saya menjadi pemain terbaik dunia

Keputusan beliau untuk menyertai The Citizens nyata berbaloi apabila berjaya memenangi dua trofi musim ini iaitu Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao. Dengan purata umur skuad yang masih muda, City dilihat tidak akan berhenti disitu sahaja dan dicanang bakal mendominasi saingan domestik untuk tahun yang akan datang.

Dalam temubual ekslusif bersama Soccer AM’s Tubespemain antarabangsa England itu telah menceritakan lebih lanjut bagaimana Guardiola membantu beliau meningkatkan tahap permainannya dan mendakwa peranan yang dimainkannya di City sekarang adalah lebih kompleks jika dibandingkan ketika bermain untuk Spurs.

“Saya pernah berkata sebelum ini, Guardiola pernah bekerjasama dengan dua idola saya iaitu Philip Lahm dan Dani Alves. Guardiola telah memberikan input berguna kepada saya untuk diselitkan dalam permainan saya di sini.”

“Saya mahu menjadi bek kanan terbaik dunia. Semua pemain mahu jadi yang terbaik di dunia dan itulah sasaran saya sekarang. Dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki Guardiola, saya berharap beliau akan membantu saya untuk mencapai sasaran tersebut.”

Too much class in one picture

“Perjalanan saya masih lagi jauh. Hari ini anda dapat lihat Joshua Kimmich, Dani Carvajal, dan Antonio Valencia yang saya amat pandang tinggi kerana beliau bermula sebagai pemain tengah.”

“Saya mahu tergolong dalam kelompok pemain tersebut. Tetapi bolasepak adalah sukan yang ganjil, satu masa anda berada di atas, dan selepas itu anda mungkin berada di bawah. Ia adalah mengenai konsistensi, dan 3 pemain yang saya sebut tadi adalah pemain yang cukup konsisten.”

“Saya dapat rasakan Guardiola telah menjadikan saya pemain yang lebih bijak. Beliau telah mengajar saya bagaimana untuk membaca permainan, bila untuk naik ke atas, bila untuk masuk ke dalam, dan membuatkan saya lebih banyak berfikir mengenai permainan.”

“Ketika bermain bersama Tottenham, peranan saya hampir sama seperti pemain sayap. Tugas utama saya ketika itu adalah untuk mengawal sayap kanan dan bersedia untuk turun naik.”

Dekat Spurs dulu main xyah pakai otak sangat pon

“Saya tidak bermaksud anda tidak perlukan otak untuk bermain di posisi tersebut, tetapi tugas saya di Spurs adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan tugas saya di Manchester City.”

Dengan Piala Dunia 2018 semakin hampir, Walker sempat memberikan pendapatnya mengenai peluang England dalam kejohanan tersebut.

“Kami akan turun dengan misi untuk memenangi kejohanan tersebut. Adakah kami mampu melakukannya ? Sudah tentu kami mampu. Saya percaya kami mampu melakukannya.”

“Tetapi sebelum ini, kami gagal bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan kalah mati. Ia akan menjadi tugas yang sukar tetapi sesuatu yang telah dijangka kerana ia pentas Piala Dunia.”

BACA:  Van Dijk Laung Amaran, Yakin Liverpool Pencabar Serius Man City Untuk Kejuaraan Musim Ini