Klopp: Liverpool & City Tunjuk Bagaimana Bolasepak Harus Dimainkan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabel kemenangan Liverpool 4-3 ke atas Manchester City adalah ‘isyarat jelas’ dari pasukannya selepas kehilangan Philippe Coutinho baru-baru ini.

Dalam aksi yang berlangsung tengah malam semalam, Liverpool berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah The Citizens musim ini dalam perlawanan yang sarat dengan gol dan aksi yang berlangsung di Anfield.

Liverpool power this is our year !

Liverpool berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa 9 minit untuk menjadikan kedudukan 4-1 pada separuh masa kedua, sebelum City kembali melawan pada lewat permainan menerusi dua gol yang dijaringkan oleh Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan.

Liverpool berjaya menyerap segala asakan City pada penghujung perlawanan untuk memberikan kemenangan ke-13 mereka musim ini, dan pada masa yang sama memintas Chelsea untuk menduduki tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris.

Klopp ketika ditemuramah selepas tamat perlawanan telah memuji aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan, sambil menambah kekalahan yang dialami City mungkin satu-satunya kekalahan yang dialami mereka musim ini.

Impian Invincibles tidak menjadi kenyataan, Wenger tersenyum sinis

Apabila ditanya untuk memberikan rumusan mengenai perlawanan tersebut, Klopp berkata:

“Baik dan boring ! Saya rasa perlawanan tadi membuktika mengapa ramai orang mencintai sukan ini. Itulah bolasepak.”

“Itulah gambaran bolasepak sepatutnya dimainkan apabila dua pasukan bergabung kualiti, teknik dan sikap. Segalanya boleh berlaku.”

“Kami tidak ‘berjudi’ dalam perlawanan tersebut. Tetapi dengan keupayaan serangan balas yang dimiliki pasukan, kami percaya mampu menjaringkan gol ke-5.”

“Walaupun kami mempunyai kesemua pemain dalam kotak penalti kami, Mancester City masih lagi mampu mencipta peluang. Kami tidak pernah selamat. Tetapi saya amat-amat gembira kerana kerana ini adalah keputusan yang adil buat kami.”

“Mungkin apabila saya melihat penghujung musim nanti atau 10 tahun yang akan datang, saya mungkin berkata perlawanan ini adalah bersejarah kerana kerana ia mungkin menjadi satu-satunya kekalahan yang dialami Manchester City musim ini.”

Tidakkkkkk

“Mereka adalah pasukan yang sangat bagus dan saya amat berbangga dengan pemain saya kerana mereka mampu mempamerkan prestasi yang cemerlang di tempat sendiri.”

Klopp turut menekankan mengapa penting buat pasukannya menjaringkan 4 gol selepas kehilangan khidmat pemain berpengaruh, Philippe Coutinho beberapa hari lepas kepada Barcelona.

“Kami berjaya menjaringkan 4 gol dalam minggu yang sama Coutinho meninggalkan kelab ini. Jadi itu adalah isyarat yang jelas. Kami tahu kami mampu melakukannya tetapi kami perlu bekerja keras untuk mempamerkannya.”

“Malam ini sangat sempurna. Ia keputusan yang adil. Kami berhak menang dan Manchester City berhak mendapat keputusan yang sangat tipis. Segalanya berlangsung dengan sangat bagus.”

BACA:  Martinelli Dedah Arsenal Sengaja Eksploitasi Kelemahan Trent Alexander-Arnold