Newcastle United telah diberitahu yang mereka perlu menyediakan dana bernilai £100 juta untuk menandatangani pemain sasaran utama kelab pada jendela perpindahan Januari nanti.
Selepas pengambilalihan kelab dari Mike Ashley kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi, Newcastle kini mahu masuk ke era baru yang lebih gemilang.
The Magpies terus menerus dikaitkan dengan ramai bakat-bakat hebat dalam dunia bola sepak menjelang jendela perpindahan Januari nanti.
Newcastle’s new Saudi-led regime keeps eye on Watford star Ismaila Sarr as first transfer target https://t.co/T9yGDfHDwT
— 9 Breaking News (@9_breaking_news) October 28, 2021
Newcastle telah dikaitkan dengan ramai pemain handalan seperti Ousmane Dembele, Eden Hazard, James Tarkowski, Jesse Lingard dan ramai lagi.
Laporan terbaru menyatakan yang pihak kelab sedang memantau perkembangan Ismaila Sarr sebagai antara pemain sasaran utama mereka.
Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Watford meletakkan tanda harga tetap bernilai £100 juta untuk melepaskan bintang utama mereka itu.
The Hornets juga pada masa sama mahu mengekalkan pemain termahal mereka itu, dalam usaha untuk terus kekal dalam aksi saingan Premier League.
Laporan sama turut menyatakan yang pihak kelab sangat yakin pemain sayap Senegal itu setanding dengan Jack Grealish yang ditandatangani oleh Manchester City dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta.
Newcastle 'seek Ismaila Sarr in post-takeover transfer but Watford want £100M' https://t.co/h8fA8HfDXq
— Irish Sun Sport (@IrishSunSport) October 29, 2021
Sarr yang kini baru berusia 23 tahun ditandatangani oleh Watford dari Rennes dengan yuran perpindahan bernilai €17 juta pada tahun 2019.
TransferMark menganggarkan nilai pemain kebangsaan Senegal itu hanya sekitar £30 juta sahaja dan agak mengejutkan juga untuk melihat pihak kelab meletakkan tanda harga sehingga £100 juta untuknya.
Beliau berjaya menjaringkan empat gol dari sembilan penampilan sepanjang musim ini, dengan Ismaila Sarr sebelum ini cemerlang meledak 13 gol dalam saingan Championship untuk bantu Watford layak beraksi dalam saingan Premier League.
Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya sedang menikmati permulaan musim yang agak menarik pada musim ini.
Sarr juga sebenarnya turut dianggap sebagai antara prospek masa hadapan dalam dunia bola sepak, dengan Ben Foster sendiri sangat kagum dengan rakan sepasukannya itu.
#NUFC linked with Watford hotshot Ismaila Sarr but Prem rivals 'want £100m'https://t.co/EnD98eDNpI pic.twitter.com/nMWZx4GVdl
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) October 29, 2021
“Dia sungguh menakjubkan.”
“Betapa lajunya dia ketika bermain, saya tak pernah lihat pemain selaju dia.”
“Kepantasan dia sungguh luar biasa menakjubkan.”
“Bukan hanya pantas, dia juga lincah di bahagian sayap dan selalu menghantar bola ke dalam kotak, dan kini dia juga sudah menjaringkan gol.”
Walau kehebatan dan bakat beliau tidak boleh diragukan, namun tanda harga yang pihak kelab letakkan ke atasnya agak keterlaluan.
Para peminat sendiri turut sedar akan hal ini dan bersetuju yang tanda harga untuk Ismaila Sarr itu sebenarnya terlalu tinggi.
Mungkin kerana melihat Newcastle memiliki kemampuan dari segi kewangan, maka pihak kelab sewenang-wenangnya meletakkan tanda harga yang luar biasa itu.
Newcastle's new Saudi-led regime eye up Watford star Ismaila Sarr as their first transfer target… but the stubborn Hornets are unlikely to sell their prized asset in the January window as they bid to stay up
[ @MailSport ] #Watfordfc 🟡⚫️ pic.twitter.com/BxKxJnckCU
— The Voices of The Vic 🟡⚫️ (@VoicesOfTheVic) October 29, 2021
Newcastle boleh menggunakan dana tersebut untuk tandatangani dua pemain seperti Coutinho dan Hazard berbanding mengeluarkan £100 juta hanya untuk Ismaila Sarr seorang.
Untuk menyelamatkan kelab dari terus berada di zon penyingkiran, Newcastle United jelas sekali perlu mendapatkan pemain-pemain hebat untuk membantu mereka.
Jendela perpindahan Januari nanti bakal jadi medan untuk pemilik baru memulakan era baru kelab, dan tidak akan mengejutkan untuk melihat Newcastle menjadi pasukan paling aktif berbelanja.
Mereka mungkin tidak akan menunggu sehingga jendela perpindahan musim panas akan datang untuk berbelanja, kerana kedudukan kelab pada ketika ini sudah hampir pasti untuk tersingkir.
Bagi mengelakkan dari hal itu berlaku, maka Newcastle jelas sekali tiada pilihan lain yang boleh dilakukan, melainkan dengan mula berbelanja untuk membawa masuk pemain-pemain baru.
🔔 𝐉𝐮𝐬𝐭 𝐈𝐧: According to Daily Mail Newcastle United’s new owners have identified Watford's Senegal winger 🇸🇳 Ismaila Sarr as an early transfer target.#AfricaPredict #TipsForYou #TransferNews pic.twitter.com/7QpnQ5gwM8
— AfricaPredict.com (@AfricaPredict) October 29, 2021
Namun begitu, mereka juga hendaklah bijak dalam berbelanja, agar tidak menjadi mangsa scam mana-mana pasukan, yang sengaja meletakkan harga tinggi kerana melihat kekayaan mereka.
Sumber: SPORTbible