Bintang Ligue 1 Tolak Tawaran Luar Biasa Mengagumkan Dari Newcastle United

Aktiviti Newcastle United dalam pasaran pemain pada jendela perpindahan Januari ini sedikit terganggu selepas ada pemain yang menolak tawaran luar biasa mewah dari mereka.

Terbaru, Lucas Paqueta dilaporkan menolak tawaran luar biasa lumayan dari Newcastle United yang mahu membawa beliau ke St James Park.

Footmercato melaporkan yang pemain kebangsaan Brazil itu telah menolak tawaran gaji yang sangat tinggi dari Newcastle United pada jendela perpindahan Januari ini.

The Magpies dilaporkan menawarkan gaji bernilai €850,00 sebulan yang mana ia lebih daripada €10 juta setahun untuk bintang kebangsaan Brazil itu.

Walau bagaimanapun Paqueta dilaporkan tidak berminat dengan tawaran tersebut dan beliau lebih memilih untuk kekal bersama Lyon.

Paqueta walau bagaimanapun turut menjelaskan yang beliau hanya akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Lyon seandainya kelab yang melamar beliau itu memiliki profil yang lebih baik dari kelabnya sekarang.

Atas alasan itulah beliau menolak tawaran dari Newcastle kerana Lyon bermain di pentas Eropah, sementara Newcastle bergelut di zon penyingkiran liga domestik.

Newcastle United turut dikaitkan dengan beberapa orang pemain lain sejak kelab diambil oleh syarikat konsortium Arab Saudi pada Oktober lalu.

Pihak kelab dijangka akan mengeluarkan dana yang besar pada jendela perpindahan Januari ini dalam usaha mereka untuk keluar dari zon penyingkiran.

Dari 17 perlawanan sepanjang musim ini, Newcastle hanya berjaya mengumpul 10 mata sahaja dan ia merupakan satu rekod yang sangat mendukacitakan.

Mereka pada ketika ini berada di kedudukan ke-19 dalam carta liga dan selepas ini bakal melayan kunjungan dari Juara bertahan, Manchester City pada hujung minggu ini.

Sementara Lyon sendiri pula, mereka selepas ini telah dijadualkan untuk bertemu Metz dalam saingan Ligue 1 dengan mereka kini berada di kedudukan ke-13 dalam carta liga.

Selain Paqueta, Newcastle United turut akan berusaha untuk memancing bintang-bintang lain dari saingan Ligue 1, La Liga dan Serie A.

Walau mereka mempunyai dana yang banyak dan kedudukan ekonomi yang stabil, namun persembahan semasa kelab menyebabkan ramai bintang yang menolak untuk ke Newcastle.

Mereka mungkin boleh mencuba nasib untuk memancing pemain yang jelas sekali mengutamakan duit dalam karier mereka untuk membantu Newcastle keluar dari zon penyingkiran.

Ousmane Dembele, Samuel Umtiti, Philippe Coutinho, Luuk de Jong antara muka-muka dari Nou Camp yang boleh Newcastle tandatangani.

Kesemua pemain ini bakal dilepaskan oleh Barcelona kerana tiada dalam perancangan kelah, dan mereka juga dilaporkan menolak cadangan pemotongan gaji dari kelab.

Seandainya Newcastle berani menawarkan gaji yang tinggi kepada pemain-pemain ini, tidak mustahil mereka akan sanggup pergi ke St James Park dan membantu kelab untuk kekal dalam saingan Premier League.

Newcastle juga dilaporkan mahu memancing beberapa pemain dari dalam saingan Premier League sendiri dan antara yang paling mereka berminat adalah bintang dari Old Trafford.

The Magpies mahu berusaha untuk mendapatkan Donny Van de Beek, Dean Henderson, Anthony Martial dan Jesse Lingard.

Mereka bahkan mahu memberi gaji tertinggi dalam saingan Premier League kepada Lingard, seandainya bintang England itu sanggup sertai mereka.

Memandangkan mereka sendiri tidak mendapat minit permainan yang mencukupi, sepertinya tiada masalah untuk melihat mereka sertai Newcastle pada Januari ini.

Walau apa pun yang berlaku, Newcastle sangat memerlukan pemain baru pada jendela perpindahan Januari ini, kerana mereka kini benar-benar berada di zon untuk tersingkir.

Hanya dengan mendapatkan pemain baharu sahaja yang memungkinkan untuk Newcastle terselamat, dan bakal kekal beraksi dalam saingan Premier League musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola Mempunyai 1001 Tactical Tweak, Permainan City Sukar Diramal