Watford Salahkan Everton Berikutan Pemecatan Marco Silva Dari Jawatannya

Watford telah mengumumkan secara rasmi yang Marco Silva bukan lagi pengurus pasukan tersebut berikutan prestasi semasa Watford yang agak buruk.

Pengurus berasal dari Portugal ini baru sahaja dilantik untuk mengisi jawatan pengurus di Vicarage Road pada Mei tahun lalu, tetapi telah ditunjukkan jalan keluar oleh pihak pengurusan berikutan prestasi yang jatuh mendadak.

Bye bye

Pengurus berusia 40 tahun ini pernah memegang jawatan pengurus Hull City sebelum ni, dan dianggap antara pengurus paling meningkat naik di Liga Perdana Inggeris ketika itu.

Musim ini menyaksikan Watford berjaya mengharungi permulaan musim yang agak baik dan keupayaan Silva mengemudi Watford telah menarik minat Everton untuk mendapatkan khidmat beliau. Silva hangat dikaitkan dengan Everton tetapi Silva memilih untuk terus kekal bersama Watford.

Tidak lama selepas itu, prestasi Watford dalam Liga Perdana Inggeris semakin menjunam. Watford hanya mampu memenangi 1 dari 8 perlawanan liga terakhir mereka dan prestasi ini telah menimbulkan keresahan pihak pengurusan yang risau prospek Watford disingkirkan dari Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurus meningkat naik ketika bersama Hull City

Kemuncaknya adalah ketika Watford mudah dijinakkan Leicester City kelmarin dengan jaringan 2-0. Silva dipetik berkata selepas tamat perlawanan yang beliau tidak takut dipecat dari jawatannya selepas tewas sekali lagi.

“Jawatan saya? Fokus saya tidak hilang walaupun situasi semasa pasukan yang buruk. Kerja saya memerlukan saya bekerja keras bersama para pemain untuk memperbaiki persembahan. Pihak atasan kelab tahu pendapat saya mengenai semua perkara.”

“Betul, sekarang bukan masa yang baik buat Watford, tetapi Liga Perdana Inggeris mempunyai 38 perlawanan, bukannya 10 perlawanan terakhir kami sahaja.”

Malangnya, pihak pengurusan Watford mempunyai pendapat yang berbeza dengan Silva dan beliau telah dipecat dari jawatannya berkuat kuasa serta merta.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Watford menyalahkan Everton sebagai punca prestasi pasukan yang buruk berikutan minat yang ditunjukkan terhadap Silva sebelum ini.

Aku tak takut !

“Pihak kelab percaya pelantikan Marco Silva sebagai pengurus pasukan adalah pilihan yang tepat. Jika tidak kerana minat yang ditunjukkan pasukan dari Liga Perdana Inggeris terhadap pengurus kami, Watford sudah tentu akan berkembang menjadi lebih baik dibawah bimbingan Marco Silva.”

“Tindakan untuk memecat Silva ini bermula daripada cubaan kelab luar untuk mendapatkan khidmat Silva. Pihak lembaga pengarah percaya tindakan tersebut telah menjejaskan fokus dan keputusan di atas padang yang mana telah mencapai satu tahap boleh mengancam masa depan kelab bolasepak Watford secara keseluruhannya.”

“Demi keselamatan dan kejayaan masa depan Watford, pihak lembaga pengarah percaya satu perubahan perlu dilakukan. Pihak kelab akan melantik pengganti secepat mungkin dan tiada lagi pengumuman rasmi akan dilakukan sehingga pengurus baru dilantik.”

BACA:  Peminat Bengang Richarlison Tidak Dihukum Selepas Melempar Flare Ke Arah Penyokong