Wenger: Kehilangan Van Persie Lebih Pedih Daripada Sanchez

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United tidak akan menjejaskan pasukan Arsenal, sambil menambah kehilangan Robin Van Persie lebih dirasai Arsenal berbanding Sanchez.

Wenger akhirnya mengaku kalah dalam misinya untuk mengekalkan khidmat Sanchez di Emirates dengan pemain antarabangsa Chile ini semakin hampir menyertai Manchester United dan pengumuman rasmi bakal dilakukan pada bila-bila masa.

Sakitnya ku disini di dalam hatiku.. (nyanyi peminat Arsenal)

Wenger percaya peminat Arsenal sudah dapat menerima kehilangan Sanchez kerana pemain ini telah memberikan segala-galanya kepada pasukan sepanjang berada di Arsenal.

Walaubagaimanapun, kehilangan Robin Van Persie pada tahun 2012 lebih dirasai pasukan dan keseluruhan peminat Arsenal. Ini kerana Arsenal yang bertanggungjawab membentuk Van Persie menjadi pemain berkelas dunia dan sebaik sahaja beliau berada di kemuncak prestasi, pemain berasal dari Belanda ini berpindah keluar menyertai seteru utama liga, Manchester United.

Arsenal dan Manchester United dilaporkan telah menemui jalan penyelesaian dalam perjanjian pertukaran pemain ini, dengan Henrikh Mkhitaryan bakal menyertai Arsenal sebagai ganti.

Judas

Ketika ditemuramah The Telegraph, Wenger dipetik berkata peminat Arsenal tidak akan menyimpan dendam ke atas Sanchez seperti apa yang telah berlaku terhadap Van Persie pada masa lepas.

“Kami mengambil Van Persie ketika beliau masih lagi bermain dengan pasukan simpanan Feyenoord. Arsenal mengambil masa yang lama membentuk Van Persie.”

“Apabila beliau berada di kemuncak prestasi dan berpindah keluar, itulah perkara yang paling menyakitkan.”

Wenger turut percaya ketibaan Mkhitaryan bakal mengurangkan impak kehilangan pemain berpengaruh seperti Sanchez, dan peminat Arsenal pastinya gembira dengan perjanjian yang diperolehi Arsenal ini.

“Semua peminat Arsenal sudah mengetahui Sanchez tidak akan menyambung kontrak. Mereka menerima perkara tersebut tetapi perjanjian ini tidak melibatkan seorang pemain sahaja.”

“Kami akan menerima seorang pemain dan perkara ini membuatkan perjanjian ini lebih senang untuk diterima dan kami tidak terlalu kecewa kehilangan Sanchez.”

Kedai jersi Manchester United sudah mencetak baju dengan nama Sanchez

“Betul, kami hilang seorang pemain, tetapi kami menandatangani seorang pemain baru. Saya percaya Mkhitaryan sesuai untuk menggantikan tempat Sanchez.”

Perjanjian Sanchez ke Manchester United bakal menjadikan bekas pemain Barcelona ini menerima gaji tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, dengan nilai kontrak setahun beliau berjumlah £27 juta dan bakal menerima £20 juta sebagai imbuhan kerana memilih menyertai untuk United.

BACA:  10 Isu Yang Pengurus Baru United Perlu Segera Selesaikan