Wenger Salahkan Pemain Yang Sambil Lewa Sebagai Punca Kekalahan Arsenal

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui pemain Arsenal bermain terlalu selesa sebagai punca utama kekalahan mereka kepada Ostersunds dalam pusingan kalah mati Europa League awal pagi tadi.

Wenger mendakwa anak buahnya tidak fokus dan bermain sambil lewa selepas mereka ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Sead Kolasinac berjaya merapatkan jurang untuk menjadikan kedudukan 2-1 dan perlawanan berakhir dengan jaringan tersebut. Walaupun tewas, Arsenal tetapi layak ke pusingan seterusnya dengan aggregat 4-2.

Main molek la woiii. Malu aku malu

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Wenger mengakui Arsenal bermain dengan buruk dan mereka berada dalam masalah apabila wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

“Kami tidak berada dalam ‘perlumbaan ‘ ketika separuh masa pertama. Kami berada dalam masalah kerana pemain berasa terlalu selesa dan tidak fokus.”

“Kami agak terbuka setiap kali pasukan kehilangan bola dan kami juga tidak tahu bagaimana untuk menggunakan bola dengan baik. Sebab itulah pasukan dalam masalah.”

“Kami beraksi lebih baik pada separuh masa kedua. Tenaga yang ditunjukkan adalah lebih tinggi dan kami menguasai perlawanan dengan konsisten. Secara keseluruhannya, kami bertindak balas dengan baik.”

Kolasinac menutup sedikit kemaluan Arsenal dalam perlawanan awal pagi tadi

“Pasukan melakukan apa yang dikehendaki untuk layak ke pusingan seterusnya. Itu adalah perkaran yang kami dapat dari perlawanan tadi, iaitu kelayakan ke pusingan seterusnya.”

Wenger juga menolak sebarang kerisauan mengenai kecederaan yang dialami Jack Wilshere selepas pemain antarabangsa England ini terpaksa dikeluarkan pada lewat permainan. Wenger juga mengakui pemainnya turun dalam perlawanan tadi dengan anggapan mereka telah layak ke pusingan seterusnya.

“Kami melakukan persiapan bagi perlawanan ini dengan betul dan serius, tetapi terdapat beberapa faktor luar yang tidak dapat dijangka. Kerana kami berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan juga perlawanan final Ahad ini, beberapa pemain secara tidak sedar turun bermain perlawanan ini dengan beranggapan Arsenal telah menang.”

Captain Jack Sparrow tewas

“Bolasepak bukan seperti itu. Kami bermain menentang pasukan yang bagus, sama seperti yang berlaku dalam Piala FA. Kamu bakal berdepan masalah jika kamu gagal memberikan fokus 100% kepada permainan.”

“Saya rasa semua pemain Arsenal pada separuh masa pertama tidak beraksi pada tahap yang dijangkakan. Pemain pertahanan kami juga berdepan masalah kerana kami kehilangan bola terlalu awal dan kami tidak melindungi bola dengan baik setiap kali kehilangan penguasaan bola.”

Lawan Arsenal seterusnya dalam saingan Europa League akan ditentukan hari ini apabila undian dilakukan sekali lagi.

BACA:  Edu Beri Penjelasan Tentang Kebijaksanaan Arsenal Pada Jendela Perpindahan Musim Panas Ini