Wenger Yang ‘Keliru’ Mahu Berehat Seketika Sebelum Buat Keputusan Mengenai Masa Depannya

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui beliau masih lagi keliru mengenai masa depannya dan akan berehat selama 4 minggu sebelum membuat keputusan mengenai hala tujunya selepas meninggalkan Arsenal.

Pengurus berusia 68 tahun ini mahu berundur dari bolasepak buat seketika bagi mengkaji pilihan yang ada selepas meninggalkan Arsenal dalam cara yang agak menyedihkan.

Wenger masih lagi keliru.. Mahu u-turn ke ?

Awal bulan ini, pengurus yang berasal dari Perancis itu menggemparkan dunia bolasepak apabila mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan pada hujung musim ini dan mengakhiri pertalian 22 tahun bersama The Gunners.

Perletakan jawatan Wenger turut didorong oleh kritikan dan bantahan berterusan daripada segelintir peminat Arsenal yang mahu beliau berundur kerana pencapaian pasukan yang mengecewakan beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam beberapa perlawanan terakhir di tempat sendiri, bilangan penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan merudum dengan teruk dipercayai sebagai tanda protes terhadap prestasi pasukan yang mengecewakan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Wenger tidak mahu bersara lagi dari bolasepak. Sekiranya beliau tidak mahu terlibat dalam pengurusan kelab, jawatan paling sesuai diisi oleh Wenger sudah tentu sebagai direktor bolasepak kerana pengalaman beliau yang luas.

1196 dia datang ke England dan mengubah landskap bolasepak Inggeris

Paris Saint-Germain dan Real Madrid dilaporkan berminat untuk menjadikan Wenger sebagai direktor bolasepak mereka yang baru, tetapi Wenger mengakui beliau sendiri tidak tahu hala tujunya selepas Arsenal.

“Selesai sahaja tugas saya bersama Arsenal, saya masih lagi tidak tahu hala tuju saya yang seterusnya.” Ujar Wenger kepada Sky Sports.

“Saya agak confused buat masa sekarang. Mungkin saya akan ambil 4 atau 5 minggu sebelum buat keputusan mengenai masa depan saya.”

“Saya perlu keluar terlebih dahulu dari Arsenal untuk menilai situasi semasa dan mengkaji pilihan yang ada secara objektif, walaupun saya tahu ianya agak sukar untuk dilakukan.”

“Saya akan menentukan masa depan saya selepas itu.”

Meninggalkan kelab yang diuruskannya lebih dua dekad merupakan perkara yang sukar untuk dihadam bekas pengurus Monaco ini, yang berjaya membawa Arsenal menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 7 Piala FA sepanjang 22 tahun memegang kelab tersebut.

“Sudah tentu saya akan berasa sedikit janggal kerana saya telah menguruskan Arsenal selama 22 tahun dan terlibat lebih 1200 perlawanan.”

Bagi Atuk Wenger berehat kejap. Mungkin umur 93 buat comeback

“1200, bukan 50. Setiap kali saya menyediakan pasukan, saya akan berasa sedikit tegang. Ia bukan hanya sebahagian dari kehidupan saya, tetapi ia merupakan hidup saya.”

“Arsenal merupakan hidup saya, dan sebab itulah ia lebih istimewa.”

Arsenal akan bertandang ke Manchester United hujung minggu ini dalam perlawanan terakhir Wenger di Old Trafford.

Selepas itu, tugas getir menanti Wenger dan anak buahnya untuk layak ke perlawanan akhir Europa League kerana mereka perlu mencatatkan kemenangan ke atas Atletico Madrid atau seri melebihi 1 gol.

BACA:  Ketua Penyiasat Kes Penipuan Manchester City Adalah Peminat Tegar Arsenal