FA Community Shield; Variasi Dan Fleksibiliti Arsenal Semakin Sukar Diramal

Arsenal (1-1) Manchester City; Trossard m90+11, Palmer m77

Perlawanan Community Shield telah berlangsung dengan sengit melibatkan pasukan naib juara Liga Perdana 2022-23 menentang pasukan treble 2023. Perlawanan itu diselesaikan dengan penentuan sepakan penalti selepas permainan sebenar tamat dengan keputusan 1-1, Arsenal menang 4-1.

Sepanjang 90 minit permainan beberapa peluang besar telah muncul dan pada separuh masa pertama Kai Havertz telah terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol pembukaan pembukaan perlawanan. Sepanjang tempoh 45 minit pertama Arsenal bermain dengan lebih dinamik berbanding City.

City kemudian meningkat pada babak kedua. Erling Haaland agak tenggelam dalam perlawanan itu dan dia telah digantikan dengan pemain muda, Cole Palmer. Palmer memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke 77 melalui satu percubaan ke arah top corner far corner.

Perlawanan tersebut seakan-akan menjadi milik City sehinggalah Leandro Trossard menjaringkan gol penyamaan pada 11 minit masa tambahan. Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Sepakan Kevin De Bruyne terkena palang dan Aaron Ramsdale menyelamatkan sepakan Rodri, Arsenal dinobatkan sebagai juara selepas menang 4-1.

Arsenal meningkat secara berpasukan

Tidak ada sebab untuk mengatakan Arsenal tidak boleh menjadi pasukan lebih baik berbanding musim lepas. Bukti itu boleh dilihat dalam urusan perpindahan pemain kali ini, mereka mendapatkan 3 pemain baharu yang boleh meningkatkan kumpulan pemain sedia ada. Ia telah ditunjukkan dalam perlawanan semalam.

Jurrien Timber merupakan contoh terbaik. Tidak mengambil kira kehandalannya dalam melakukan hantaran atau kualiti membawa atau menghatar bola ke bahagian atas, dia telah memberi versatiliti kepada pasukan, sesuatu yang Arsenal cari pada musim lepas.

Posisi utama Timber adalah pertahanan-tengah sebelah-kanan dan pertahanan-kanan tetapi dalam perlawanan semalam dia digunakan sebagai pertahanan-kiri.

Pemain kebangsaan Belanda ini bergerak ke banyak ruang di atas padang, seperti Oleksandr Zincheko dia juga bergerak ke bahagian-tengah malah ketika Arsenal berada di kawasan final third dia mampu masuk ke dalam kotak penalti lawan untuk menerima bola.

Cara untuk melihat Timber adalah sama seperti seperti melihat Zincheko, pemain yang telah meningkatkan pasukan melalui versaliti yang dimilikinya. Kali ini Arsenal memiliki lebih ramai pemain seperti ini dan ia akan membantu pasukan itu menjadi lebih baik.

Declan Rice merupakan satu lagi contoh. Persoalan sama ada pembelian £105 juta itu berbaloi atau tidak akan terus menjadi topik perbincangan sepanjang musim ini dan Rice perlu membuktikannya melalui peningkatan secara peribadi atau meningkatkan rakan sekumpulan.

Rice berjaya di West Ham dan England dimana kedua-dua pasukan ini mempunyai cara permainan berbeza. Ia menjadi bukti Rice boleh menyesuaikan diri dengan pasukan berbeza dan Arsenal juga tidak akan menggunakannya sama seperti West Ham atau England.

Rice boleh kekal di satu posisi untuk memegang permainan, dia boleh menjadi seorang yang agresif dan dia juga boleh menjadi talisman. England, West Ham dan Arsenal mempunyai cara permainan berlainan, beroperasi dalam kepantasan berbeza dan ini menunjukkan variasi dalam permainan Rice.

Havertz juga akan melakukan perkara sama seperti Timber dan Rice. Kecederaan Gabriel Jesus telah mengubah peranan Havertz, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh jangka pendek. Apabila semua pemain utama cergas Havertz dijangka bermain di bahagian-tengah.

Tidak kira sama ada dia akan menjadi penjaring terbanyak atau tidak, apa yang penting kehadiran pemain Jerman itu adalah penambahan seorang lagi pemain yang mempunyai bakat teknikal, bijak taktikal untuk pasukan yang sudah dilatih dengan baik.

Kesemua ini tidak akan menjadikan Arsenal lebih teruk.

Fleksibiliti Arsenal

Gabriel Jesus sedang berada dalam senarai kecederaan. Tempatnya diambil alih oleh Kai Havertz. Havertz dibeli untuk diberikan peranan pemain NO8. Namun dalam perlawanan semalam dia mengetuai unit serangan pasukan. Ini fleksibiliti yang dimahukan Arsenal.

Pada musim lepas Arsenal cukup terikat dengan sistem 433 dengan pemain sama. Kali ini Arsenal lebih sukar diramal.

Ketika City mendominasi perlawanan pada awal permainan, Arsenal membentuk 4231 dengan baik. Declan Rice dan Thomas Partey kekal di hadapan barisan pertahanannya dan Martin Odergaard lebih bebas di bahagian-atas.

Rice juga berkesan dalam melakukan high pressing, dia naik untuk menekan Rodri dalam usahanya mengganggu pemain itu supaya tidak terlalu selesa membina permainan. Ketika dalam penguasaan, Rice juga turun ke barisan pertahanan bagi membenarkan pemain pertahanan-sayap naik membantu serangan.

Musim ini Arsenal lebih fleksibel dan lebih variasi dalam permainannya.

Pemain terbaik perlawanan: Leandro Trossard dan Aaron Ramsdale 

BACA:  Emery: Ozil Sudah Bersedia Untuk Bermain Di Tempat Lawan