Wright: Sterling Kerap Dikritik Media Inggeris Kerana Warna Kulitnya

Bekas pemain England, Ian Wright menganggap kritikan yang diterima Raheem Sterling sejak kebelakangan ini berkait rapat dengan warna kulitnya.

Sterling dilihat meraikan jaringannya ketika menentang Arsenal dengan meletakkan tangan di telinganya. Selepas perlawanan berakhir, Sterling mendedahkan gaya sambutan golnya itu ditujukan kepada pengkritik supaya menutup mulut dan berhenti bercakap mengenainya.

Hitamkah aku ? Legenda Arsenal mempersoalkan kritikan yang ditujukan kepada Sterling. Adakah kerana warna kulitnya yang hitam menyebabkan beliau menjadi sasaran?

Sterling menerima kritikan yang hebat dari media Inggeris kerana ketumpulan beliau di hadapan gol ketika Piala Dunia 2018. Beliau gagal menjaringkan sebarang gol di Russia dan hanya mengumpul dua gol di peringkat antarabangsa sepanjang 44 penampilan bersama England.

Sterling juga menerima kecaman dari pelbagai pihak sebelum Piala Dunia 2018 bermula kerana mencacah tatu ‘rifle’ di kakinya. Ia menerima reaksi negatif dari beberapa pertubuhan NGO tetapi Sterling mendakwa beliau mencacah tatu tersebut untuk memperingati bapanya yang ditembak mati ketika beliau masih kecil.

Bekas pemain Arsenal pada era 90-an, Ian Wright berpendapat fokus berlebihan terhadap Sterling berpunca daripada warna kulitnya.

Sterling teruk dikecam aktivis keamanan kerana mencacah tatu senapang di kakinya sebelum Piala Dunia 2018 bermula

“Berapa ramai pemain yang anda lihat menerima kritikan seperti yang diterima Sterling ?”

“Kritikan dalam bola sepak merupakan perkara yang perlu dihadapi setiap pemain, tetapi apa yang Sterling terima, saya tidak pernah nampak pemain lain menerima kritikan sebanyak itu.” Ujar Wright kepada BBC Radio 5 Live.

“Mereka tidak menerima kritikan seperti itu atas sebab yang tidak diketahui kerana mereka tidak mengganggu pihak yang mempunyai kuasa di atas sana. Saya percaya ada agenda yag sedang berlaku untuk menjatuhkan Raheem Sterling.”

“Terdapat pihak yang berkuasa dalam media yang mahu melihat Sterling jatuh. Mudah saje. Jika anda lihat gelombang kritikan yang Sterling terima, ada elemen perkauman mengenainya. Apa lagi yang sebab selain itu ?”

“Pihak media mengkritik Sterling kerana latar belakang pemain tersebut dan mahu Sterling jatuh. Golongan ini tidak mahu Sterling terus berjaya.”

Gaya sambutan gol Sterling yang ditujukan kepada haters

“Orang akan kata saya cuba menggunakan isu perkauman. tetapi tolong beritahu saya mengapa Raheem Sterling menerima kritikan sedemikian rupa hanya kerana beliau seorang pemain bola sepak ?”

Masalah perkauman bukanlah perkara yang baru di England, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan gejala tidak sihat ini.

Antara kejadian paling famous pernah berlaku di Liga Perdana Inggeris adalah insiden yang melibatkan Luis Suarez dan Patrice Evra suatu ketika dahulu. John Terry turut terpalit dengan isu yang sama dimana beliau pernah didenda kerana mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman kepada Anton Ferdinand.

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-1 Manchester City