England Layak ke Pusingan Kalah Mati Euro 2020 Selepas Belgium Tewaskan Finland

Semalam telah berlangsung perlawanan terakhir peringkat kumpulan B dan C di mana Ukraine tumbang di tangan Austira 0-1 selepas Christoph Baumgartner telah menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Belanda selesa menang mudah ke atas Macedonia Utara 3-0, menerusi jaringan daripada bekas bakal lagenda Manchester United, Memphis Depay dan kapten marvel Giorginio Wijnaldum yang menjaringkan dua gol.

Keputusan tersebut menyaksikan Belanda muncul juara kumpulan B dengan jumlah maksimum 9 mata, diikuti Austria di tangga kedua dengan 6 mata.

Sementara kumpulan C boleh dikatakan kumpulan paling sengit untuk perebutan di tangga kedua. Dalam perlawanan terakhir, Denmark mencipta kejutan apabila menang besar 4-1 ke atas Russia, sekaligus mengesahkan kedudukan mereka di tangga kedua dan layak ke pusingan kalah mati dengan kiraan perbezaan gol berbanding Russia dan Finland.

Dalam perlawanan tersebut, pemain pertahanan tengah Andreas Christensen telah membuatkan seluruh stadium terpaku apabila dia merembat padu bola terus ke dalam gol Russia pada minit ke-79.

Pada masa yang sama, Belgium mengesahkan statusnya sebagai juara kumpulan selepas selesa membenam Finland 2-0 menerusi jaringan sendiri pemain Finland, LukasΒ  Hradecky dan juga jaringan padu Romelu Lukaku.

Menariknya, kemenangan Belgium tersebut telah mengesahkan kelayakan England ke pusingan kalah mati.

Mesti korang pun….whaaaatttt????

Tenang.

Ini bukanlah satu konspirasi dan konstipasi terancang oleh mana-mana pihak.

Disebabkan Finland dan Russia telah tewas dan kedua-dua pasukan hanya mampu mengutip tiga mata selepas tiga perlawanan, Finland berada di tangga ketiga kumpulan B kerana lebih sedikit perbezaan gol.

Dalam Kumpulan C pula, selepas tewas kepada Austria, Ukraine menamatkan saingan peringkat kumpulan Euro di tangga ketiga, juga dengan 3 mata.

Kedudukan ini sekaligus membuka ruang kepada pasukan daripada kumpulan yang lain.

Oleh sebab itu, mana-mana pasukan dari kumpulan lain yang berada di tangga ketiga dan mengutip 4 mata, maka pasukan tersebut dikira layak ke pusingan kalah mati.

Dalam kumpulan D, kedudukan selepas dua perlawanan menunjukkan Republik Czech mendahului kumpulan mengatas England di tangga kedua, dengan kedua-dua pasukan berkongsi 4 mata.

Memandangkan Republik Czech mempunyai perbezaan gol yang lebih tinggi, maka pasukan tersebut berada di tangga teratas.

Croatia dan Scotland pula berkongsi jumlah mata, dengan masing-masing di tangga ketiga dan keempat.

Sekiranya Croatia atau Scotland menang dalam pertemuan antara mereka pada hari ini, salah satu pasukan akan mendapat 4 mata dan jika perlawanan England dan Republik Czech berkesudahan seri, maka Croatia/Scotland akan menduduki tangga ketiga.

Jika England tewas pada kepada Republik Czech sekalipun, paling rendah pasukan Tiga Singa ini akan jatuh pun ke tangga ketiga sahaja. Begitu juga sebaliknya.

Maka, dengan ini mereka tetap layak sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga.

Situasi yang sama juga terpakai untuk pasukan Switzerland di kumpulan A. Dengan mereka mengutip 4 mata secara keseluruhan, maka mereka juga sudah layak ke pusingan kalah mati.

Selain itu, pasukan Sweden dan Perancis juga sudah dikira layak ke pusingan berikutnya selepas berjaya mengutip 4 mata daripada dua perlawanan, dan jika kalah dalam perlawanan terakhir dan terperosok ke tangga ketiga kumpulan sekalipun, kedua-dua pasukan ini tetap layak.

Portugal pula? Pasukan juara bertahan ini akan bertemu Perancis dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka dan secara mudahnya Portugal hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk berada di tangga ketiga kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati.

Dengan kata lain, baki perlawanan pasukan-pasukan besar selepas ini tidak berapa penting dah buat mereka kerana kelayakan sudah pun disahkan. Jadi mungkin para pengurus akan melakukan pertukaran pemain sekaligus memberi peluang kepada semua pemain merasai kemeriahan Euro di atas padang.

Kalau korang nak faham dengan lebih mendalam peraturan tie-breaker ni, baca Ketahui Peraturan Tie Breaker EURO 2020. Lepas tu kalau ada member korang sembang palatao, korang boleh tunjuk pandai dengan fakta yang tepat. Dah boleh kumpul follower dah lepas tu.

Sumber garapan berita : The Athletic

BACA:Β  Kapten Liverpool dan Manchester United Yakin England Akan Menjulang Piala Kejohanan Eropah 2020