Ketahui Peraturan Tie Breaker EURO 2020

Perlawanan EURO 2020 peringkat kumpulan hampir tamat dan akan memasuki pusingan kalah mati dan ketahui bagaimana peraturan Tie Breaker yang diguna pakai UEFA di EURO 2020.

Sejak dikembangkan kepada 24 pasukan bermula EURO 2016, seperti biasa pasukan tempat pertama dan kedua setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.

Dengan kewujudan 6 kumpulan sahaja, maka 4 pasukan ditempat ketiga terbaik akan mengiringi 12 lagi pasukan ke pusingan 16 terbaik.

Peraturan Tie Breaker atau pemutus yang digunakan UEFA secara asasnya adalah untuk setiap kemenangan pasukan akan mendapat tiga mata dan seri satu mata.

(A) Pasukan yang paling banyak mengumpul mata dalam setiap kumpulan akan menjadi juara kumpulan. Tetapi jika ada dua atau tiga pasukan terikat mata yang sama maka peraturan tie breaker secara head-to-head akan digunakan:

1. Jumlah kutipan mata terbanyak daripada perlawanan di kalangan pasukan yang terikat mata secara head-to-head. Pasukan yang menang ke atas lawan yang terikat mata akan mara.

2. Perbezaan jaringan dalam perlawanan melibatkan pasukan yang terikat secara head-to-head.

3. Jumlah jaringan dalam perlawanan melibatkan pasukan yang terikat secara head-to-head.

(B) Jika peraturan tie breaker tersebut gagal menjadi kata putus dan menentukan siapa yang layak kerana masih terikat atau tie not break maka peraturan ini akan diaktifkan:

1. Perbezaan gol terbesar dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

2. Jumlah jaringan gol tertinggi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

3. Jumlah Kemenangan terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

4. Jumlah mata disiplin terendah (Kad Merah = 3 mata, kad kuning = 1 mata, Dua kad kuning dalam satu perlawanan = 3 mata).

5. Kedudukan dalam ranking kelayakan EURO.

Mengambil contoh kejohanan EURO 2020 bagi kumpulan A yang telah pun tamat bagi saingan peringkat kumpulan.

1. Itali muncul juara kumpulan A dengan 9 mata selepas mencatatkan tiga kemenangan tanpa bolos dan kemenangan mutlak maka tidak perlukan peraturan tie breaker.

2. Wales dan Switzerland menamatkan saingan kumpulan A dengan jumlah mata yang sama iaitu empat mata maka peraturan (A) seperti diatas tidak boleh diguna pakai kerana perlawanan Wales dan Switzerland berakhir dengan seri 1-1. Mata sama, perbezaan gol sama dan jumlah jaringan sama.

3. Maka peraturan (B) diguna pakai untuk menentukan naib juara kumpulan A di mana Wales (3 gol, 2 bolos) mengiringi Itali dengan perbezaan +1 gol dan Switzerland (4 gol, 5 bolos) -1 gol.

4. Namun Switzerland masih lagi berpeluang untuk mara sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik.

5. Turki yang menamatkan saingan kumpulan A tanpa sebarang mata selepas mencatatkan tiga kekalahan.

Bagaimana Empat pasukan tempat ketiga Terbaik ditentukan

Peraturan bagi menentukan empat pasukan tempat ketiga terbaik daripada enam kumpulan ini sama seperti untuk penentuan kedudukan dalam kumpulan kecuali peraturan head-to-head tidak diguna pakai.

Semua pasukan tempat ketiga ini dari 6 kumpulan berbeza maka gila apa nak pakai peraturan head-to-head kerana tidak bertemu diperingkat kumpulan.

Sudah pasti ada pasukan yang mempunyai mata yang sama sekurang-kurangnya tiga mata dan terikat maka inilah tie breaker yang diguna pakai:

1. Perbezaan gol terbesar dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

2. Jumlah jaringan gol tertinggi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

3. Jumlah Kemenangan terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

4. Jumlah mata disiplin terendah (Kad Merah = 3 mata, kad kuning = 1 mata, Dua kad kuning dalam satu perlawanan = 3 mata).

5. Kedudukan dalam ranking kelayakan EURO.

Jika dibukakan buku sejarah seperti peminat Liverpool dan Manchester United, pada EURO 2016 Portugal ketika itu seri kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan dengan kosong perbezaan gol.

Yang paling padu Portugal bukan sahaja masih layak ke pusingan kalah mati malah berjaya mara hingga ke final dan bergelar juara.

Jadual Peringat Kalah Mati EURO 2020

Pusingan 16 Pasukan

Sabtu 26 Jun

1: 2a VS 2b (12 Tengah Malam, Amsterdam)

Ahad 27 Jun

2: 1A VS 2C (3 Pagi, London)

3: 1C VS 3D/E/F (12 Tengah Malam, Budapest)

Isnin 28 Jun

4: 1B VS 3A/D/E/F (3 Pagi, Seville)

5: 2D VS 2E (12 Tengah Malam, Copenhagen)

Selasa 29 Jun

6: 1F VS 3A/B/C (3 Pagi, Bucharest)

7: 1D VS 2F (12 Tengah Malam, London)

Rabu 30 Jun

8: 1E VS 3A/B/C/D (3 Pagi, Glasgow)

Jadual Suku-Akhir EURO 2020

Jumaat 2 Julai

Suku Akhir 1: Pemenang 6 VS Pemenang 5 (12 Tengah Malam, St Petersburg)

Sabtu 3 Julai

Suku Akhir 2: Pemenang 4 VS Pemenang 2 (3 Pagi, Munich)

Suku Akhir 3: Pemenang 3 VS Pemenang 1 (12 Tengah Malam, Baku)

Ahad 3 Julai

Suku Akhir 4: Pemenang 8 VS Pemenang 7 (3 Pagi, Rome)

Jadual Separuh Akhir EURO 2020

Rabu 7 Julai

Separuh Akhir 1: Pemenang Suku Akhir 2 VS Pemenang Suku Akhir 1 (3 Pagi, London)

Khamis 8 Julai

Separuh Akhir 2: Pemenang Suku Akhir 4 VS Pemenang Suku Akhir 3 (3 Pagi, London)

Jadual Perlawanan Akhir EURO 2020

Isnin 12 Julai

Pemenang Separuh Akhir 1 VS Pemenang Separuh Akhir 2 (3 Pagi, London)

Carta perlawanan Euro. Gambar : Amazon
BACA:ย  Sepakan Penalti Yang Dahsyat Dari Gareth Bale