Kapten Liverpool dan Manchester United Yakin England Akan Menjulang Piala Kejohanan Eropah 2020

Jordan Henderson dan Harry Maguire yakin pasukan England akan menamatkan kemarau piala pada tahun ini, sejak kali terakhir memenangi sesuatu pada tahun 1966 di mana negara tersebut memenangi Piala Dunia di tanah air sendiri.

Keyakinan itu dilaungkan selepas pasukan Tiga Singa tersebut membelasah Ukraine 4-0, sekaligs layak ke perlawanan separuh akhir bertemu Denmark di Stadium Wembley pada hari Rabu nanti.

Dua gol daripada Harry Kane, dan ditambah lagi dengan satu gol daripada Henderson dan Maguire, melengkapkan malam yang gemilang di Rom buat pasukan England.

Anak buah Southgate tewas kepada Croatia dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 dan tewas kepada Belanda dalam peringkat yang sama di kejohanan Liga Negara-Negara, Henderson yang juga merupakan naib ketua pasukannya yakin mereka akan pergi lebih jauh pada kali ini.

“Kami selalu rasa yang kami ni semakin meningkat dan bertambah baik sebagai satu pasukan,” katanya seperti yang diterbitkan di Fourfourtwo.

“Kami rasa kami dah sedia untuk mengambil langkah yang berikutnya.

“Denmark nanti akan menjadi lawan yang sukar dan mereka juga merupakan pasukan yang bagus.

“Lagipun tak lama dulu kami dah lawan mereka, mereka ni satu pasukan yang degil dan kami perlu berada di tahap terbaik kalau nak masuk final.”

Ketika dia ditanya tentang hubungan pemain dalam pasukan di bawah kendalian Southgate, Henderson menjawab;

“Ini adalah pertandingan bola sepak yang penting.

“Kau saling tak jumpa dalam masa yang lama dan pada masa yang sama ada pemain yang tak dapat beraksi sebanyak mana yang mereka nak.

“Kami ada ramai pemain yang bagus dalam pasukan.

“Pemain yang tak dapat main pula tunjuk perangai yang cukup bagus. Mereka berlatih lebih kuat bila tak main, buat kerja lebih, ada di sisi pemain yang turun padang dan bagi sokongan di bilik persalinan.

“Kau boleh nampak benda ni masa kami meraikan jaringan dan ini adalah pasukan yang terbaik aku pernah nampak dari segi kejohanan macam ni. Setakat ni kami dapat hasil bagus lah.

“Kami takleh berhenti buat benda yang sama untuk tempoh beberapa hari lagi menjelang perlawanan paling besar dalam hidup kami pada hari Rabu nanti dan bagi semua yang kami ada untuk cuba masuk ke final.”

Keyakinan Henderson ini turut disuarakan oleh Harry Maguire.

“Rasa seronok sangat, dapat masuk separuh akhir dalam kejohanan besar berturut-turut adalah satu pencapaian yang besar.

“Aku taknak jadi kambing hitam dan kami tak akan berhenti di sini. Kami nak pi jauh lagi daripada apa yang kami buat di Piala Dunia.

“Cara kami menang ni membuktikan bahawa kami telah menunjukkan kemajuan yang besar. Harap peningkatan ni akan pi lebih jauh. Kami ada satu lagi perlawanan penting nak hadap.

“Kami ada rasa kepercayaan yang tinggi di bilik persalinan.

“Separuh masa pertama tu memang sukar, kami dapat gol awal lepas tu depa duk bagi masalah kat kami dengan rangka permainan depa tapi gol separuh masa kedua tu memang tolong kami tenangkan diri sungguh la.

“Dari situ kami kawal perlawanan dengan cukup bagus. Memang menawan sungguh lah persembahan pemain sampai ke sudah.

“Memang takleh rasa puas hati awal-awal sebab ada lagi perlawanan yang besar lepas ni. Bilik persalinan sekarang ni memang meriah tapi esok pagi kami bangkit lepas tu fokus balik.

“Kumpulan pemain ni pula memang tak target separuh akhir ja. Kami nak pi jauh lagi, jadi kami kena rehat dan rawat.”

Pada suku akhir Piala Dunia 2018, Maguire juga muncul sebagai penjaring gol ketika menentang Sweden.

“Seronok la jugak rasa dapat sumbat gol tapi apa yang penting adalah kemenangan.

“Kami ada sembang sikit la yang kami ni kena lagi bagus masa set-piece menyerang. Bola cun daripada Luke dan kesudahan dia memang bola akan duk di belakang gol.”

Sumber : FFT, FFT

BACA:  Piala Dunia 2022: England 1-2 Perancis