Piala Dunia 2022: England 1-2 Perancis

England coming home selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Perancis dalam perlawanan penuh kesedapan dan kepoweran disamping beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan.

Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 paling dinantikan ramai menemukan pasukan paling popular di muka bumi, England menentang juara bertahan, Perancis.

Pada minit ke-17 akhirnya Perancis berjaya mencari gol pendahuluan melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti yang tak terjangkau oleh Jordan Picford.

Antoine Griezmann telah mendaftarkan namanya selaku pencipta bantuan gol.

Agak meragukan jaringan itu kerana Dayot Upamecano telah mengasari Bukayo Saka dan berpunca dari gerakan rampasan bola itulah Perancis berjaya menghasilkan gol.

England terus menggandakan usaha untuk menyamakan kembali defisit, percubaan Harry Kane yang berjaya lolos berjaya dihadang Hugo Lloris.

Beberapa keputusan pengadil terus dipersoalkan apabila Harry Kane telah dikasari dengan terjahan dari belakang tidak diberikan pembelaan secukupnya.

Perancis juga mencari peluang untuk mendahului dengan selesa tetapi England kental menafikan dan Kylian Mbappe diikat ketat.

England terus menggandakan usaha dan menguasai perlawanan bagi mencari gol penyamaan namun tidak kunjung tiba sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung untuk baki 45 minit kedua, England terus mengasak Perancis demi gol penyamaan yang didambakan.

Kurang 10 minit permainan babak kedua bersambung, Harry Kane telah menyamakan kembali kedudukan dengan satu sepakan penalti yang bapak deras menewaskan Hugo Lloris.

Penjaring gol pembukaan perlawanan, Aurelien Tchouameni dengan jelas telah mengasari Bukayo Saka dalam kotak penalti.

Olivier Giroud kembali meletakkan Perancis dihadapan dengan kepala keramatnya dengan satu sundulan yang telah terkena bahu Harry Maguire.

Theo Hernandez jelas telah menolak Mason Mount ketika tiada bola yang hadir antara mereka, pengadil tidak mempedulikan insiden itu.

VAR hari memberikan keadilan dengan penelitian yang mendalam lalu satu lagi penalti diberikan kepada England dan kad kuning untuk Theo Hernandez.

Harry Kane melepaskan peluang terbaik lagi keemasan untuk menyamakan kedudukan selepas melakukan satu rembatan terus ke planet yang tidak dikenali.

Linangan air mata mula mengalir di pipi segelintir penyokong England ketika kamera menalakan lensa ke muka mereka.

England diberikan talian hayat dengan tambahan masa kecederaan selama 8 minit.

Peluang terakhir buat England hadir apabila mendapat sepakan percuma, sepakan Marcus Rashford betul-betul lalu di atas jaring.

Perjalanan England di Piala Dunia 2022 berakhir di suku akhir walaupun jelas lebih baik dari Perancis namun tidak baik dari segi jaringan.

Kesebelasan Utama England vs Perancis

Kesebelasan Utama England: Pickford, Walker, Stones, Maguire, Shaw, Henderson, Rice, Bellingham, Saka, Kane, Foden.

Pemain Simpanan: Grealish, Sterling, Rashford, Trippier, Pope, Phillips, Dier, Coady, Alexander-Arnold, Mount, Ramsdale, Wilson, Maddison, Gallagher.

Kesebelasan Utama Perancis: Lloris, Kounde, Varane, Upamecano, Theo Hernandez, Tchouameni, Rabiot, Dembele, Griezmann, Mbappe, Giroud.

Pemain Simpanan: Pavard, Disasi, Guendouzi, Muani, Fofana, Veretout, Mandanda, Saliba, Coman, Areola, Konate, Camavinga, Thuram.

Referee: Wilton Sampaio (Brazil).

Perjalanan England ke Suku Akhir:

England berada dalam kumpulan B bersama naib juara Piala Dunia, Iran, USA dan Wales. England menepati ramalan dan tiada masalah untuk mara ke pusingan 16.

1. England 6-2 Iran
2. England 0-0 USA
3. Wales 0-3 England

England mendapat laluan mudah di pusingan 16 untuk ke suku akhir apabila sekadar bertemu Senegal yang enak diratah begitu saja.

Pusingan 16: England 3-0 Senegal
Suku Akhir: England vs Perancis

Perjalanan Perancis ke Suku Akhir:

Perancis telah diundi berada dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh Australia, Denmark dan Tunisia dan mara selaku juara kumpulan walaupun dikejutkan Tunisia pada perlawanan terakhir kumpulan.

1. Perancis 4-1 Australia
2. Perancis 2-1 Denmark
3. Tuniasia 1-0 Perancis

Perancis juga mendapat laluan mudah apabila bertemu Poland yang hampir tidak melawan sepanjang perlawanan untuk mara ke suku akhir.
Pusingan 16: Perancis 3-1 Poland
Suku Akhir: England vs Perancis

Perancis 3-1 Poland

Selepas Belanda dan Argentina mengesahkan tempat mereka ke suku akhir, Perancis turun menentang Poland untuk merebut salah satu daripada 6 slot suku akhir yang masih berbaki.

Perancis dilihat mendapat laluan mudah kerana bertemu Poland yang mempamerkan aksi tidak memberangsangkan namun layak untuk berada di pusingan 16 terakhir.

Dan itulah yang telah dibuktikan oleh Perancis dengan kecemerlangan telah dipamerkan Kylian Mbappe yang telah menjaringkan dua gol dan satu assist.

Didier Deschamps telah menurunkan kembali barisan kesebelasan utama terbaiknya selepas memberi peluang kepada pemain simpanan mendapatkan aksi dalam kekalahan kepada Tunisia di perlawanan terakhir.

Perlawanan penuh berhati-hati telah dipamerkan kedua-dua pasukan dan Poland tenang menyerap asakan sebelum mula mengimbangi perlawanan dan mengancam Perancis.

Robert Lewandowski mencuba dari jarak jauh namun usaha itu tidak cukup untuk menewaskan Hugo Lloris dan Olivier Giroud pula terlepas peluang terbuka.

Minit ke-32, Poland mendapat sepakan percuma dan sepakan Lewandowski sekadar terkena benteng pasukan Perancis sahaja.

Giliran Mbappe pula mencuba dengan satu rembatan deras berdentum-dentum yang hanya menggegar jaring tepi.

Peluang terbaik dari Piotr Zielinski yang merembat deras namun bola berjaya juga ditepis Hugo Lloris dan tindakan susulan pula dikeluarkan atas garisan gol.

Pada minit ke-40, pengadil telah menyuruh Jules Kounde untuk membuang rantai emas yang dipakai di leher. Bukan satu tapi dua. Bodo bukan-bukan je pakai rantai.

Serangan Poland tanpa penyudah telah ditunjuk ajar oleh Olivier Giroud yang akhirnya membuka jaringan pembukaan perlawanan dengan satu penyudah penuh ketenangan dengan menggunakan kaki kiri.

Cantik sungguh hantaran Kylian Mbappe dari ruang yang sempit lagi terhad mencari Giroud yang mengawal kemas dan bola diletakkan ke penjuru kiri Poland.

Bersambung permainan selepas rehat, Poland dengan tiba-tiba shutdown dan bermain sangat pasif berbeza dengan aksi separuh masa pertama.

Agak aneh corak permainan dipamerkan oleh Poland yang ketinggalan di belakang seperti tidak mahu mencari gol penyamaan.

Antonio Griezmann cuba dengan sepakan percuma yang gagal disambar Raphael Varane dan Wojciech Szczesny lebih pantas untuk menumbuk keluar.

Rembatan Mbappe sekali lagi terbias dan flick dari Giroud tidak cukup untuk bola masuk dan pergi ke tepi tiang luar.

Pada minit ke-75 bermula dari serangan balas yang dimulakan Giroud bola dihantar kepada Ousmane Dembele yang mewujudkan situasi 3 vs 3.

Mbappe membuat larian dari kiri dan entah bagaimana pertahanan Poland langsung seperti tidak menyedari kehadiran Mbappe.

Dembele terus menghantar bola kepada Mbappe yang tidak dikawal lagi mengawal bola dengan tenang lalu melepaskan rembatan thunderbolt.

Data menunjukkan rembatan Mbappe selaju 47km sejam dengan nisbah putaran 2.8 pusingan sesaat yang gagal untuk diselamatkan Wojciech Szczesny.

Poland seperti berputus asa dan Mbappe terus membunuh perlawanan di minit pertama masa kecederaa dengan satu lagi rembatan berat dan keras.

Gol kelima Mbappe di Piala Dunia 2022 dan gol kesembilan di pentas Piala Dunia hanya selepas dua edisi. Lima gol terhasil di pusingan kalah mati.

Di saat akhir permainan, Poland mendapat sepakan penalti selepas bola terkena tangan Dayot Upamecano dan VAR mengesahkan penalti itu.

Robert Lewandowski membuat satu sepakan lemah yang ditangkap kemas Lloris tetapi semakan semula diarahkan oleh pengadil kerana Loris keluar lebih awal.

Dengan teknik yang sama Lewandowski berjaya menjaringkan gol saguhati buat raso-raso dan senyuman terukir di bibir Lewandowski.

Aksi superstar dan luar biasa membolehkan Kylian Mbappe meraih anugerah pemain terbaik perlawanan (MOTM) buat kali ketiga dalam empat perlawanan Piala Dunia 2022 setakat ini.

Kesebelasan Utama France (4-2-3-1) Lloris; Kounde, Varane, Upamecano, T Hernandez; Tchouameni, Rabiot; Dembele, Griezmann, Mbappe; Giroud.

Pemain Simpanan : Mandanda, Areola, Pavard, Disasi, Guendouzi, Kolo Muani, Fofana, Veretout, Saliba, Coman, Konate, Camavinga, Thuram.

Kesebelasan Utama Poland (4-1-4-1) Szczesny; Cash, Bereszynski, Kiwior, Glik, Frankowski; S Szymanski, Krychowiak; Zielinski, Kaminski; Lewandowski.

Pemain Simpanan : Skorupski, Grabara, Jedrzejczyk, Wieteska, Bednarek, Bielik, Milik, D Szymanski, Grosicki, Swiderski, Zurkowski, Zalewski, Piatek, Gumny, Skoras.

BACA:  Gary Neville Mahu England Rehatkan Beberapa Pemain Utama Bagi Pertemuan Belgium