Xavi: De Bruyne Adalah ‘Messi’ Manchester City

Bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez berkata beliau melihat pasukan Manchester City sekarang mempunyai persamaan dengan pasukan Barcelona ketika era dominasi mereka sekitar 2008 sehinggalah 2010.

Xavi turut menambah akan ada seorang pemain yang memainkan peranan penting dalam setiap pasukan yang beraksi cemerlang dan pasukan Manchester City sekarang ini mempunyai Kevin De Bruyne yang memainkan peranan tersebut.

Messi Manchester City

Beliau berkata De Bruyne sedang melakukan apa yang Lionel Messi lakukan kepada skuad Barcelona pada ketika itu, dan ujar beliau lagi Pep Guardiola telah menambah DNA Barcelona dalam pasukan Manchester City hari ini.

Walaubagaimanapun, Guardiola belum lagi mencapai apa-apa kejayaan semenjak mengambil alih pasukan di Etihad Stadium. Beliau tiba di England dengan reputasi besar musim lepas dan hampir memenangi kesemua pertadingan yang pasukannya sertai ketika mengendalikan Barcelona dan Bayern Munich.

Musim lepas menyaksikan buat pertama kali sepanjang kariernya sebagai pengurus, beliau gagal memenangi sebarang piala. City sekadar menghuni tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris musim lepas, dan ditendang keluar oleh Monaco dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. Dalam saingan Piala FA pula, mereka mara sehingga separuh akhir sebelum ditewaskan Arsenal di Wembley.

De Bruyne sedang menerima DNA Lord

Akan tetapi segalanya berubah musim ini. City bermain seperti pasukan yang tiada tandingannya. Mereka telah memenangi 19 dari 20 perlawanan liga setakat ini dan memiliki kelebihan 15 mata di hadapan pencabar terdekat yang juga jiran mereka iaitu Manchester United.

De Bruyne adalah antara watak utama dalam membantu Manchester City mengekalkan prestasi cemerlang tersebut. Xavi melihat persamaan di antara pengaruh De Bruyne pada pasukan City sekarang dengan pengaruh Messi di Barcelona ketika beliau masih lagi bermain di Nou Camp.

“Pasukan Pep Guardiola menang sebagai satu pasukan. Walaupun demikian, pasukan paling istimewa pon memerlukan pemain istimewa untuk menghasilkan detik-detik istimewa.”

Lord Fellaini juga menurunkan ilmu kepada De Bruyne dalam peringkat international

“Pasukan Barcelona pada zaman saya memiliki Lionel Messi dan pasukan Manchester City sekarang mempunyai Kevin De Bruyne. Setiap kali bola di kakinya, kamu tahu beliau akan melakukan perkara yang istimewa dengan bola tersebut.”

“Kamu tidak akan memenangi setiap perlawanan dengan jaringan 3-0 atau 4-0, terutamanya dalam Liga Juara-Juara. Dalam perlawanan yang sukar, anda perlukan satu detik yang istimewa dari pemain yang istimewa.”

“David Silva sedang bermain bolasepak terbaik sepanjang kariernya. Saya tahu beliau banyak belajar dari Guardiola dengan hanya melihat permainannya di atas padang. Silva bukan lagi pemain yang muda, tetapi apabila anda mempunyai pemain yang bijak dan mempunyai visi seperti beliau, usia bukan lagi menjadi satu masalah.”

Xavi turut menambah The Citizens telah menerima pengaruh DNA Barcelona sejak Guardiola mengambil alih jawatan pengurus di Etihad Stadium.

“City sedang bermain bolasepak yang mempunyai DNA Barcelona. Tetapi ia tidak mengejutkan saya kerana Guardiola mempunyai DNA Barcelona dan beliau menyalurkan DNA tersebut kepada pasukan Manchester City.”

BACA:  Guardiola: 5 Pasukan Bersaing Rebut Kejuaraan Liga Perdana Inggeris