Young: Manchester United Mampu Menangi Liga Juara-Juara

Pemain pertahanan Manchester United, Ashley Young percaya pasukannya mampu menjuarai Liga Juara-Juara musim ini.

Manchester United akan berkunjung ke Sepanyol untuk berhadapan dengan Sevilla dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah. Dan Young percaya Manchester United mampu pergi lebih jauh musim ini dalam kejohanan tersebut.

Tanpa kelibat Newcastle di UCL, Young yakin United mampu muncul juara

Anak buah Jose Mourinho akan turun beraksi awal pagi Khamis ini dan berharap mampu mengulangi keputusan perlawanan terakhir mereka dimana United berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA selepas mengenepikan cabaran Huddersfield Town.

Walaupun umum meletakkan Manchester United sebagai pasukan bukan pilihan untuk menjuarai kejohanan tertinggi Eropah itu, Young percaya pasukannya berupaya melakukannya.

“Sudah tentu kami mampu menjuarai Liga Juara-Juara. Kamu tidak menyertai mana-mana kejohanan jika kamu tidak mahu memenangi kejohanan tersebut. Itulah apa yang akan kami lakukan dan kami akan menumpukan perhatian terhadap perlawanan Sevilla dahulu.”

Daripada seorang pemain sayap, Young kini selesa bermain sebagai pemain bek sayap

“Lawan kami selepas ini adalah Sevilla. Ia akan menjadi perlawanan di tempat lawan yang sukar sama seperti Huddersfield dan Newcastle. Kami perlu fokus terhadap persiapan pasukan.”

Dalam perlawanan terakhir United, penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku muncul wira pasukannya selepas menjaringkan dua gol untuk memacu Red Devils ke pusingan suku akhir Piala FA.

Lukaku telah menjaringakan 21 gol setakat ini dalam musim pertamanya di Old Trafford dan Young memuji sumbangan pemain berusia 24 tahun ini kepada pasukan.

Lukaku lukamu jua semakin berbisa

“Amat penting buat pasukan untu mempunyai penyerang yang menjaringkan gol. Beliau pandai memegang bola dan sumbangan keseluruhannya kepada permainan pasukan adalah sangat cemerlang seperti yang dilihat ketika menentang Huddersfield. Beliau telah melakukannya secara konsisten sepanjang musim ini.”

“Lukaku turut menjaringkan gol yang banyak. Beliau mampu memegang bola dan masuk ke dalam kotak penalti dengan cukup baik.”

“Kamu boleh melihat kerjasaman diantara Alexis Sanchez dan Lukaku. Sanchez akan masuk ke dalam dan Lukaku akan menghantar bola kepada beliau. Mereka berdua saling bertukar hantaran dan kerjasama yang ditunjukkan mereka cukup baik sekali.”

BACA:  Patrice Evra Tiba di London, Bakal Sertai West Ham Sehingga Tamat Musim