Zainal Abidin Hassan Diiktiraf Lebih Hebat Dari Pele Dan Ronaldo Original

Zainal Abidin Hassan diiktiraf oleh Globe Soccer Award sebagai pemain ketujuh paling banyak menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan dikedudukan lebih tinggi berbanding Pele dan Ronaldo Original.

Sudah pasti pasukan Melaka United turut berkongsi rasa bangga dengan penganugerahan yang mendonia diterima oleh pengendali pasukan mereka.

Dengan pencapaian itu, Zainal Abidin sekaligus berjaya mengatasi Lionel Messi yang berada satu tangga dibawahnya.

Zainal Abidin Hassan juga sekadar dipisahkan 21 gol sahaja berbanding pemenang lima kali Ballon d’or, Cristiano Ronaldo.

Untuk pengatahuan, Ronaldo Nazario sendiri hanya berjaya menjaringkan 62 gol sahaja untuk pasukan kebangsaan Brazil. Hebat bukan abang Jenal kita?

Apa yang lebih membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia adalah, Zainal Abidin Hassan turut berjaya mengatasi legenda bola sepak dunia, Pele dengan jurang perbezaan satu gol.

Melaka United dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

“MUSA dengan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan yang menerima pengiktirafan daripada Globe Soccer Awards sebagai 10 Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman peringkat antarabangsa bersama Skuad Bolasepak Kebangsaan.”

Hanya Cristiano Ronaldo dan Sunil Chettri sahaja pemain yang berada dalam kedudukan sepuluh terbaik masih aktif bermain secara profesional.

Apa yang jelas, Cristiano Ronaldo dilihat berada di landasan yang terbaik untuk menjadi penjaring terbanyak serta pemain terbaik sepanjang zaman.

Legenda Iran Ali Daei masih menjadi penjaring terbanyak untuk negara sepanjang zaman dengan 109 gol. Pencapaian yang sangat luar biasa.

Di tempat kedua menjadi milik Cristiano Ronaldo dengan 99 gol, cuma dibezakan 10 gol sahaja dibelakang Ali Daei.

Tidak dinafikan bahawa Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain dalam sejarah bola sepak dunia dengan segala kejayaan yang telah beliau peroleh.

Selain pencapaian individu dan membantu kelab, beliau turut berjaya membantu negaranya memenangi kejuaraan Euro.

Legenda Hungary, Ferenc Puskas Seorang pemain yang pernah beraksi bersama generasi emas negaranya pula berjaya mencetak 84 gol di dalam kariernya dahulu.

Beliau berada di kedudukan ketiga selepas rekodnya dipintas oleh Cristiano Ronaldo tahun lalu.

Kunishige Kamamoto pula merekodkan 80 jaringan antarabangsa untuk negaranya. Dibelakangnya pula adalah Godfrey Chitalu yang berjaya menjaringkan 79 gol untuk Zambia.

Seterusnya di tangga keenam ialah legenda Iraq, Hussein Saeed yang berjaya mencatatkan 78 gol antarabangsa untuk negaranya.

Kedudukan ketujuh menjadi milik legenda bola sepak negara Malaysia, Zainal Abidin Hassan yang berjaya menjaringkan 78 gol untuk karier antarabangsanya.

Zainal Abidin Hassan merupakan seorang total player yang mana beliau boleh bermain di semua posisi outfield.

Di belakang Zainal Abidin Hassan adalah legenda bola sepak dunia, Pele. Pele antara pemain yang seringkali dijulang sebagai manusia paling hebat dan handal bermain bola dalam sejarah.

Beliau berjaya menjaringkan 77 gol sepanjang karier antarabangsanya bersama pasukan Brazil.

Di kedudukan ke sembilan menjadi milik legenda Kuwait, Bashar Abdullah. Beliau Berjaya menjaringkan 75 gol untuk pasukan kebangsaan sepanjang kariernya.

Bagi melengkapkan senarai sepuluh pemain paling banyak menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan ini. Nama Sunil Chettri telah diletakkan di kedudukan kesepuluh.

Beliau telah menjaringkan 72 gol untuk pasukan kebangsaan dalam sepanjang karier profesionalnya.

Begitu lah senarai sepuluh pemain yang telah menerima penghargaan dari Globe Soccer Award.

Tahniah untuk Zainal Abidin Hassan atas penghargaan yang diterima, tidak dinafikan beliau sememangnya legenda terhebat dalam sejarah bola sepak negara kita.

BACA:  Zainal Anggap Kelantan Pasukan Misteri Di Bawah Jurulatih Baharu