Zidane Minat Harry Kane?

Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, semalam telah memuji penyerang Tottenham Hotspur yang sedang mengganas merobek gol lawan, Encik Harry Kane, dalam satu sidang media menjelang pertemuan Real Madrid dan Spurs dalam Liga Juara-juara malam ini.

Zidane berkata, Kane merupakan seorang complete forward tetapi turut menegaskan bahawa Kane bukanlah satu-satunya senjata Spurs untuk menentang Real Madrid nanti.

Kalau nak tahu apa itu complete forward, baca sini.

Kane setakat ini telah menjaringkan 15 gol untuk kelab dan negara, termasuk lima dalam Liga Juara-juara dan pastinya anak jati London ini mahu meleburkan hati para penyokong Real Madrid di Santiago Bernabeu nanti.

Ketika ditanya sama ada Zidane berminat untuk membawa Kane ke ibu kota Sepanyol, dia mengambil langkah untuk berdiam diri.

Harry Kane turut menajringkan gol untuk England.

“Aku tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tapi sekarang ni Kane sangat penting buat SPurs,” ujar Zidane.

“Dia sangat bagus dalam semua benda dan apa yang dia buat, dia buat menuju ke arah gol. Dia selalu mencari ruang dan itu sangat bagus saudara!

“Lagipun dia adalah complete forward. Kadang-kadang nampak macam tak, tapi sebenarnya ya.

“Kane sekarang sedang bermain dengan bagus tapi Tottenham bukan sekadar Kane dan aku pasti mereka akan bersedia nanti,” tambah Zidane lagi.

Kehebatan Harry Kane di atas padang juga mengundang pengurus Manchester City untuk menggelarkan Spurs sebagai Harry Kane FC.

Ketika dihubungi The Sukan, Harry Kane enggan memberikan maklum balas mengenai apa yang dikatakan oleh Zidane tersebut.

Zidane turut ditanya mengenai perbandingan antara Liga Inggeris dan La Liga, dan sebagai sang genius, Zidane memberikan jawapan yang ringkas tetapi padu.

“Semua orang mempunyai pandangan,” katanya.

“Aku memang selalu mengimpikan untuk bermain di Liga Sepanyol.

“Aku cinta La Liga. Kau akan banyak main bola.

“Ia adalah bola bola sepak yang berbeza. Liga Inggeris lebih kepada fizikal dan jika sebuah pasukan tu kuat dari segi fizikal, maka lebih tinggi peluangnya untuk menang dalam liga tu.

“Tapi aku rasa bola sepak Sepanyol adalah yang terbaik. Jadi kami akan buktikan pasukan La Liga adalah yang terbaik,” kata Zidane sambing memuncungkan bibir seperti Boy Iman.

Ketika ditanya bagaimana harapan Perak untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia, Zidane sekadar berkata,” Ate, teman aseinye oghang Kuala Kangsor. Sebelah Kota Lama Kiri tu. Jadi teman yakin ler Perak layak ke final nanti.”

Sumber berita : FourFourTwo

Baca Juga

Baca Juga