Pemain pertahanan Arsenal, Oleksandr Zinchenko telah menyatakan sokongan terbukanya kepada Israel berikutan berlaku satu lagi konflik di Tebing Barat itu.
Kenyataan Zinchenko ringkas dan padat siap edit poster: “Saya bersama dengan Israel” dimuat naik dalam Insta Story beliau.
Zinchenko yang dipanggil manja dengan nama Zina telah menjadi kecaman ramai pihak kerana post itu. Ada yang meminta Arsenal bertindak kerana dia bercakap berbaur politik.
Ada menuduh Zina sebagai hipokrit kerana selalu menangis mengecam Rusia sebagai pengganas dan sekarang dia berpihak kepada Israel pula yang dianggap penceroboh.
Dia mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sebelum ini dengan menangis dalam setiap wawancaranya.
Sebelum ini Ozil pernah menyatakan dia menyokong Uighur dan terus dicop campur tangan soal politik di China dan dikenakan tindakan oleh kelab. Ozil menegaskan dia bercakap atas dasar kemanusiaan bukan politik atau agama.
Kini peminat mahu tahu adakah post Zinchenko ini dikira politik?
"don't mix football with politics" until it's Israel and Ukraine, ended Ozil's career for talking about Uighur's Muslims and make Zinchenko a hero bc he's just Ukrainian, disgusting world https://t.co/uR2xgKYe5y
— N (@NotNassif) October 7, 2023
Sebelum ini Zinchenko telah mengibarkan bendera Ukraine dan mengecam Rusia sebagai pengganas. Ramai anggap Zina seringkali dilayan berbeza. Zina menegaskan dia mengibarkan bendera negaranya atas dasar kemanusiaan.
Dia mendesak semua atlet Rusia dan Belarus digantung daripada bertanding dalam semua jenis sukan.
TONIGHT: Arsenal and Ukraine star Oleksandr Zinchenko calls for all Russian and Belarusian athletes to be banned from top level sport, including Wimbledon.
Watch more of Piers Morgan's interview with him tonight at 8pm.@piersmorgan | @TalkTV | #PMU pic.twitter.com/RBnYSseYOe
— Piers Morgan Uncensored (@PiersUncensored) June 14, 2023
Kenyataan itu dahulu sangat kontroversi, seorang peminat berkata: “Ini melampau dah. Aku selama ini sokong kau, tapi kau patut salahkan Putin dan pemimpin negara kau je. Kenapa nak babitkan semua orang termasuk pemain tenis berusia 18 tahun yang baru nak menapak dalam karier.”
Appreciation post for zina#zinchenko #ManCity pic.twitter.com/Ad9q28NjRe
— Transfer News (@FtballTransfers) May 22, 2022
Kerana sebelum itu, Pogba pernah dikecam kerana mengibarkan bendera Palestine juga atas sebab kemanusiaan.
Sad truth pic.twitter.com/L2Za9ki4ID
— Troll Football (@TrollFootball) June 15, 2023
Rakan sepasukan Zinchenko, Elneny sebelum ini pernah diberikan amaran kerana menyatakan sokongan kepada Palestine kerana tindakannya boleh memudaratkan kelab dari segi penajaan.
They had to have words with Elneny a few years ago, shameful if the club doesn't call it out when Zinchenko does the same for Israel. pic.twitter.com/d7CDGy5HFY
— Salim (@salim_l87) October 7, 2023
Setelah menuai segala kecaman di media sosial, Zinchenko akhirnya menghadkan Instagramnya kepada mode peribadi sahaja.
Segelintir peminat Arsenal turut menyokong Zinchenko dan menyatakan apa yang dilakukan Zina tak sama dengan Ozil. Mereka menyatakan, Zinchenko memihak kepada satu negara sementara Ozil pula memihak kepada kumpulan militan.
Goatnelli berkata: “Zinchenko memihak kepada sebuah negara, Ozil pula memihak kumpulan militan. Itu seperti saya mengaku saya menyokong Al Qaeda atau Al Shabab. Tidak sama langsung situasi Zina dengan Ozil. Hentikan buat bising ketika kita ada perlawanan besar hari ini [lawan Man City]. Bandingkan situasi Zinny ini dengan Elneny.”
Well said, earned yourself a follow. I hoghly doubt özil was punished for what he said ab china as much as he was for his public relationship with erdogan
— Roobs (@ajrubi20) October 8, 2023