Setakat ini sudah 16 orang telah mengaku sebagai ahli keluarga mendiang Diego Maradona dan mula melakukan Gegenpressing atau counter pressing untuk merebut harta peninggalan lagenda bola sepak dunia.
Belum pun sebulan Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung, ahli keluarga mendiang telah mula bergaduh berebutkan harga peninggalan yang dilaporkan bernilai $46.3 juta ataupun RM200 juta.
Ahli keluarga terdekat Maradona lebih awal lagi dilaporkan melakukan Gegenpressing bagi merebut harta dan disusuli dengan 16 orang yang mengaku sebagai ahli keluarga dan bilangan ini dijangka bertambah.
Image rights, fast cars and a 'tank': Maradona's death triggers complex inheritancehttps://t.co/eLzeRp8HzT https://t.co/eLzeRp8HzT
— The Star (@staronline) November 27, 2020
Negara Italy juga dilaporkan boleh menuntut harta peninggalan Maradona melalui pihak berkuasa cukai Italy keranan pertikaian cukai yang bernilai $44 juta (RM178 juta).
Pertikaian cukai telah menyebabkan pengisytiharan muflis kepada Maradona di Itali menerusi Badan Cukai Itali yang memintanya membayar kesemua angka itu.
Maradona masih melawan pengisytiharan muflis itu dan selepas meninggal dunia kerajaan Italy belum membuat kenyataan mengenai perkara itu.
Reports circulating since his death estimate his estate at around US$90 million. #FMTNews #Maradona https://t.co/ig6xU2LzBo
— Free Malaysia Today (@fmtoday) November 28, 2020
Ada juga laporan menyebut bahawa kekayaan mendiang Maradona dianggarkan bernilai $75 juta sehingga $90 juta atau RM360 juta.
Kekayaan Maradona meliputi kenderaan mewah, hartanah dan kontrak penajaan serta hak imej.
Maradona masih lagi di bawah kontrak selaku jurulatih kelab Ginmansia y Esgrima La Plata ketika meninggal dunia dan memiliki perjanjian penajaan bersama Puma, selain daripada hak imej yang dipegang oleh Konami dan EA Sports yang mengeluarkan permainan video bola sepak terkemuka, PES dan FIFA.
Maradona's death may trigger family inheritance battle https://t.co/PiO4FEEdcL
There's going to be a big fight, until the End!
— albert q aguilar (@trebla787) November 27, 2020
Sejurus selepas berita kematian Maradona tidak kurang enam individu setakat ini yang mengaku diri mereka adalah anak kepada Maradona.
Antara mereka yang sudah barbar adalah lima orang anaknya dan tujuh orang yang disyaki “anak kekasihnya” adalah antara mereka yang menuntut hart pusaka dalam pertemuan dengan peguam di lokasi yang tidak didedahkan di Buenos Aires.
Empat daripada lima adik beradik perempuan Maradona juga dikatakan turut melakukan flank kiri dan kanan bersaing untuk mendapatkan sebahagian daripada hartanya.
Satu salasilah keluarga Maradona juga telah dikeluarkan yang hanya memaparkan anak hasil perkahwinan dan hubungan dengan kekasihnya.
Maradona didakwa mempunyai sekurang-kurangnya 11 orang anak daripada sekurang-kurangnya tujuh orang ibu yang berlainan. Itu yang dapat dikesan.
Situasi yang berantakan semakin rumit oleh pendedahan dua minggu yang lalu kekayaannya telah hilang pada tahun-tahun sebelum kematiannya.
Pada saat kematiannya, kekayaan bersih Maradona dianggarkan hanya sekitar $100,000, menurut Express.co.uk.
Kekayaan Sebenar Maradona
Surat-surat mahkamah telah mendedahkan dan menjadi bukti kepada kekayaan sebenar Maradon termasulah wang tunai di Switzerland, Dubai dan Buenos Aires serta harta benda di seluruh dunia dan koleksi kenderaan mewah.
Penyata akaun tersebut juga menunjukkan dana dari kontrak pengiklanan dengan jenama besar besar dunia termasuklah bersama syarikat pakaian Puma dan sayrikat minuman gergasi, Coca-Cola.
Maradona pernah dilaporkan telah pun menandatangani surat wasiat pada tahun 2012, tetapi kemudian membatalkann wasiat tersebut empat tahun kemudian.
Maradona’s Family Fighting Over £37m Fortune https://t.co/qEu8l7SQKt #News #Sport #WorldNews
— Euro Weekly News (@euroweeklynews) December 10, 2020
Undang-undang Argentina melarang anak-anak si mati membolot semua harta seorang diri dan semua ahli keluarga yang layak diberi bahagian yang sama.
Namun jika ada wasiat, pemilik masih boleh memberikan nilai yang berbeza tetapi syaratnya, kesemua anak tetap perlu mendapat bahagian masing masing yang dirasakan adil.
One of the greatest footballers of all time.
RIP Diego Maradona. pic.twitter.com/2ON3t6Lkwh
— Fulham Football Club (@FulhamFC) November 25, 2020
Biasanya anak anak yang berkongsi hidup boleh mendapat lebih sedikit.
Satu sumber mengatakan:
“Tanpa wasiat, bermakna anak-anak yang dekat dengan Maradona dan beberapa yang belum pernah dia temui semuanya akan dapat memperoleh kekayaan yang sama.”
“Itu jelas sekali tidak dapat diterima oleh anak-anak yang menjadi sebahagian dari hidupnya, berkongsi hidup dengannya selama bertahun-tahun dan merasa mereka telah ditipu.”
Sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak dan jurulatih, Maradona memperoleh puluhan juta dolar melalui gaji dan sokongan dengan syarikat-syarikat besar.
Interesting read about Maradona’s estate. According to the article, under Argentine law, a person can only give away a third of their assets in a will, with the rest passing to their children or spouse and most people don’t draft wills in Argentina! https://t.co/NKaPKxzPx7
— Jodie Buck (@jodiebuck) December 9, 2020
Dia ditandatangani dengan dua bayaran rekod dunia dalam kariernya ketika bergabung dengan Barcelona dan kemudian Napoli, dan merupakan salah seorang pemain dengan gaji tertinggi di dunia pada ketika itu.
The International Business Times melaporkan bahawa perjanjian Maradona dengan Napoli menyaksikan dia memperoleh gaji $3 juta, dan tajaan sehingga $10 juta. Angka yang sangat tinggi ketika itu.
Menurut Business Times, gabungan pendapatan $13 juta pada masa itu lebih daripada $26 juta wang hari ini.
Setelah bermain, dia juga berjaya tujuh kelab dan melatih Argentina ke Piala Dunia 2010.
Salah satu peranan terakhirnya adalah di Mexico, di mana ia dilaporkan memperoleh $ 150,000 sebulan selama 11 bulan.
Walaupun angka sebenar berapa kekayaan dan harta yang ditinggalkan Diego Maradona tidak dapat dipastikan dengan jelas namun apa yang jelas angka itu sangat besar.
Kalau Tok Adi tahu perangai sorang-sorang macam ni mau makan cangkul.