Statistik Kehebatan Pele & Maradona

Analisis statistik telah membuktikan kehebatan dua pemain legenda Pele dan Diego Maradona namun sukar untuk dipastikan siapa yang lebih hebat.

Siapakah pemain bola sepak terhebat dunia? Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi? Atau, Diego Maradona atau Pele? Sukar untuk melakukan pilihan?

Empat nama yang di atas pasti ini  pasti akan meniti mana-mana bibir peminat bola sepak jika soalan mengenai pemain terhebat diperdebatkan.

Lionel Messi dan juga Cristinao Ronaldo telah membuktikan keupayaan mereka di peringkat kelab. Bagaimanapun kedua-duanya belum pernah memenangi Piala Dunia.

Bagaimana pula dengan dua legenda, Diego Maradona dan juga Pele? Berikut adalah analisis ringkas berdasarkan statistik ringkas yang kami telah kumpul.

Siapakah yang lebih hebat?

Pele dan Maradona

Pele dan Maradona adalah dua legenda dari masa lalu. Kedua-dua pemain juga mencipta nama pada era yang berbeza.

Pele menarik perhatian dunia dengan corak bola sepak ginga pada pertengahan 1950an sehingga lewat 1970an.

Diego Maradona pula tampil dengan sentuhan dan larian magisnya pada lewat 1970an sehingga ke pertengahan 1990an.

Kedua-duanya menghiasai dunia bola sepak dan menghiburkan peminat di seluruh dunia selama 20 tahun.

https://twitter.com/FoxSportsStorie/status/922793765676503040

Pele dilahirkan pada 23 Oktober 1940. Diego Maradona pula jauh lebih muda, dilahirkan pada 30 Oktober 1960. Kedua-duanya adalah tunjang utama pasukan negara masing-masing untuk mencapai kejayaan di Piala Dunia.

Sehingga ke hari ini, nama Pele dan Maradona sering kali diangangkat sebagai idola bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak. Ramai juga di kalangan mereka yang pernah menjadikan Pele dan Maradona sebagai inspirasi.

Menariknya, kedua-dua pemain tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai keupayaan salah seorang dari mereka ditanya.

Pele dan Maradona, masing-masing berpendapat diri mereka lebih bagus jika perbandingan diantara kedua-duanya dilakukan.

Perseteruan merentasi zaman

“Jika ia pendapat saya, Pele adalah pemain kedua terbaik jika dibanding dengan saya,” ujar Maradona satu ketika dahulu.

Pele turut mempunyai pendapat beliau tersendiri mengenai Maradona dan mengapa beliau adalah pemain yang lebih baik.

“Maradona tidak layak untuk dipertimbangkan sebagai pemain terbaik dunia. Maradona tidak mempunyai kekuatan kaki kanan dan tandukan bukanlah kekuatannya.

“Satu-satunga gol penting hasil tandukan Maradona ialah jaringan menggunakan tangan ketika menentang England!” ujar Pele.

Baiklah. Kini kedua-duanya mengaku diri sebagai pemain terbaik dunia. Bagi yang neutral, Maradina atau Pele, mereka mempunyai kebolehan dan kekuatan tersendiri.

Pele berkebolehan menggunakan kedua-dua belah kaki dan seorang penyudah yang klinikal. Jumlah jaringannya ketika aktif bermain adalah bukti yang paling mudah.

Namun pengkritik tetap mempersoalkan era ketika Pele aktif beraksi. Bola sepak pada ketika itu tidak dimainkan sepantas seperti hari ini.

Maradona pula adalah pemain yang gemar mengawal permainan daripada bahagian tengah.

Piala Dunia 1986 adalah pentas kehebatan pemain ini. Namun kontroversi dan skandal bersilih ganti sentiasa menghantui apa yang beliau pernah capai.

Pencapaian peringkat antarabangsa

Pele mulai mewarnai saingan di pentas antarabangsa sebagai remaja berusia 17 tahun di Piala Dunia 1958. Beliau dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dan merupakan penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan 6 gol dari 4 perlawanan.

Bagaianapun kemunculan Pele di dua edisi Piala Dunia seterusnya dibayangi dengan kecederaan. Pele hanya tampil dalam satu perlawanan pada Piala Dunia 1962 ketika Brazil bergelar juara.

Oada 1966 pula Pele dan Brazil gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Pada usia 29 tahun, Pele kembali menebus kehampaan bersama Brazil untuk muncul juara Piala Dunia 1970. Beliau turut menyumbang beberapa bantuan gol untuk rakan sepasukannya.

Jaringan Carlos Alberto ketika menentang Itali di perlawanan akhir dianggap sebagai salah satu gol terbaik berpasukan – gerakan yang diinspirasikan oleh Pele.

Maradona pula melalui mimpi ngeri dalam penampian pertamanya di Piala Dunia bersama Argentina. Ketika iti beliau hanya menjaringkan 2 gol daripada 4 perlawanan dan dilayangkan kad merah ketika bertemu Brazil dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebelum tersingkir pada edisi 1092.

Empat tahun kemudian, Maradona menunjukkan belangnya dengan menjaringkan 5 gol termasuk gol menakjubkan, menggelecek beberapa pertahanan England. Maradona turut membantu rakan sepasukannya dengan  menghasilkan beberapa bantuan gol.

Maradona hampir mengulangi pencapaiannya bersama Argentina pada Piala Dunia 1990, sebelumtewas di perlawanan akhir kepada Jerman Barat.

Piala Dunia 1994 Maradona dipalit dengan skandal doping dan dihantar pulang dari kem Argentina ketika kejohanan sedang berlangsung.

Statistik peringkat kelab

Pele amat sinonim dengan Santos. Malah hampir keseluruhan karier bola sepak peringkat kelab untuk Pele ialah bersama Santos. Hanya pada penghujung kariernya, Pele berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyertai New York Cosmos.

Pele tampil di dalam 656 perlawanan dan menjaringkan 643 gol ketika bersama Santos. Antara kejuaraan yang dimenanginya di kelab Brazil itu ialah kejuaraan berganda Copa Libertadores dan Intercontinental Cup pada 1962 and 1963, 6 gelaran Brasileiro Seria A dan 10 kejuaraan Campeonato Paulista.

Karier Diego Maradona pula bermula bersama Argentinos Juniors tetapi meraih kejuaraan pertama Primera Division pada musim ke-5 bersama kelab tersebut sebelum berhijrah ke Boca Juniors.

Semusim bersama Boca Juniors, Maradona kemudiannya dipancing ke Barcelona untuk rekod perpindahan dunia pada ketika itu.

Musim pertama di Nou Camp, Maradona dan Barcelona memperoleh kejuaraan ‘treble’ dengan gelaran La Liga, Copa Del Rey dan kemudiannya Espanyol Super Cup.

Namun begitu, nama Maradona sangat disanjung di Napoli. Maradona diibaratkan dewa penyelamat bandar Napoli. Prestasi terbaik pemain Argentina ini juga adalah ketika bersama Napoli.

Maradona dan Napoli bersama-sama memenangi kejuaraan Serie A sebanyak 2 kali dan juga bergelar juara Piala UEFA pada 1988/89.

Rumusan

Statistik tidak semestinya akan memberi kisah penuh satu cerita dan perjalanan. Apatah lagi karier bola sepak. Namun demikian, tidak salah untuk kita melakukan perbandingan.

Jadi menurut anda siapakah yang lebih hebat? Pele atau Maradona?

Sumber: Sukan

BACA:  Pele: Bukan Ronaldo Atau Messi, Aku Yang Terbaik Antara Semua