Carragher Label Rekod Jaringan Pele Sebagai Satu Mitos

Pemain legenda Liverpool, Jamie Carragher telah mencetuskan kontroversi apabila telah melabel rekod jaringan yang dilakukan oleh pemain terbaik sepanjang zaman sebagai satu mitos sahaja.

Pele sebelum ini telah mendakwa bahawa beliau telah menjaringkan 1283 gol sepanjang kariernya namun dalam rekod rasmi yang dicatatkan oleh FIFA hanyalah 759 gol sahaja yang dijaringkan dalam 759 perlawanan.

Rekod gol dihasilkan Pele terus menimbulkan perdebatan; jadi berapa banyak sebenarnya gol yang dijaringkan Pele? Menurut FIFA, penyerang legenda itu menjaringkan 643 gol “rasmi” untuk Santos, dengan jumlah keseluruhan kariernya mencapai 767.

Tetapi pada Disember 2020, Santos mendakwa Pele telah menjaringkan 1,091 gol – bukan 643 gol seperti yang dilaporkan secara rasmi, kenyataan dari Santos hadir selepas Lionel Messi menjadi penjaring terbanyak bersama sebuah kelab.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu telah memecahkan rekod yang dipegang Pele sejak 1974 namun Santos berkeras menafikan pencapaian yang dilakukan oleh Messi itu dan mahu Pele terus menjadi pemegang rekod tersebut.

Malah, Santos mengeluarkan kenyataan panjang lebar untuk mencadangkan gol tambahan Pele dalam ‘perlawanan rasmi’ menentang Real Madrid dan Juventus harus dikira.

Adil untuk mdiperkatakan mengenai rekod Pele menimbulkan pelbagai pendapat dan dalam episod Monday Night Football, bekas bek tengah Liverpool, Jamie Carragher membawa pandangannya ke dalam perbincangan.

Jamie Carragher telah ketawa besar apabila Gary Neville menyebut nombor yang didakwa oleh Pele mengenai jumlah jaringannya dan Neville bertanya adakah Carragher mempunyai teori tentang isu itu?

Sambil menyambung gelak macam setan, Carragher menyifat 1000 gol seperti yang didakwa Pele itu adalah satu mitos.

Neville: Kau ada teori kan?

Carragher: Pele merupakan satu mitos. Aku tak leh terima tentang 1000 gol ini.

Tidak dinafikan status ikonik dan legenda Pele dalam sejarah dunia bola sepak dunia tetapi ketidakpastian mengenai jumlah gol yang dijaringkan dalam kariernya sering muncul.

Sebagai contoh, pada Januari tahun lalu, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-758 apabila dia menjaringkan gol untuk Juventus menentang Udinese, mendahului Pele dalam carta penjaring gol ‘rasmi’ sepanjang zaman.

Tetapi sejurus selepas Ronaldo memintasnya, peminat bermata helang melihat bahawa bekas penyerang Santos itu telah mengemas kini Instagramnya dan mendakwa bahawa dia adalah penjaring rekod bola sepak sepanjang zaman.

Pele telah mengemaskini bio Instgramnya dengan menulis fakta sendiri dan tidak rasmi ‘Leading Goal Scorer of All Time (1,283)’ dan kekal ke saat artikel ini ditulis.

Carragher Pele

Telatah pele sebenar tidak terhenti disitu, selepas Cristiano Ronaldo telah memecahkan rekod Josef Bican sebagai peneraju rasmi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, Pele memberi reaksi balas.

Pele telah membuat jualan baju untuk membantu golongan yang memerlukan melalui Pele Foundation, apa yang menarik adalah baju yang dijual adalah sempena 1000 gol yang dijaringkan.

Baju edisi terhad dikeluar Pele ini seperti satu manifestasi Pele untuk memberitahu dunia bahawa beliau telah jaringkan 1000 gol. Namun rekod yang dikeluarkan oleh FIFA diguna pakai secara rasmi.

Sementara itu, Carragher, sebelum ini pernah meletakkan Lionel Messi di atas Pele apabila melibatkan perbincangan ‘terhebat sepanjang masa’.

“Orang ramai sentiasa meletakkan Pele dan Maradona ke dalam perdebatan siapa yang terbaik, tetapi aku fikir apa yang Messi lakukan sepanjang tahun dan tahun dalam Liga Juara-Juara mengatasinya.” katanya dalam buku Messi – The King of Camp Nou.

“Malangnya, orang akan sentiasa berkata seperti ‘dia tidak pernah melakukan ini, menang itu.’ Ia adalah sama untuk Liverpool dalam beberapa musim. Apa sahaja yang kami capai, ada je yang membangkang dan berkata ‘baik, anda tidak memenangi liga’.”

“Realitinya adalah ia boleh dikaitkan dengan pengurus pada masa itu, skuad pemain, pembangkang, apa sahaja… Messi boleh berhujah secara sah bahawa dia tidak bermain dalam pasukan antarabangsa terbaik di dunia.”

“Mereka berjaya mara ke final, di mana dia menjadi pemain terbaik kejohanan itu. Apa lagi yang dia boleh buat?!”

Benarkah Pele Menjaringkan 1283 gol?

Edson Arantes do Nascimento atau dikenali juga sebagai Pele merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bolasepak, beliau juga lagenda yang dinobatkan sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang zaman.

Pele dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, Minas Gerais, Brazil, anak kepada pemain Fluminense, Dondinho. Dinamakan Edson sempena nama Thomas Edison dan panggilan manja keluarganya Dico.

pele_joy_eusebio

Edson Arantes do Nascimento mendapat gelaran Pele semasa di bangku sekolah apabila beliau tersalah semasa menyebut nama penjaga gol Vasco da Gama yang merupakan pemain kesayangannya, Bile.

Dalam autobiographinya Pele menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan tidak makna di sebalik nama Pele.

Pele memulakan karier remaja beliau bersama kelab Bauru Athletic Club dari tahun 1953–1956, kemudian memulakan karier senior bersama Santos dari tahun 1956 hingga 1974 sebelum berpindah ke New York Cosmos pada tahun 1975 sebelum bersara pada 1977.

Pele diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam karier seorang pemain bolasepak. Pele telah menjaringkan 1279 gol dalam 1363 perlawanan bermula 7 September 1956 sehingga 1 Oktober 1977.

IFFHS juga telah mengiktiraf Pele sebagai penjaring gol terbanyak dalam liga dengan 541 gol. Rekod yang diiktiraf oleh Guinness World Records merupakan rekod rasmi jika dikira gol dalam perlawanan tidak rasmi Pele telah menjaringkan 1283 gol dalam 1366 perlawanan.

rekod-pele

Tahun terbaik pele adalah pada 1959 apabila Pele menjaringkan 126 gol dan Milésimo(gol ke-1000) terhasil dari sepakan penalti bersama Santos di Maracanã Stadium, Rio de Janeiro pada 19 November 1960, semasa gol ke-1000 Pele baru membuat 909 penampilan.

pele-wikipedia

Jika dikira semua gol dalam perlawanan tidak rasmi benarlah Pele telah menjaringkan 1283 gol sepanjang karier namun rekod rasminya masih kekal 757 gol.

Penjaring Gol Terbanyak Secara Tidak Rasmi

Artur Friedenreich pemain kelahiran Brazil telah menjaringkan 1329 gol dalam tempoh 26 tahun kerjayanya diantara tahun 1909 sehingga 1935. Artur Friedenreich menjaringkan lebih banyak gol dari Pele tetapi tiada dokumen yang dapat mengesahkan bilangan tersebut.

Secara tidak rasminya Artur Friedenreich merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman tapi tanpa dokumen sokongan boleh diibaratkan seperti sembang kencang saja.

arthur-friedenreich
Artur Friedenreich

James McGrory dari kelab Glasgow Celtic merupakan penjaring gol terbanyak di Liga Bolasepak di British dengan 550 gol, 410 dijaringkan dalam perlawanan Liga Scotland dari tahun 1922 sehingga 1938.

James McGrory
James McGrory

Jika mahu dikira secara tidak rasmi maka Pele masih lagi bukan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman. Kesian Pele, penat nak kena taichi lagi ni.

George Arthur Rowley yang bermain bersama West Bromwich Albion, Fulham, Leicester City dan Shrewsbury Town merupakan penjaring terbanyak dalam perlawanan liga dengan 434 jaringan. Jaringan itu dilakukan antara tahun 1946 sehingga April 1965.

George Arthur Rowley
George Arthur Rowley

Setakat ini dulu kisah Pele ini. Pada pandangan penulis Fakri Saarani merupakan harapan pemain zaman moden yang dilihat mampu untuk memecahkan rekod Pele.

Sumber : Guinness World Records dan Wikipedia

BACA:  Carragher Secara Brutal Menganjing Ferdinand Supaya Tidak Jadi Fan Boy Ronaldo