Pele Meninggal Dunia

Legenda dan salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, Pele telah meninggal dunia dan menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 82 tahun.

Ikon Brazil dan dunia itu telah membuang tumor dari kolonnya pada September 2021 dan sedang menjalani rawatan untuk kanser usus.

Pele dimasukkan semula ke hospital pada bulan November selepas mengalami bengkak di seluruh badannya, selain ‘kegagalan jantung berkompensasi’.

Pada awal bulan, bekas bintang Santos itu telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa dia berasa ‘kuat dan berharap’ selepas ramai menzahirkan kebimbangan akan kesihatannya.

Bagaimanapun, dia kekal di hospital Albert Einstein di Sao Paulo semasa Krismas, dengan keluarganya berkongsi gambar penuh emosi bersamanya.

Ejennya, Joe Fraga, mengesahkan kematian pemain Brazil itu pada petang Khamis di Brazil. Kenyataan di akaun Twitter rasminya berbunyi:

“Inspirasi dan kasih sayang menandakan perjalanan Raja Pelé, yang meninggal dunia dengan aman hari ini.”

“Dalam perjalanannya, Edson mempesonakan dunia dengan geniusnya dalam sukan, menghentikan peperangan, menjalankan kerja sosial di seluruh dunia dan menyebarkan perkara yang paling dipercayainya sebagai penawar bagi semua masalah kita: cinta.”

“Mesej beliau hari ini menjadi warisan untuk generasi akan datang.”

“Cinta, cinta dan cinta, selamanya.”

Kemenangan penuh bergaya 4-1 Brazil menentang Korea Selatan di pusingan 16 terakhir telah dijadikan satu tribute indah skuad samba buat legenda mereka, Pele.

Brazil mengeluarkan sepanduk yang tertera nama Pele dalam isyarat menyentuh hati berikutan selepas mengesahkan kemaraan mereka ke suku akhir bertemu Croatia.

Neymar telah membawa masuk sepanduk sebagai tanda sokongan kepada Pele yang masih menerima rawatan di hospital.

Pemain Brazil mengangkat sepanduk di atas padang untuk menunjukkan sokongan kepada Pele dan mendoakan legenda mereka sembuh kembali.

Brazil meneruskan usaha mereka di Qatar apabila mereka menentang Croatia untuk mendapatkan tempat di separuh akhir dan tewas.

Peminat Brazil di stadium 974 turut mendoakan kesihatan Pele dengan membawa sepanduk gergasi yang tertera wajah pemain legenda itu dengan ucapan.

“Semoga cepat sembuh.” Kini Pele dalam kenangan.

Edson Arantes do Nascimento atau dikenali juga sebagai Pele merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bolasepak sebelum dipotong Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, beliau juga lagenda yang dinobatkan sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang zaman.

Pele dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, Minas Gerais, Brazil, anak kepada pemain Fluminense, Dondinho. Dinamakan Edson sempena nama Thomas Edison dan panggilan manja keluarganya Dico.

Edson Arantes do Nascimento mendapat gelaran Pele semasa di bangku sekolah apabila beliau tersalah semasa menyebut nama penjaga gol Vasco da Gama yang merupakan pemain kesayangannya, Bile.

Pele memulakan karier remaja beliau bersama kelab Bauru Athletic Club dari tahun 1953–1956, kemudian memulakan karier senior bersama Santos dari tahun 1956 hingga 1974 sebelum berpindah ke New York Cosmos pada tahun 1975 sebelum bersara pada 1977.

Pele diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam karier seorang pemain bolasepak. Pele telah menjaringkan 1279 gol dalam 1363 perlawanan bermula 7 September 1956 sehingga 1 Oktober 1977.

IFFHS juga telah mengiktiraf Pele sebagai penjaring gol terbanyak dalam liga dengan 541 gol. Rekod yang diiktiraf oleh Guinness World Records merupakan rekod rasmi jika dikira gol dalam perlawanan tidak rasmi Pele telah menjaringkan 1283 gol dalam 1366 perlawanan.

Tahun terbaik pele adalah pada 1959 apabila Pele menjaringkan 126 gol dan Milésimo(gol ke-1000) terhasil dari sepakan penalti bersama Santos di Maracanã Stadium, Rio de Janeiro pada 19 November 1960, semasa gol ke-1000 Pele baru membuat 909 penampilan.

BACA:  Kemenangan 4-1 Brazil vs Korea Selatan Satu Tribute Indah Kepada Pele