3 Pemain Muda Terbaik Dunia Pilihan Giggs

Ryan Giggs telah mendedahkan bahawa pemain yang menjadi sasaran United kini, Jadon Sancho antara tiga pemain muda yang menurutnya terbaik di dunia ketika ini.

Sancho yang kini berusia 20 tahun merupakan antara pemain yang paling menyerlah sejak kebelakangan ini. Beliau telah mempamerkan ketajaman dan kehebatan luar biasa bersama Borussia Dortmund.

Sejak dari musim lalu, aksi Sancho berjaya menarik perhatian ramai pihak, tidak dinafikan beliau layak untuk ditabalkan sebagai antara pemain terbaik dunia ketika ini.

Setan merah pula sudah dikaitkan dengan pemain kebangsaan England itu sejak dari musim panas yang lalu lagi.

Musim ini, United dilaporkan benar-benar mahu menandatangani Sancho dan berminat untuk membawanya ke Old Trafford pada jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Legenda setan merah yang kini berusia 46, Ryan Giggs telah menamakan Sancho sebagai salah seorang pemain muda terbaik dunia ketika ini.

Beliau turut sangat berharap agar Sancho meninggalkan Borussia Dortmund untuk sertai Manchester United demi untuk kebaikkan kariernya.

Menurut Giggs lagi, Sancho telah membuat keputusan yang betul sebelum ini dengan meninggalkan City untuk bersama Dortmund dan beliau yakin bintang muda itu akan sekali lagi membuat keputusan yang tepat dengan menyertai setan merah.

Pengurus pasukan Wales itu turut menamakan rakan sepasukan Sancho, Erling Haaland sebagai pemain muda kedua terbaik dunia dibelakang Jadon Sancho.

Erling Haaland sudah mempamerkan ketajaman luar biasa ketika dihadapan gol dengan menjadi salah seorang penggempur terbaik di Bundesliga dan saingan Liga Juara-juara.

Giggs telah melengkapkan senarai tiga pemain muda terbaik dunia pilihannya dengan menamakan Rashford sebagai salah seorang dari tiga pemain yang beliau anggap terbaik di dunia ketika ini.

Beliau menganggap Marcus Rashford sebagai salah seorang pemain muda paling berbakat dan mampu menjadi pemain terbaik dunia satu hari nanti.

Bercakap tentang Rashford, legenda setan merah itu telah memberitahu kepada Laureus:

“Saya nampak dia muncul dalam dunia bola sepak dan saya yakin dia seorang pemain yang berbakat.”

“Dan kita ada Jadon Sancho di Dortmund, seorang pemain muda yang telah membuat keputusan yang tepat untuk meninggalkan Manchester City dan pergi ke Negara lain ketika di usia muda. Dan dia benar-benar berjaya untuk melakukan pembaharuan dalam kerjayanya.”

“Rakan sepasukannya juga, Erling Haaland kini sudah menjaringkan gol yang banyak dalam semua pertandingan.”

Rashford yang kini berusia 22 tahun telah menyokong penuh cadangan untuk membawa masuk Sancho ke Old Trafford dan sangat mahu bergandingan dengan pemain itu.

Pemain kebangsaan England itu telah mengeluarkan kenyataan dalam satu sesi soal jawab dilama Instagram pada bulan lalu.

“Dia seperti pemain handalan dalam generasi baru “

“Sangat menarik untuk ditonton sejauh mana dan seperti apa kariernya selepas ini, harapnya saya dapat berpeluang untuk beraksi bersamanya. Itu adalah sesuatu yang cukup bagus.”

“Jadon Sancho bermain sangat hebat dan aksinya diluar kotak pemikiran biasa.”

“Saya rasa dalam generasi masa kini, itulah ciri- ciri yang sepatutnya ada dalam diri seseorang pemain untuk menjadi seorang yang bertarah dunia.”

Legenda setan merah, Rio Ferdinand turut mencadangkan agar United menandatangani Jadon Sancho pada jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Menurutnya, United akan menjadi salah sebuah pasukan paling digeruni di dunia sekiranya berjaya menandatangani Sancho dan menggandingkannya dengan pemain setan merah yang sedia ada kini.

BACA:  Legenda Manchester United Mahu Gareth Bale Tolak Lamaran Mourinho