5 Pemain Sassuolo Yang Mencipta Nama Kemudiannya Dibeli Kelab Besar

Manuel Locatelli mempunyai 2 musim cemerlang bersama Sassuolo dan dia mula diberi kepercayaan oleh Roberto Mancini untuk bersama skuad kebangsaan Itali.

Sejak itu, bekas pemain AC Milan itu telah mengumpul 13 penampilan bersama Itali dan namanya semakin meningkat selepas menjaringakan 2 gol ketika menewaskan Switzerland pada peringkat kumpulan Piala Eropah.

Prestasi baik yang ditampilkannya dalam kejohanan itu telah menarik minat dari beberapa kelab besar.

Menurut Chef Eksekutif Sassuolo, Giovanni Carnevali, Juventus berminat mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu dengan tawaran harga €30 juta namun tiada bidaan rasmi yang dilakukan.

Sassuolo meletakkan harga Locatelli pada harga €40 juta dan kelab itu tidak mahu terburu-buru menjualnya.

Arsenal telah memulakan langkah untuk membawa Locatelli ke London dan telah melakukan bidaan rasmi.

“Ya betul terdapat kelab berminat dengannya termasuk Arsenal, setakat hari ini mereka sedang mendahului. Arsenal telah melakukan bidaan rasmi. Mereka sedang berusaha keras untuk mendapatkan Locatelli. Kita tengok nanti apa jadi.” kata Carvenali kepada Sky Sport Italia

Sassuolo membeli Locatelli dari AC Milan ketika kelab tersebut bergelut dengan masalah peraturan kewangan saksama (FFP).

AC Milan terdesak untuk mengimbangi kewangannya dan memutuskan untuk menjual Locatelli.

Sassuolo membayar €14 juta untuk mendapatkan Locatelli termasuk €2 juta ketika meminjammnya dan €2 juta lagi dalam bentuk bonus.

Namun Locatelli bukanlah satu-satunya pemain yang diangkat oleh Sassuolo kemudian terpaksa menjualnya.

Sassuolo hanyalah pasukan pertengahan Serie A, amat sukar bagi kelab sederhana seperti Sassuolo mengekalkan pemain yang menampilkan peningkatan dan mula menarik minat kelab besar.

Berikut adalah 4 lagi pemain Sassuolo yang pernah dijual selepas meningkat di kelabnya.

1. Lorenzo Pellegrini (ke AS Roma/€10 juta)

Pada tahun 2015 Sassuolo membeli tengah ini pada harga €1.25 juta, namun AS Roma meletakkan klausa boleh membelinya semula jika mereka mahu.

Sassuolo meningkatkan prestasi Pellegrini sehingga dia mendapat debut pertama bersama skuad Itali.

Selepas 2 musim di Sassuolo, AS Roma membelinya semula pada harga €10 juta. Sejak itu nama Pellegrini sering berada dalam panggilan negara dan kini sudah mengutip 17 penampilan.

2. Francesco Acerbi (Lazio/€10.5 juta)

Ketika Sassuolo meraih promosi ke Serie A kelab telah melakukan beberapa pembelian untuk mengukuhkan pasukan.

Francesco Acerbi antara pemain yang dibeli pada ketika itu. Sassuolo mendapatkan pemain pertahanan itu dari Genoa pada harga €1.3 juta dan pada masa tiu Acerbi tidak pernah mendapat panggilan antarabangsa.

Selepas semusim bersama Sassuolo, Acerbi mendapat debut pertama bersama Itali. Acerbi mempunyai 4 musim cemerlang bersama Sassuolo dan membantu pasukannya terus kekal di Serie A.

Akhirnya Acerbi menarik minat Lazio dan kelab tersebut menyambarnya pada harga €10.5 juta.

Acerbi terus mengukuhkan tempat dalam skuad Itali dan menjadi pilihan pertama jika Georginio Cheillini atau Christian Bonucci tidak dapat diturunkan.

3. Stefano Sensi (Inter/€2.2 juta + €20 juta)

Stefano Sensi merupakan pemain remaja Cesena yang diberi pendedahan di Serie C dan kemudian bermain di Serie B. Sassuolo membawanya ke Serie A dan Sensi sempat bersama 3 musim sebelum dibeli oleh Inter Milan.

Inter mengikatnya secara pinjaman semusim dengan bayaran €2.2 juta dan kemudiannya mengikatnya secara kekal.

Debut pertama Sensi bersama skuad kebangsaan Itali juga berlaku ketika dia bersama Sassuolo.

Pemain ini pada asalnya berada dalam senarai 26 pemain yang ingin dibawa oleh Mancini untuk mengharungi kejohanan Piala Eropah 2020.

Namun dia terpaksa digugurkan dan digantikan oleh Locatelli akibat kecederaan yang dialaminya.

4. Matteo Politano (Inter Milan/€21 juta)

Sama seperti Sensi, Sassuolo mendapatkan Politano dari kelab yang bermain di Serie B, Pecara.

Politano terus mendapat tempat di Sassuolo dan menjadi pemain penting pasukan itu selama 3 musim.

Selepas mendapat debut bersama Itali, pemain tengah ini menarik minat Inter Milan.

Inter melakukan bidaan untuk mendapatkan Politano secara pinjaman selama semusim dengan yuran €5 juta serta pilihan membelinya secara kekal.

Politano menyakinkan kelab selepas menjadi nadi penting pasukan dalam tempoh pinjaman dan Inter membayar €21 juta untuk mendapatkan Politano secara kekal.

Namun Politano tidak mendapat musim yang baik dan Inter meminjamkannya ke Lazio. Inter kemudiannya menjual Politano dengan harga €22 juta termasuk bayaran pinjaman.

Walau bagaimanapun Politano juga sering dipanggil oleh Mancini tetapi jarang diturunkan dalam kesebelsan utama. Pada tahun ini Politano hanya tampil 1 kali bersama skuad yang diberi gelaran Gli Azzuri itu.

Sebelum 5 pemain Sassuolo yang disenaraikan diatas -menarik minat kelab besar- Simone Zaza juga meningkat ketika bersama Sassuolo.

Juventus dan Sassuolo membeli pemain ini secara kongsi dan Sassuolo diberi hak untuk menggunakannya terlebih dahulu.

Zaza mula mendapat panggilan antarabangsa ketika bersama Sassuolo sebelum melakukan miss penalty buruk ketika bersama Juventus.

BACA:  Aksi Manuel Locatelli Ketika Bertemu Switzerland Memukau Peminat Seluruh Dunia