Aksi Manuel Locatelli Ketika Bertemu Switzerland Memukau Peminat Seluruh Dunia

Manuel Locatelli secara rasminya memperkenalkan nama beliau dipentas dunia bola sepak selepas berjaya meledak dua gol ketika bertemu Switzerland awal pagi tadi.

Beliau telah bermain dengan sangat baik dan aksi mantapnya berjaya membantu Itali mencatatkan kemenangan selesa 3-0 menewaskan Switzerland.

Pemain midfield itu telah mengharungi musim yang sungguh menakjubkan di peringkat kelab pada musim lalu bersama Sassuolo.

Beliau berjaya mengekalkan rentak persembahan yang sama, bahkan semakin hebat ketika beraksi dalam saingan Euro 2020 ini.

Bintang muda itu berjaya membuka tirai jaringan untuk skuad Itali pada minit ke-26 permainan, selepas menyudahkan bola hantaran cantik dari Domenico Berardi.

Beliau kemudian berjaya menggandakan kedudukan selepas menjaringkan gol cukup padu untuk menewaskan Yann Sommer pada minit ke-52 permainan.

Locatelli telah dikeluarkan pada minit ke-86 dan tempatnya digantikan oleh bintang Atalanta, Matteo Pessina.

Selepas Locatelli keluar, Ciro Immobile berjaya menambah satu lagi gol untuk Itali mendahului permainan 3-0 selepas menyempurnakan hantaran dari Rafael Toloi.

Di usia 23 tahun dan 159 hari, Locatelli ketika ini merupakan penjaring gol termuda dalam kejohanan yang sedang berlangsung pada musim panas ini.

Produk akademi AC Milan itu tidak dinafikan telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Aksi hebatnya menyebabkan beliau ketika ini dipantau dan di kejar oleh beberapa kelab gergasi dalam dunia bola sepak.

Arsenal, Tottenham Hotspur, Manchester City dan Juventus, kesemuanya telah menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk mendapatkan khidmatnya.

Para peminat turut memuji aksi persembahan beliau ketika bertemu Switzerland ini dan mereka yakin bahawa Locatelli sudah maju setapak lebih tinggi dalam kariernya.

โ€œRasanya banyak kelab gergasi dunia akan kejar dia selepas ini, dia ada gaya permainan tersendiri dan dia bakal menjadi bintang besar.โ€

โ€œDia berhak bermain bersama kelab besar dan di pentas yang lebih besar. Dia sangat matang dan nampak begitu selesa dengan bola.โ€

โ€œDia seolah sudah membuat penampilan ke-50 dalam saingan Euro, aksi dia sangat baik, persembahan dia jauh lebih matang dari usia dia.โ€

โ€œDunia sudah mulai kenal Locatelli dari aksi hebat yang beliau pamerkan ketika bertemu Switzerland ini.โ€

Begitulah antara komen-komen dari para peminat yang merasakan Locatelli mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam dunia bola sepak.

Tidak dinafikan gandingan beliau bersama Jorginho dan Nico Barella telah membentuk gandingan yang sungguh mantap dan padu di posisi midfield.

Ketiga-tiga mereka boleh dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain dan mereka sangat dominan di posisi midfield.

Selain mempunyai barisan pertahanan yang menakjubkan, Itali kali ini turut mempunyai jentera tengah yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Manuel Locatelli merupakan pemain terbaik dalam perlawanan ini selepas mencatatkan statistik yang cemerlang dan aksi persembahan yang menakjubkan.

Beliau berjaya melakukan 51 hantaran, 90% ketepatan hantaran, satu key pass, 3 long ball tepat, memenangi dua tackle, satu pintasan, memenangi satu perebutan bola dan menjaringkan dua gol dalam membantu kemenangan 3-0 Itali menewaskan Switzerland.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu ketika ini sudah mengumpul enam mata selepas mencatatkan dua kemenangan dalam aksi kumpulan A.

Mereka berjaya menewaskan Turki 3-0 ketika dalam perlawanan pembukaan saingan Euro 2020 dan sekali lagi mencatat kemenangan 3-0 menewaskan Switzerland awal pagi tadi.

Itali selepas ini akan berdepan dengan Wales pada hujung minggu nanti, dan jika mereka berjaya mengelak untuk kalah, maka mereka akan layak sebagai Juara kumpulan.

Wales sendiri telah berjaya menewaskan Turki 2-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan A yang dilangsungkan awal pagi tadi.

Dua gol Wales telah dijaringkan oleh Aaron Ramsey dan Connor Roberts, seterusnya mengesahkan tiga mata berharga untuk skuad kendalian Robert Page itu.

BACA:ย  5 Pemain Sassuolo Yang Mencipta Nama Kemudiannya Dibeli Kelab Besar