Emmanuel Adebayor telah dibuang padang selepas menjamu pemain lawan dengan satu tendangan terbang yang tepat hinggap ke leher membuatkan lawan terkulai ke tanah.
Adebayor ditandatangani Wenger pada tahun 2006 dari Monaco.
Beliau bermain bersama Arsenal selama 3 tahun setengah dan berjaya menunjukkan prestasi yang agak baik sebelum dijual kepada Manchester City pada tahun 2009.
Adebayor mencetuskan kontroversi yang tidak mungkin dilupakan penyokong Arsenal pada musim pertamanya bersama Manchester
📆 10 Years Ago Today:
⚽ @E_Adebayor scored for @ManCity against former club @Arsenal…
😳… then ran the length of the pitch to knee-slide in celebration in front of the traveling @Arsenal fans.
😅 An iconic @PremierLeague celebration. pic.twitter.com/6Ieh1u9ovn
— SPORF (@Sporf) September 12, 2019
Adebayor berlari sepanjang padang untuk meraikan jaringannnya dihadapan penyokong Arsenal selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 City ke atas Arsenal di Stadium Etihad.
Kini Adebayor beraksi bersama kelab Paraguay, Olimpia. Selepas empat perlawanan Adebayor gagal menjaringkan gol atau mencipta assist.
Walaupun gagal memberi sumbangan sebagai seorang penyerang setakat ini, Adebayor berjaya mencuri perhatian dunia bola sepak bersama Olimpia.
¡Feliz cumpleaños @E_Adebayor!
Que solo sean éxitos los que vengan.
¡Vamos #Olimpia!#SeamosLeyenda pic.twitter.com/iSejepPfvo
— Club Olimpia (@elClubOlimpia) February 26, 2020
Bekas pemain Arsenal itu telah dilayangkan kad merah kerana melakukan satu kekasaran paling teruk dalam tahun 2020 ini.
Dalam satu perebutan bola tinggi yang melambung ke langit, Adebayor telah masuk dengan menggunakan kaki mencabar pemain pertahanan Defensa y Justicia.
Tendangan terbang Adebayor terus hinggap ke leher pemain Defensa y Justicia yang tekun menunggu bola jatuh.
Emmanuel Adebayor was sent off in Paraguay last night. Remember when he blamed his poor form at Spurs on his mother doing witchcraft on him?
Good times. pic.twitter.com/0LDH8am2sY— Fun With Flares (@Funwithflares) March 12, 2020
Belum sempat bola pemain tersebut terlebih dahulu jatuh ke tanah.
Pengadil tidak teragak-agak untuk terus melayangkan kad merah tanpa rasa melekit dan reaksi Adebayor sangat menakjubkan.
Seperti tidak bersalah dengan tindakan tidak masuk akal itu, Adebayor cuba membela diri menyatakan dia cuba merebut bola. Gila.
¡ADEBAYOR ESTÁ LOCO! ¡PATADA HISTÓRICA! El refuerzo top de Olimpia le pegó un brutal patadón a Coacci de Defensa y Justicia y vio la roja en su primer partido como titular en la #Libertadores. INCREÍBLE. pic.twitter.com/DZ6emGIxVL
— SportsCenter (@SC_ESPN) March 12, 2020
OUCH 🤕 Thoughts OM this challenge from Emmanuel Adebayor? 🚑🔴pic.twitter.com/NSS7AciSWJ
— 442 Zone (@442Zone) March 12, 2020
Olimpia berjaya menewaskan Defensa y Justicia 2-1.
Selepas perlawanan Adebayor telah memohon maaf tentang insiden itu dan mungkin baru menyedari tindakannya itu sangat ganas.
“SEA, Perlawanan yang sukar hari ini! Semangat pasukan yang padu dan menang apakah ini Olimpia.”
“Sedih terpaksa meninggalkan padang kerana tendangan Jackie Chan. Bukan niat aku untuk mencederakan lawan. Aku gembira beliau okay.”
Nasib baik sedar, minta maaf pakai emkoji je. Power.
SEA, tough game today! What a great team spirit, and what a win boys @elclubolimpia. Sad to leave the pitch early on a Jackie Chan challenge. It was never my intention to hurt my opponent, And I am glad he is okay 🤜🏾👏🏾🙏🏾⭐️❤️🤜🏾🙌🏾#GodFirst #teamSEA #25 #SEAAsuncion #Lifesgood pic.twitter.com/TqruWfqtKm
— Emmanuel Adebayor (@E_Adebayor) March 12, 2020
Adebayor dan kontroversi sememangnya bukan satu perkara asing, tak percaya tanya peminat Arsenal.
Adebayor Zahirkan Kebenciannya Terhadap Wenger
Pada awal tahun 2018, Emamnuel Adebayor telah meluahkan rasa bencinya kepada Arsene Wenger yang telah membeli beliau daripada Monaco pada 2006.
Selepas bersama Arsenal selama 3 tahun setengah, Adebayortelah dijual kepada Manchester City pada tahun 2009.
Adebayor mencetuskan kontroversi pada musim pertamanya bersama Manchester City apabila berlari sepanjang padang untuk meraikan jaringan dengan penuh provokasi.
#TB to Adebayor’s legendary celebration against his former club, Arsenal 😂 pic.twitter.com/yMpEHZPXov
— Real Talk Football ⚽️ (@RealTalkFooty) June 23, 2018
Beliau telah dikenakan denda £25,000 atas insiden tersebut, tetapi Adebayor percaya tindakannya menyambut jaringan di hadapan penyokong Arsenal adalah tepat.
“Apa yang terbuku dalam kepala saya ? Seorang banduan yang keluar dari penjara dan bebas. Saya bermain bersama Arsenal selama 3 tahun setengah dan mereka membeli saya dengan nilai £3 juta.”
“Saya masih mempunyai baki 5 tahun kontrak dan mereka melepaskan saya dengan harga lebih £20 juta ? Bukan saya yang meninggalkan pasukan semata-mata kerana wang dan mereka turut mengejek saya tanpa henti.”
Went to Istanbul for an interview with Emmanuel Adebayor. He does not hold back. How racism drove him to that celebration #afc, the night he sought to take his own life, the flaws of Wenger, Mourinho kicking a fridge and battles with Bendtner. https://t.co/p1vfcki34t
— Adam Crafton (@AdamCrafton_) April 25, 2019
Adebayor menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang keinginan untuk berpindah keluar dari Arsenal ketika itu dan mendakwa beliau sebenarnya telah ditolak keluar oleh Wenger.
Adebayor juga menggelarkan Wenger sebagai seorang yang tidak jujur dan lebih suka sikap bekas pengurusnya ketika di Real Madrid, Jose Mourinho yang lebih jujur dalam semua perkara.
“Jose Mourinho adalah salah seorang pengurus yang saya sayang dan akan terus disayangi. Beliau adalah salah seorang pengurus yang paling jujur pernah saya jumpa dalam karier saya.”
“Ia agak gila kerana kebanyakan pengurus adalah jenis yang tidak jujur dan bermuka-muka. Seperti contoh, saya ada berbincang dengan Arsene Wenger di pejabatnya dan beliau memberitahu yang saya perlu berpindah kerana beliau tidak melihat masa depan saya bersama Arsenal lagi.”
Emmanuel Adebayor says his 'hate' for Arsenal comes from Arsene Wenger's lies: https://t.co/QQ1CuxXU3l pic.twitter.com/SEFE12u0CR
— ESPN FC (@ESPNFC) January 19, 2018
Adebayor kecewa dan berdendam dengan Wenger serta Arsenal kerana menuduh beliau keluar kerana wang.
“Jadi, disebabkan perkara itu, saya tidak mempunyai pilihan lain lagi melainkan menyertai Manchester City yang mana kelab yang saya gembira untuk sertai.”
“Keesokan harinya selepas saya menyertai Manchester City, saya melihat sidang media Arsene Wenger di London. Beliau berkata saya mahu berpindah kerana gaji tinggi yang dibayar City. Itulah detik dimana saya mula menyimpan dendam terhadap Arsenal.”
Ketika bersama City, Adebayor telah dipinjamkan ke Real Madrid dan bermain untuk Jose Mourinho. Adebayor juga pernah dipinjamkan ke Spur.
Pada tahun 2011, Adebayor menyertai Spurs secara tetap dan mempamerkan aksi yang cemerlang sehingga tahun 2015.
Kemudian Adebayor meneruskan karier bersama Crystal Palace, Istanbul Basaksehir, Kayserispor dan terkini Olimpia.