Kenali Pemain Bola Sepak Paling Panas Baran Dan Terkotor Di Dunia Yang Memiliki Rekod 46 Kad Merah

Gerardo Bedoya memiliki reputasi sebagai ‘pemain bola sepak terkotor di dunia’ selepas menerima 45 layangan kad merah sepanjang karier profesionalnya.

Dikenali sebagai ‘The General’, Bedoya mengutip 45 kad merah sepanjang 20 tahun karier yang berakhir pada 2015. Turut pernah bergelar pengurus pasukan selepas itu, Bedoya terus menerima dua layangan kad merah setakat ini.

Malah ketika tampil kali pertama sebagai pembantu jurulatih pada 2016, Bedoya hanya memerlukan 21 minit untuk dilayangkan kad merah!

Layangan kad merah terhadap Bedoya yang paling diingati mungkin adalah layangan kad merah ke-41 yang diterimanya.

Pada ketika itu Bedoya bertindak menyiku muka pemain lawan, sebelum bertindak menendang lawannya itu yang sudah terbaring di atas padang tanpa belas kasihan.

Akibat daripada tindakannya itu, Bedoya dikenakan hukuman gantung 15 perlawanan.

Kini Bedoya berusia 47 tahun, dan pencapaiannya di dalam bola sepak tidak kurang hebatnya dengan jumlah layangan kad merah yang pernah diperolehinya.

Bedoya sebenarnya juga adalah salah seorang anggota skuad Colombia yang menjuarai Copa Amerika 2001. Jaringannya menentang Honduras di separuh akhir membenarkan mara ke peringkat seterusnya sebelum menewaskan Mexico 1-0 di perlawanan akhie.

Pada tahun yang sama jaringan minit ke-86 beliau untuk Racing berjaya mengikat River Plate 1-1 untuk mengesahkan kejuaraan Kejohanan Apetura Argentina.

Ia adalah kejuaraan pertama Racing sejak 35 tahun sebelum itu.

Di negaranya sendiri Colombia, Bedoya turut membantu Idependiente Santa Fe menamatkan penantian kejuaraan liga selama 37 tahun pada 2012.

Rekod dunia 45 layangan kad merah yang pernah diterima Bedoya tampak akan kekal untuk tempoh masa yang lama kerana tiada pemain lain yang berada hampir dengan jumlah layangan sedemikian.

Paling hampir adalah Sergio Ramos yang pernah diarahkan keluar padang sebanyak 28 kali. Pada usia 37 tahun, sukar untuk membayangkan pemain seperti Ramos mengejar rekod milik Bedoya.

Pada hari ini Bedoya tidak mempunyai sebarang pekerjaan walaupun beberapa kali pernah bergelar pengurus interim untuk Santa Fe. Beliau melepaskan jawatannya pada bulan lalu – selepas tiga kali menyertai kelab itu sebagai pengendali interim sebelum ini.

Satu-satunya jawatan pengurus tetap yang pernah disandang oleh Bedoya ialah ketika menyertai Real Soacha Cundinamarca, di mana beliau mengendalikan 24 perlawanan dan mengutip purata 1.21 mata di setiap perlawanan. Beliau dipecat pada Ogos lalu.

Wartawan bola sepak Colombia menyifatkan Bedoya cuba mengulangi kembali pencapaian kad merahnya sebagai pemain ketika bergelar pengurus.

“Dia selalu berkata dirinya tidak mempunyai musuh sekarang. Sejak bersara [sebagai pemain] dia selalu bercakap besar dan cuba mengembalikan reputasi lamanya.

“Dengan bertindak sedemikian dia ingat dia sudah memberikan segalanya dan yang terbaik. Dan penyokong sukakan itu.”

BACA:  Ini Sebab Sergio Ramos Terima Dilayangkan Dua Kad Merah Dalam Aksi Menentang Real Sociedad