Copa Libertadores: Lihat Aksi Lapan Pemain Dilayangkan Kad Merah

Dalam satu perlawanan Copa Libertadores yang menemukan pasukan Gremio menentang Internacional telah berlaku insiden pembuangan padang secara berjemaah oleh pengadil.

Pengadil perlawanan telah melayangkan lapan kad merah dalam berlawanan itu kerana para pemain kedua-dua pasukan bergaduh teruk di atas padang.

Pergaduhan ala “Battle Royal” yang berlaku itu memyebabkan pengadil perlawanan terpaksa membuang lapan pemain keluar dari padang untuk mengawal keadaan yang dilihat seperti sudah tidak terkawal.

Para pemain dari kedua dua pasukan bergaduh di sudut sebelah kanan padang berhampiran dengan kawasan coner flag.

Pergaduhan awalnya hanya melibatkan dua orang pemain tetapi kemudian diserbu oleh pemain lain yang masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan.

Sewaktu insiden itu perlaku, kedua-dua pasukan sedang terikat dengan keputusan 0-0. Kejadian ini telah berlaku pada minit-minit akhir babak kedua perlawanan.

Pergaduhan yang meleret dari sudut padang sampai ke kawasan penjaga gol yang melibatkan hampir keseluruhan pemain kedua-dua pasukan memeningkan kepala pengadil untuk meleraikannya.

Dalam pada bertumbuk mereka juga saling konfrontasi dan kutuk mengutuk yang membawa kepada satu pergaduhan yang lebih besar di antara kedua dua pasukan.

Selain pemain dalam padang, para pemain simpanan turut bersemangat nak bergaduh sama dengan berlari masuk ke padang dan membuatkan keadaan sedia kecoh menjadi lebih kecoh.

Kejadian itu membuatkan ramai yang terkejut kerana tidak menyangka bahawa akan berlaku pergaduhan yang sebegitu dasyat di atas padang. Para peminat kedua-dua pasukan turut mengkritik sikap tidak profesional pemain pasukan mereka.

Para pemain sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih matang dan profesional serta lebih bijak dalam mengawal emosi dengan tidak melakukan perbuatan yang memalukan seperti itu.

Ketegangan itu berjaya dikawal oleh para pengadil perlawanan dan kesemua pemain berjaya ditenangkan.

Dua pemain yang memulakan pergaduhan antara paling awal dilayangkan kad merah oleh pengadil. Selepas itu enam lagi pemain telah dilayangkan kad merah selepas pengadil perlawanan meneliti dan mengenal pasti pemain yang terlibat.

Pepe, Luciano da Rocha Neves, Caio Henrique Oliveira Silva dan Paulo Miranda adalah pemain-pemain Gremio yang menerima kad merah.

Sementar itu, 4 lagi kad merah kepada Edenilson, Moises Roberto Barbosa, Victor Cuesta dan Bruno Conceicao Praxedes pula dari Internacional.

Lapan layangan kad merah dalam satu perlawanan merupakan rekod baru dalam kejohanan Copa Libertadores.

Selain dengan hukuman pembuangan padang lapan pemain, kedua-dua pasukan juga bakal berhadapan dengan tindakan dan hukuman berat kerana gagal mengawal pemain-pemain mereka di atas padang.

Aksi perlawanan peringkat kumpulan itu berakhir dengan keputusan seri 0-0. Perlawanan itu telah dilangsungkan di Arena do Gremio di Porto Alegre, Rio Grande do Sul.

BACA:  Kenali Pemain Bola Sepak Paling Panas Baran Dan Terkotor Di Dunia Yang Memiliki Rekod 46 Kad Merah