AFCON: Achraf Hakimi Menjaringkan Gol Yang Sungguh Dasyat Menerusi Sepakan Percuma

Achraf Hakimi berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan menerusi sepakan percuma ketika aksi bertemu Malawi dalam saingan AFCON awal pagi tadi.

Gol luar biasa dasyat jaringan Achraf Hakimi itu secara tak langsung berjaya membantu Morocco untuk layak ke peringkat suku akhir saingan AFCON 2021.

​Morocco berjaya melakukan comeback dengan mencatatkan kemenangan 2-1 selepas awalnya mereka ketinggalan 1-0 bertemu Malawi.

​Gabadinho Mhango membuka tirai jaringan untuk Malawi seawal minit ke-7 permainan untuk mereka mendahului Morocco 1-0.

Youssef En-Nesyri kemudian berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Gabadinho Mhango pada hujung aksi babak pertama permainan.

Pada minit ke-70 dalam perlawanan tersebut, Hakimi berjaya meledak gol kemenangan untuk Morocco hasil dari sepakan percuma yang sungguh menakjubkan.

Dari jarak yang sememangnya sedap untuk mengambil sepakan percuma, Hakimi berjaya melepaskan rembatan mencari sudut atas gawang gol.

Ia merupakan gol kedua jaringan Achraf Hakimi menerusi sepakan percuma di kejohanan ini dengan yang pertama ketika beliau merobek gawang Gabon sebelum ini.

Rakan sepasukannya di PSG, Kylian Mbappe turut sangat teruja melihat gol jaringan Achraf Hakimi itu dan menganggap bintang Morocco itu sebagai pemain right back terhebat dalam dunia bola sepak.

“Achraf Hakimi. RB terhebat di dunia. Semalam malam semua.”

Morocco berjaya mara ke pusingan suku akhir dengan mereka selepas ini akan turun bertemu pemenang dalam perlawanan yang menemukan Ivory Coast bertemu Égypt.

Satu lagi perlawanan di pusingan 16 terbaik yang dilangsungkan pada hari ini adalah aksi antara Senegal bertemu Cape Verde.

Sadio Mane berjaya menjaringkan gol yang sungguh cantik dan menakjubkan walau beliau ketika itu sedang menderita gegaran otak.

Sadio Mane menjaringkan gol yang menakjubkan walau menderita gegar otak

Sadio Mane terpaksa dikeluarkan ketika aksi bertemu Cape Verde dalam saingan AFCON disyaki kerana masalah gegaran otak kesan dari insiden pelanggaran bahagian kepala dengan penjaga gol lawan.

Walau bermain dalam keadaan sakit, namun Sadio Mane tetap berjaya menjaringkan satu gol yang sungguh luar biasa menakjubkan, sebelum beliau terpaksa dikeluarkan akibat mengalami kesakitan terlampau.

Cape Verde terpaksa bermain dengan sembilan orang pemain selepas dua pemain mereka Patrick Andrade dan Vozinha telah dilayangkan dengan layangan kad merah.

Penjaga gol Cape Verde, Vozinha telah dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran yang mengerikan ke atas bintang Liverpool, Sadio Mane.

Vozinha terlibat dengan insiden pelanggaran kepala dengan Sadio Mane yang memperlihatkan bintang Senegal itu jatuh dalam keadaan agak mengerikan.

Mane jatuh dengan kepala beliau terhentak kuat di atas padang, dan mujur saja beliau mampu untuk bangun semula tidak lama selepas rebah itu.

Walaupun baru terlibat dengan insiden pelanggaran ngeri, Mane tetap terus bermain dan membuktikan bahawa keputusan pengurus mengekalkan beliau adalah keputusan yang tepat.

Beliau berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk membantu Senegal mendahului permainan, beberapa minit sahaja selepas terlibat dengan insiden pelanggaran ngeri itu.

Tidak dinafikan gol yang beliau jaringkan itu sungguh cantik, namun Mane nampak tidak berada dalam keadaan yang baik dan jelas sekali ia kesan dari insiden pelanggaran beliau dengan Vozinha.

Beberapa minit selepas menjaringkan gol yang cantik itu, beliau akhirnya meminta untuk dikeluarkan kerana tidak tahan sakit.

Beliau nampak pening-pening lalat dan dikata ia kerana gegaran otak selepas beliau terlibat dengan insiden pelanggaran ngeri itu.

Pengurus Senegal mungkin boleh berbangga kerana keputusan beliau lakukan untuk tidak mengeluarkan Mane sebaik insiden itu berlaku adalah tepat kerana bintang Liverpool itu berjaya menjaringkan gol pembukaan.

Namun tindakan beliau itu sepertinya telah mengundang kecaman ramai pihak kerana beliau seolah-olah tidak memikirkan tentang kesihatan Mane.

Mane nampak sudah terlalu lemah dan jelas sekali berisiko untuk membenarkan beliau terus bermain apa lagi insiden tersebut melibatkan kepala.

Namun pengurus Senegal itu tetap membenarkan Mane untuk terus beraksi hingga bintang Liverpool itu sendiri menyerah dan meminta untuk dikeluarkan.

Selepas tamat perlawanan, tular gambar Mane di hospital dengan penjaga gol Cape Verde dan kedua-dua mereka nampak berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Bamba Dieng kemudiannya menambah gol kedua untuk Senegal pada masa kecederaan permainan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 berpihak kepada Senegal.

Senegal akan kembali beraksi di pusingan suku akhir kejohanan ini pada hujung minggu nanti untuk bertemu pemenang perlawanan antara Mali bertemu Equatorial Guinea.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Panenka Jahat Achraf Hakimi Sahkan Maghribi Ke Suku Akhir