4 Pemain PSG Digantung Ligue 1 Kerana Laungan Anti Kunyit

Empat pemain Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Randal Kolo Muani, Ousmane Dembele, Achraf Hakimi dan Layvin Kurzawa dijatuhkan hukuman gantung satu perlawanan kerana peranan mereka melaungkan kata-kata anti golongan kunyit.

Nasib empat pemain itu diumumkan oleh Ligue de Football Profesional (IFL) pada Khamis lalu.

Dalam perlawanan Ligue 1 di menentang Marseille di Parc des Princess pada bulan lalu, penyokong PSG didapati melaungkan nyanyian anti kunyit yang ditujukan kepada pasukan pelawat.

Dan keempat-empat pemain dilaporkan turut terlibat dalam kejadian tersebut.

Disebabkan kejadian tersebut IFL menggantung pemain-pemain tersebut untuk perlawanan Ligue 1 pada hujung minggu ini.

Badan bola sepak Perancis itu turut mengarahkan Auteuil Stand di Parc des Princess ditutup untuk dua perlawanan.

PSG melalui satu kenyataan meluahkan rasa terkilan dengan tindakan IFL dan menganggap ia sebagai melampau.

“Pihak kelab terkiland engan keputusan Jawatankuasa Disiplin (IFL) kerana memilih tindakan yang dianggap melampau dan keterlaluan.

“[Keputusan itu] juga membelakangkan pilihan untuk melakukan dialog dan perbincangan selain usaha berterusan kelab dengan bantuan institusi lain dan penyokong selama ini.”

Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, PSG menegaskan mereka tidak akan melakukan rayuan terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh IFL.

PSG kini menduduki tangga kelima Ligue 1 selepas 7 perlawanan hasil 3 kemenangan dan 3 seri, selain 1 kekalahan.

Tewas 4-1 kepada Newcastle United di saingan Champions League pada pertengahan minggu ini, skuad kendalian Luis Enrique itu kini pasti tertekan untuk mendapatkan kemenangan menentang Rennes di tempat lawan pada hujung minggu ini.

BACA:  Pemilik PSG Mahu Neymar 'Berambus' Dari Kelab