Afrika Selatan merasakan hak mereka untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar telah dirompak oleh pengadil perlawanan, kerana menghadiahkan sepakan penalti tak masuk akal kepada pasukan lawan.
Bafana bafana bahkan turut meminta agar perlawanan tersebut dimainkan semula kerana merasakan ia terlalu berat sebelah dan mereka tak sepatutnya kalah.
Afrika Selatan turut beraksi bertemu Ghana dalam aksi kelayakan Piala Dunia malam semalam, dengan perlawanan tersebut ditentukan oleh satu keputusan kontroversi dari pengadil perlawanan.
Forget the penalty, was that a corner kick? π#GHARSA | Refree | South Africa | Ghana | SAFA | CAF | Patrice Motsepe | Percy Tau | Appeal | Zulu | Jali https://t.co/Dxbi1IyibU pic.twitter.com/oI857aH6qm
β FortunateπΆ (@Fortunate__) November 15, 2021
Bintang Leicester City, Daniel Amartey jatuh dengan tiba-tiba di dalam kotak penalti dan mendakwa beliau telah dikasari oleh Rushine De Reuck.
Pengadil perlawanan, Ndiaye Maguette kemudiannya telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Ghana, walaupun Amartey sebenarnya langsung tidak dikasari.
Walaupun para pemain Afrika Selatan melakukan bantahan, namun pengadil perlawanan tetap teguh dengan pendirian beliau untuk menghadiahkan penalti tersebut kepada Ghana.
Selepas memenangi sepakan penalti dengan cara yang keji, bekas bintang Swansea dan West Ham, Andre Ayew berjaya menyempurnakannya untuk menghantar Ghana beraksi di pusingan play-off.
Ghana make it to the World Cup play-offs thanks to this penalty decision and a 1-0 win over South Africa.
Wow. Just wow. π€―#BlackStars #GHARSA #WCQ2022pic.twitter.com/Oxlda3kwhu
β Sanny Rudravajhala (@SannyR1985) November 14, 2021
I can't understand how the referee gave Ghana a penalty here. South Africa have been robbed. #GHARSA pic.twitter.com/7B8Hl9NcEJ
β BRIAN (@BrianShubert24) November 14, 2021
Ghana layak ke peringkat seterusnya selepas mengatasi Afrika Selatan dengan perbezaan satu gol sahaja, dengan pasukan tuan rumah Piala Dunia 2010 itu merasa hak mereka untuk beraksi di pentas Piala Dunia telah dirompak.
Wakil Afrika Selatan telah menghantar surat kepada FIFA untuk membuat aduan secara rasmi tentang keputusan pengadil perlawanan, yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Ghana itu.
βPengadil perlawanan telah menentukan perlawanan itu, yang mana ia tidak sepatutnya untuk berlaku.β
Jelas chief executive SAFA (Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan)
Ghana make it to the World Cup play-offs thanks to this penalty decision and a 1-0 win over South Africa.
Wow. Just wow. π€―#BlackStars #GHARSA #WCQ2022pic.twitter.com/Oxlda3kwhu
β Sanny Rudravajhala (@SannyR1985) November 14, 2021
βKami akan bawa isu ini kepada kedua-dua CAF (Konfederasi Bola Sepak Afrika) dan FIFA . Pertama sekali untuk siasat bagaimana perlawanan itu dikendalikan dan kedua untuk mencabar beberapa keputusan dari pengadil perlawanan.β
βKami juga sudah berdaftar dengan pesuruhjaya perlawanan yang kami akan lakukan aduan rasmi. Kami benar-benar kecewa dengan tindakan mereka dan kami tak akan benarkan ia sakiti hati pemain. Ketika kami afa peluang untuk mencabar, kami akan cabar.β
βKami rasa kami benar-benar dirompak kerana ia bukanlah situasi yang boleh beri mereka penalti. Ada banyak keputusan yang meragukan dari pengadil perlawanan dan kami akan dapatkan pakar untuk siasat semua insiden itu, jadi ia akan menguatkan lagi dakwaan kami.β
SAFA CEO Tebogo Motlanthe explaining how there association will be challenging the decisions made in yesterdayβs World Cup qualifier. #BafanaVsGhana #BafanaPride pic.twitter.com/SI63GmrbZ8
β Bafana Bafana (@BafanaBafana) November 15, 2021
Beberapa tahun sebelum ini, Afrika Selatan terpaksa ulang semula aksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Senegal.
Ia kerana dalam perlawanan sebenar, pengadil perlawanan, Joseph Lamptey telah melakukan kesilapan, dan menyebabkan beliau dihukum dengan hukuman diharamkan dari menjadi pengadil seumur hidupnya.
Beliau pada ketika itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Afrika Selatan kerana mendakwa bola terkena tangan bintang Napoli, Kalidou Koulibaly.
Hakikatnya, bola tersebut sebenarnya hanya terkena lutut pemain pertahanan Senegal itu, dan kerana beliau menghadiahkan sepakan penalti, maka keputusan perlawanan turut terjejas.
Football people see how a referee has awarded a very DUBIOUS penalty to Ghana Black Stars vs South Africa to enabled Black Stars qualified to next stage of FIFA Would-Cup. Amazing, shameful act. ππππ³π³π³π€π€π€π€π³π³π€π€π€π€π€π³π³ββββ pic.twitter.com/GHChMKjePU
β EKOURBA-GYASI @ SPORTS @touchlyne.com (@GyasiEkourba) November 15, 2021
Afrika Selatan pada ketika itu berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 seterusnya melayakkan diri mereka beraksi di pentas Piala Dunia Rusia.
Namun selepas Senegal melakukan aduan rasmi, dan perlawanan tersebut diminta untuk diulang semula, Afrika Selatan terpaksa akur dengan kekalahan 2-0.
Senegal layak beraksi di pentas Piala Dunia dan kerana itu, Afrika Selatan merasakan yang mereka juga berhak dapat layanan yang sama.
βSudah tentu kami lihat ia insiden yang sama seperti kami dengan Senegal dahulu, jadi saya rasa kami berhak untuk dapat keputusan yang sama dan perlawanan bertemu Ghana sepatutnya diulang semula.β
Afrika Selatan baru sahaja menghantar aduan rasmi mereka, dan sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan dari FIFA.
Daniel Amartey doing his best De Bruyne impression to completely finesse a penalty against South Africa π
This penalty won them the game and qualified Ghana for the World Cup. South Africa were knocked out, obviously upsetting their fansβ¦ πpic.twitter.com/8QfetJIMwC
β ππΎππΎ_ππ (@LCFCshitposting) November 15, 2021
Berkemungkinan besar, FIFA akan membenarkan permintaan Afrika Selatan, untuk perlawanan bertemu Ghana diulang semula, kerana ia perlawanan penting yang melibatkan Piala Dunia.
Sumber: SPORTbible