Afrika Selatan Anggap Hak Mereka Untuk Layak Ke Piala Dunia Dirompak Pengadil Perlawanan

Afrika Selatan merasakan hak mereka untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar telah dirompak oleh pengadil perlawanan, kerana menghadiahkan sepakan penalti tak masuk akal kepada pasukan lawan.

Bafana bafana bahkan turut meminta agar perlawanan tersebut dimainkan semula kerana merasakan ia terlalu berat sebelah dan mereka tak sepatutnya kalah.

Afrika Selatan turut beraksi bertemu Ghana dalam aksi kelayakan Piala Dunia malam semalam, dengan perlawanan tersebut ditentukan oleh satu keputusan kontroversi dari pengadil perlawanan.

Bintang Leicester City, Daniel Amartey jatuh dengan tiba-tiba di dalam kotak penalti dan mendakwa beliau telah dikasari oleh Rushine De Reuck.

Pengadil perlawanan, Ndiaye Maguette kemudiannya telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Ghana, walaupun Amartey sebenarnya langsung tidak dikasari.

Walaupun para pemain Afrika Selatan melakukan bantahan, namun pengadil perlawanan tetap teguh dengan pendirian beliau untuk menghadiahkan penalti tersebut kepada Ghana.

Selepas memenangi sepakan penalti dengan cara yang keji, bekas bintang Swansea dan West Ham, Andre Ayew berjaya menyempurnakannya untuk menghantar Ghana beraksi di pusingan play-off.

Ghana layak ke peringkat seterusnya selepas mengatasi Afrika Selatan dengan perbezaan satu gol sahaja, dengan pasukan tuan rumah Piala Dunia 2010 itu merasa hak mereka untuk beraksi di pentas Piala Dunia telah dirompak.

Wakil Afrika Selatan telah menghantar surat kepada FIFA untuk membuat aduan secara rasmi tentang keputusan pengadil perlawanan, yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Ghana itu.

β€œPengadil perlawanan telah menentukan perlawanan itu, yang mana ia tidak sepatutnya untuk berlaku.”

Jelas chief executive SAFA (Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan)

β€œKami akan bawa isu ini kepada kedua-dua CAF (Konfederasi Bola Sepak Afrika) dan FIFA . Pertama sekali untuk siasat bagaimana perlawanan itu dikendalikan dan kedua untuk mencabar beberapa keputusan dari pengadil perlawanan.”

β€œKami juga sudah berdaftar dengan pesuruhjaya perlawanan yang kami akan lakukan aduan rasmi. Kami benar-benar kecewa dengan tindakan mereka dan kami tak akan benarkan ia sakiti hati pemain. Ketika kami afa peluang untuk mencabar, kami akan cabar.”

β€œKami rasa kami benar-benar dirompak kerana ia bukanlah situasi yang boleh beri mereka penalti. Ada banyak keputusan yang meragukan dari pengadil perlawanan dan kami akan dapatkan pakar untuk siasat semua insiden itu, jadi ia akan menguatkan lagi dakwaan kami.”

Beberapa tahun sebelum ini, Afrika Selatan terpaksa ulang semula aksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Senegal.

Ia kerana dalam perlawanan sebenar, pengadil perlawanan, Joseph Lamptey telah melakukan kesilapan, dan menyebabkan beliau dihukum dengan hukuman diharamkan dari menjadi pengadil seumur hidupnya.

Beliau pada ketika itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Afrika Selatan kerana mendakwa bola terkena tangan bintang Napoli, Kalidou Koulibaly.

Hakikatnya, bola tersebut sebenarnya hanya terkena lutut pemain pertahanan Senegal itu, dan kerana beliau menghadiahkan sepakan penalti, maka keputusan perlawanan turut terjejas.

Afrika Selatan pada ketika itu berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 seterusnya melayakkan diri mereka beraksi di pentas Piala Dunia Rusia.

Namun selepas Senegal melakukan aduan rasmi, dan perlawanan tersebut diminta untuk diulang semula, Afrika Selatan terpaksa akur dengan kekalahan 2-0.

Senegal layak beraksi di pentas Piala Dunia dan kerana itu, Afrika Selatan merasakan yang mereka juga berhak dapat layanan yang sama.

β€œSudah tentu kami lihat ia insiden yang sama seperti kami dengan Senegal dahulu, jadi saya rasa kami berhak untuk dapat keputusan yang sama dan perlawanan bertemu Ghana sepatutnya diulang semula.”

Afrika Selatan baru sahaja menghantar aduan rasmi mereka, dan sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan dari FIFA.

Berkemungkinan besar, FIFA akan membenarkan permintaan Afrika Selatan, untuk perlawanan bertemu Ghana diulang semula, kerana ia perlawanan penting yang melibatkan Piala Dunia.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Suarez Tidak Akan Minta Maaf Dengan Ghana Dalam Insiden Handball Atas Garisan 2010