Aksi Antonio Rudiger Cabut Gloves Kelleher Mencuri Perhatian Peminat

Antonio Rudiger membuktikan yang beliau merupakan salah seorang pemain paling nakal dan licik dalam saingan Premier League, selepas menunjukkan kebijaksanaannya ketika mengganggu Caoimhin Kelleher.

Ketika aksi terikat 2-2 Chelsea bertemu Liverpool di Stamford Bridge awal pagi tadi, pemain kebangsaan Jerman itu telah menunjukkan yang beliau akan sanggup lakukan apa saja demi membantu skuadnya mencatatkan kemenangan.

Pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut, Rudiger telah melakukan sesuatu yang mungkin para peminat tidak pernah lihat ia berlaku dalam saingan Premier League.

Beliau dengan tiba-tiba mencabut klip gloves penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher dalam usahanya untuk mengganggu tumpuan penjaga gol Ireland itu.

Marcos Alonso sudah bersedia untuk menghantar bola masuk ke dalam kotak penalti, sementara Rudiger pula pada masa sama sedang sibuk mengganggu Kelleher.

Beliau berdiri betul-betul berhampiran dengan penjaga gol dan berbanding sekadar menolak atau menghalang pandangan Kelleher, Rudiger memilih untuk melakukan sesuatu hal yang lebih menakjubkan.

Rakaman terbaru yang sedang tular di media sosial pada ketika ini memperlihatkan bekas bintang Roma itu dengan pantas telah mencabut klip gloves Kelleher sebelum berlalu meninggalkan kawasan tersebut.

Penjaga gol Liverpool itu telah mengadu kepada pengadil perlawanan yang Rudiger telah mecabut glovesnya dan situasi tersebut sangat mengganggu beliau.

Ia merupakan teknik kotor yang paling pelik dan aneh yang pernah dilihat dalam dunia bola sepak hari ini.

Ia juga secara tidak langsung membuktikan yang Rudiger sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu skuadnya mencatatkan kemenangan walaupun bukan dengan menjaringkan gol.

“Saya ketawa tak berhenti lihat bagaimana bijak dan liciknya dia mengganggu tumpuan Kelleher.”

“Sambil jalan pun dia boleh ganggu tumpuan penjaga gol, Rudiger memang layak dianggap sebagai pemain paling licik dan nakal.”

“Kamera biasa tidak akan sempat merakam apa yang dia lakukan, sangat pantas tangan dia bergerak menarik gloves Kelleher.”

“Saya hanya tahu dia sempat melakukan hal itu selepas menonton video ini, kalau tidak saya memang tak akan perasan.”

“Sebab itu saya letakkan Rudiger ni berada di tahap yang berbeza dan beliau telah membuktikan hari ini yang beliau memang antara pemain yang luar biasa menakjubkan.”

Pada Oktober lalu, Rudiger telah melakukan keraian yang sungguh menakjubkan selepas Chelsea memenangi sepakan penalti ketika beraksi dalam saingan Champions League.

The Blues menewaskan Malmo 4-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stamford Bridge itu dengan Jorginho berjaya meledak dua gol hasil dari sudut sepakan percuma.

Rudiger berjaya memenangi sepakan penalti kedua Chelsea dalam perlawanan tersebut, selepas beliau dikasari di dalam kotak penalti.

Selepas pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti, Rudiger segera bangun sambil menjelir-jelirkan lidahnya.

Reaksi wajah yang beliau tunjukkan selain dilihat sangat kelakar, ia juga sebenarnya sangat menyeramkan.

Perlawanan bertemu Liverpool berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan Salah dan Mane muncul sebagai penjaring gol untuk Liverpool, sementara Mason Mount dan Mateo Kovacic mencatat nama sebagai penjaring gol Chelsea.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata berharga, seterusnya akur yang mereka pada ketika ini semakin jauh ditinggalkan oleh Manchester City di puncak saingan Premier League.

Man City pada ketika ini sedang selesa mendahului carta saingan Premier League selepas mengumpul 53 mata dari 21 perlawanan.

Mereka juga pada ketika ini 10 mata di hadapan Chelsea, dan 11 mata mengatasi Liverpool yang berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Legenda Jerman Kutuk Rudiger Sebagai Tidak Profesional Dan Angkuh