Alisson Berjaya Cipta Assists Of The Season Untuk Gol Jaringan Mo Salah

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ketika menewaskan Norwich di Anfield dalam saingan Premier League malam semalam.

The Reds perlu sentiasa mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan mereka selepas ini, dalam usaha untuk cuba memintas Man City yang sedang berada di puncak saingan liga.

Namun Liverpool hampir dikejutkan dengan kekalahan bertemu Norwich semalam selepas mereka terlebih dahulu ketinggalan 1-0 pada awal aksi babak kedua permainan.

Tak dinafikan yang Jurgen Klopp sendiri sudah goyang ketika Milot Rashica meledak gol pembukaan untuk Norwich malam semalam, apa lagi selepas melihat jentera serangannya gagal untuk menghasilkan sebarang gol.

Jurgen Klopp membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utamanya dalam perlawanan ini, dan kerana itu jugalah mereka nampak bergelut untuk memburu gol pendahuluan.

Liverpool berjaya comeback

Walau bagaimanapun, memang tidak boleh dipertikaikan lagi Liverpool sememangnya antara pasukan yang tak pernah kenal erti mengalah atau berputus asa dengan mereka kemudiannya tak henti-henti melancarkan serangan memburu gol penyamaan.

Apa yang lebih hebat lagi, Liverpool tak perlu menunggu lama untuk mengubah kedudukan, seterusnya melakukan aksi comeback untuk membelasah Norwich di Anfield.

Bermula dengan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan dari Sadio Mane, Liverpool kemudiannya terus menerus melancarkan serangan menguji gawang gol Norwich.

Selain aksi hebat para pemain di atas padang, sokongan padu dari para penyokong di stadium juga sebenarnya sangat membantu.

Selepas berjaya memperoleh gol menerusi gol dasyat dari Sadio Mane, giliran Alisson Becker pula yang memukau peminat seluruh dunia dengan mencipta assists dengan melakukan hantaran membelah bumi yang menakjubkan.

Assists epik Alisson Becker untuk Mo Salah

Penjaga gol kebangsaan Brazil itu berjaya mencipta assists untuk gol ke-150 Mohamed Salah bersama Liverpool dengan menggunakan teknik hantaran membelah bumi.

Ia mungkin tidak sehangat ketika beliau melakukan aksi yang sama bersama Mo Salah ketika bertemu Manchester United pada musim 2019/20 yang lalu, namun harus diakui hantaran beliau sememangnya berkualiti tinggi.

Bahkan kali ini kualiti hantaran beliau juga lebih bagus berbanding sebelum ini dengan bola hantaran beliau dari dalam kotak penalti sendiri berjaya menemui Mo Salah yang berada berhampiran kotak penalti lawan.

Jelas sekali ia merupakan kualiti hantaran yang sungguh dasyat dan luar biasa menakjubkan dari Alisson Becker mencari Mohamed Salah.

Alisson menunjukkan bakat dan kemampuan kakinya

Apa yang lebih gila tentang gol tersebut adalah Alisson awalnya hampir tergelincir dan hilang keseimbangan ketika mahu membuat hantaran tersebut.

Namun beliau tetap terus melepaskan rembatan dan hantaran membelah bumi beliau berjaya menemui Mo Salah yang jauh berada di kawasan lawan.

Para peminat sendiri turut yakin dan percaya yang bola hantaran Alisson Becker Becker itu berhak untuk dianggap sebagai assists of the season.

Harus diakui juga ball playing goalkeeper sememangnya antara penjaga gol yang dicari-cari oleh kebanyakan kelab dalam dunia bola sepak modern hari ini.

Para penjaga gol ini diharapkan mempunyai kualiti kawalan bola kerana mereka akan turut terlibat dengan build up serangan.

Namun agak menarik juga untuk melihat ada antara mereka yang turut berjaya mencatatkan assists dengan kualiti hantaran sehebat itu.

Alisson Becker sememangnya terkenal dengan kemampuan kawalan bola beliau dan beliau bukan hanya handal mengawal bola, namun bintang Brazil itu turut mampu mencatatkan assists dan turut menjaringkan gol.

Sejak dari awal beliau menyertai Liverpool lagi Alisson Becker sudah mula menunjukkan kemampuan dan kualiti yang beliau miliki dan kerana itu jugalah beliau dianggap antara penjaga gol terhebat dunia.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan Peter Schmeichel, Brad Friedel, Paul Robinson, Tim Howard dan Asmir Begovic sebagai penjaga gol yang pernah menjaringkan gol dalam saingan Premier League.

Selain aksi hebat Alisson mencatatkan assists dasyat dan Mane meledak gol yang sungguh menakjubkan, para penyokong Liverpool turut meraikan gol pertama Luiz Diaz bersama Liverpool dalam perlawanan tersebut.

Boleh dikatakan ketiga-tiga gol Liverpool itu ada kisah gembira sebaliknya dan lebih manis lagi kemenangan itu berjaya membantu mereka merapatkan jurang mata dengan Man City.

Ditambah pula Man City keciciran mata kerana tewas di tangan Tottenham Hotspur, sudah tentu ia merupakan berita paling menggembirakan untuk para penyokong The Reds.

Sumber: GMS

BACA:  Mike Dean Dihentam Kerana Tak Menghukum Alisson Yang Menangkap Bola Di Luar Kotak