Liverpool Berdepan Krisis Penjaga Gol Menjelang Perlawanan Perisai Masyarakat Menentang City

Liverpool berdepan kemungkinan akan tampil tanpa penjaga gol utama, Alisson Becker, yang mengalami kecederaaan di bahagian abdomen sewaktu pra musim untuk perlawanan Perisai Masyarakat pada 30 Julai di Stadium Wembley nanti.

Untuk rekod, Alisson hanya beraksi satu perlawanan pra-musim, iaitu ketika mereka ditewaskan oleh seteru utama, Manchester United di Bangkok.  Menggantikannya, Klopp telah menurunkan penjaga gol kedua, Caoimihn Kelleher dan juga Adrian, sepanjang baki perlawanan pra-musim termasuk ketika menentang Crystal Palace, RB Leipzig dan juga RB Salzburg.

Walaubagaimanapun, Kelleher juga turut mengalami kecederaan yang sama seperti Becker, dan berdepan kemungkinan tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang City, sekaligus memaksa Klopp menggunakan khidmat penjaga gol ketiga pasukan, Adrian.

Menurut laporan, Alisson Becker sudahpun memulakan latihan ringan namun tidak sempat buatnya untuk kembali cergas dan cerdas, seperti sediakala dan diturunkan dalam perlawanan perisai masyarakat. Alisson hanya akan sempat diturunkan untuk perlawanan pertama liga menentang Fulham nanti.

Perkara ini tidak merisaukan Klopp yang dilihat lebih berminat untuk fokus ke perlawanan pertama liga, menentang Fulham, pada 6 Ogos di tempat lawan. Sudah pasti Klopp tidak ingin peristiwa musim lalu kembali di mana mereka terpaksa akur kejuaraan liga kepada Manchester City pada hari terakhir musim.

Dalam pada itu, Klopp menyelar para pemainnya yang tidak membantu Darwin Nunez ketika pasukan mereka kalah kepada RB Salzburg tempoh hari.

Bakal juara EPL, UCL, LTdL dan MFL, Liverpool telah mengalami kekalahan pertama dalam perlawanan pra-musim tempoh hari kepada kelab Austria, RB Salzburg.

Penyerang Salzburg yang juga pemain yang menjadi sasaran Manchester United, Benjamin Sesko, telah menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama dan itu sudah cukup untuk memberikan ruang dan peluang kepada pembenci Liverpool untuk mengutuk dan bergelak ketawa ke atas kelab Merseyside ini.

Pemain yang baru sahaja menjaringkan empat gol dalam perlawanan sebelum ini, Darwin Nunez, telah menerima kritikan yang hebat daripada para penyokong berikutan aksinya yang longlai di atas padang di mana dia menjadikan sesuatu perkara yang mudah itu menjadi mustahil.

Walaubagaimanapun, pemain berusia 23 tahun ini mendapat sokongan daripada pengurus pasukan, Jurgen Klopp, yang telah mengatakan bahawa penyerang Uruguay ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada rakan sepasukan sepanjang perlawanan menentang RB Salzburg.

“Darwin banyak kali keseorangan,” Klopp bercakap kepada laman sesawang Liverpool.

“Semua orang turun, semua orang terlibat dalam build-up tapi berada terlalu jauh dan kami hanya mampu menghantar bola kepada Darwin di dalam kotak. Dia dapat peluang dia dan hampir jaringkan gol, tapi dia perlukan sokongan yang lebih daripada rakan di sekelilingnya.

“Kau boleh buat seseorang pemain tu sibuk dan pihak lawan tak dapat fokus ke arah dia. Banyak benda la.

“Separuh masa kedua, banyangkan kalau Darwin dah ada dalam kotak penalti, memang sangat membantu lah, kan? Tapi benda dah jadi pun – tak seronok tapi kita terima hakikat dan mula bekerja dari situ.”

Klopp turut mengulas tentang aksi keseluruhan para pemainnya dalam perlawanan menentang kelab Austria itu.

“Pada separuh masa pertama, kita buat terlalu banyak kesilapan dan memberikan kelebihan kepada mereka. Kita ada juga detik-detik yang bagus , dan kita patut boleh jaringkan gol dalam perlawanan tu, sekurang-kurangnya mungkin empat atau lima gol.

“Tapi kita tak mampu buat macam tu sebab – dalam separuh masa pertama – kita main buka sangat, kita duduk lebar sangat dan kita tidak berapa nak berhubung bila mana kita hilang bola.

“Lepas tu tiber semua macam terbuka dan macam lebuh raya jadinya – diorang mula mengancam dengan larian deras diorang dan macam tu lah diorang dapat peluang utnuk jaringkan gol.”

Sumber : SB

BACA:  Alisson Tertarik Tawaran Lumayan Al Nassr Tetapi Akan Kecewakan Liverpool