All England: Peng Soon/Liu Ying Tersungkur Dengan Aksi Ajaib Pasangan Jepun

Pasangan beregu Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya mara ke final All England selepas menewaskan pasangan daripada Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue dalam permainan rubber game 17-21, 21-18, 22-20.

Di separuh akhir pasangan dari Jepun Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo menanti dan dari segi ranking Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berada dikedudukan lebih baik.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tersungkur lalu kandas di separuh akhir apabila ditewaskan pasangan Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo 13-21, 20-22.

Set pertama menyaksikan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying ketinggalan 4-11 kemudian pasangan beregu campuran dari Jepun terus menjarakkan mata kepada 6-14.

Pasangan beregu campuran Malaysia terus memperbaiki permainan dan mengurangkan jarak mata kepada 12-17. Jarak 5 mata terus kekal dengan kedudukan 13-18.

Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo terus diberikan tekanan namun tenang untuk menamatkan permaina set pertama dengan 13-21 dalam masa 16 minit.

Seperti perlawanan suku akhir, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mula bangkit memperkemaskan permainan dan mengurangkan kesilapan di set kedua dengan mendahului 9-2.

Permainan kemas dan menyerang Chan Peng Soon serta pertahanan yang kental dari Goh Liu Ying memaksa pasangan Jepun melakukan kesilapan dan muda diperangkap.

Selepas 9 minit permainan set kedua Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mendahului Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo 16-4.

Tekanan mula dirasai pasangan Jepun yang terus melakukan kesilapan namun kesilapan dari Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memberi mata percuma menjadikan kedudukan 17-13.

Kebangkitan mula ditunjukkan oleh pasangan Jepun selepas diberi mata percuma dan tekanan mula kembali kepada pasangan Malaysia hanya dengan perbezaan dua mata 17-15.

Semangat kebangkitan Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo terus menyala dan tidak menoleh lagi dengan menyamakan kedudukan 19-19.

Namun Goh Liu Ying berjaya mengutip game point tetapi pasangan Misaki Matsutomo mengheret permainan ke Tie Break seterusnya memperolehi game point dan menang 20-22.

Set kedua tamat dalam tempoh 25 minit dan satu ketika Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mendahului dengan 8 mata.

Ini merupakan kali kedua dalam sejarah All England pasangan beregu campuran dari Jepun mara ke final.

Peng Soon/Liu Ying Bangkit Untuk Mara Ke Separuh Akhir

Beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mempamerkan aksi kebangkitan mengikut jejak pemain perseorangan, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir kejohanan All England yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menewaskan pasangan campuran daripada Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue dalam permainan tiga set atau rubber game 17-21, 21-18, 22-20.

Set pertama menyaksikan pasangan Malaysia yang merupakan pemenang pingat Perak Olimpik gagal untuk memberi saingan dengan smash kencang Thom Gicquel dan pertahanan padu Delphine Delrue dan tewas 17-21 dalam tempoh 21 minit.

Set kedua menyaksikan kebangkintan daripada Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang memperbaiki permainan dengan mengurangkan kesilapan mudah dengan garang menyerang untuk menangan 21-18 dan mengheret permainan ke rubber game.

Set ketiga menyaksikan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying meneruskan konsistensi dengan mendahului 11-9 namun debaran bermula apabila Thom Gicquel dan Delphine Delrue berjaya mengikat 14-14.

Pasangan beregu campuran dari Perancis itu kemudian menambah debar dengan permainan yang meyakinkan dan berjaya mendahului dengan kedudukan 17-18.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tidak panik dan gusar seperti kita yang menonton apabila berjaya mengheret permainan ke tie breaker dan menang 22-20.

Set ketiga merupakan aksi yang sangat mendebarkan yang tidak sesuai ditonton oleh mereka mempunyai masalah jantung.

Satu perlawanan yang sangat mendebarkan dan memberi senaman jantung di pagi hari daripada Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dalam permainan yang mengambil masa 66 minit.

Lawan yang menanti Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di separuh akhir adalah pasangan beregu campuran dari Jepun Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo.

Separuh akhir satu lagi menemukan Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dari Jepun menentang wakil tuan rumah, England, Marcus Ellis dan Lauren Smith.

Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dari Jepun mara ke separuh akhir selepas menewaskan satu lagi pasangan beregu campuran Malaysia, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing 21-17, 21-9.

Juara Terbuka Switzerland Pearly Tan dan M.Thinaah kandas kepada pilihan kelima dari Jepun Nami Matsuyama dan Chiharu Shida, apabila tewas 12-21, 22-20, 16-21.

BACA:ย  Kenapa Tiada Kelibat Pemain Indonesia Di All England?