Kenapa Tiada Kelibat Pemain Indonesia Di All England?

Tahukah anda bawah kenapa tiada kelibat pemain Indonesia di kejohanan badminton tertua dunia, All England? Kejohanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham ini sudah melabuhkan tirainya.

Jepun menunjukkan dominasi hampir sepenuhnya apabila muncul juara dalam semua kategori kecuali perseorangan lelaki yang telah dimenangi oleh pemain perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia.

Sementara kita bersuka ria meraikan kejuaraan pertama All England Lee Zii Jia, jiran kita, Indonesia pula sedang berperang dengan Badminton World Federation (BWF) di media sosial.

Para pemain Indonesia telah dihalang daripada menyertai All England 2021 kerana pesawat awam yang mereka naiki dari Istanbul, Turki ke Birmingham terdapat individu yang disahkan positif jangkitan wabak yang melanda dunia sejak setahun yang lalu.

Menurut laporan, pasukan badminton Indonesia menaiki pesawat awam dan bukannya pesawat khas yang berbentuk ‘bubble’ mereka sendiri. Mereka transit di Istanbul dan menaiki Turkish Airlines untuk ke Birmingham. Kesemua pemain disahkan negatif ketika ujian PCR.

Namun pada keesokan harinya mereka diarahkan untuk kuarantin, kerana ada penumpang yang positif menaiki pesawat yang sama.

Pasukan Indonesia kemudian mendapat arahan dari pihak berkuasa kesihatan Britain, National Health Service (NHS) untuk melakukan kuarantin selama 10 hari sehingga 23 Mac 2021.

Badminton World Federation (BWF) terpaksa akur dengan keputusan National Health Service (NHS) dan itu merupakan Standard operating procedur (SOP) yang diamalkan di England.

Ekoran itu Indonesia tiada pilihan lain selain terpaksa menarik diri kerana tempoh kuarantin 10 hari itu termasuk dalam tarikh kejohanan berlangsung.

Wakil Indonesia, Jonatan Christie berjaya mara ke pusingan 16 akhir setelah mengalahkan pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn pada hari pertama All England.

Namun tidak dapat meneruskan perjuangannya kerana kesemua pemain Indonesia diarahkan kuarantin oleh pihak berkuasa.

Seramai 20 orang daripada 24 individu dari pasukan Indonesia telah diarahkan oleh National Health Service (NHS) untuk dikuarantin.

Situasi ini membuatkan keadaan menjadi tegang di antara kem Indonesia dengan pihak penganjur serta kerajaan England.

Pemerintah Indonesia menuntut klarifikasi dan transparensi daripada Kementerian Kesihatan England, selepas satu kontingen mereka diarahkan kuarantin dan dibatalkan dari menyertai All England.

Jurucakap Badminton World Federation (BWF), selaku penyelenggara All England, mengatakan kepada BBC News Indonesia bahwa mereka tidak ada kuasa untuk isu kesihatan tersebut.

Perkara ini sudah pun diputuskan dan diwartakan oleh National Health Service (NHS) yang merupakan badan bertanggungjawab menjaga kesihatan rakyat England..

Duta Besar Indonesia Mahu PBSI Boikot All England

Duta Besar Indonesia ke England, Desra Percaya meminta Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) memboikot All England selepas menghalang kontinjen mereka bertanding yang menurut mereka tidak adil kepada pasukan mereka.

Cadangan itu muncul setelah Desra Percaya berkomunikasi dengan badan kesihatan England, National Health Service (NHS), Poul-Erik Hoyer Larsen (Presiden BWF), dan Adrian Christy (Ketua Persekutuan Badminton Britain).

Perbincangan tersebut berkaitan dengan kes tujuh wakil Indonesia di All England Open 2021 yang dipaksa mengundurkan diri oleh BWF dan jawatankuasa penganjur pada hari pertama kejohanan.

PBSI kecewa kerana menurut mereka pemain Indonesia ketika ini berada di landasan terbaik untuk merangkul gelaran juara beberapa kategori.

Desra Percaya percaya bahawa PBSI seharusnya memboikot All England di masa akan datang selepas layanan mereka dan ini sekadar cadangan peribadi daripada beliau.

Bagi Desra Percaya ini juga sebagai pengajaran kepada All England.

Desra Percaya, turut percaya bahawa BWF dan penganjur All England 2021 tidak kompeten dan berkemampuan untuk menganjurkan pertandingan.

“Jadi, mungkin terlalu awal untuk memboikot. Namun, sebagai peminat badminton dan juga peminat pemain pemain Indonesia, jawapan saya adalah untuk memboikot All England.”

Desra kecewa dengan pihak penganjur yang tidak menyediakan perkhidmatan yang kondusif.

“Sekiranya soalan mengenai boikot itu ditujukan kepada saya bukan sebagai diplomat, saya akan sangat kecewa. Mereka tidak menyediakan kenderaan untuk pemain kami. Para pemain juga dilayan teruk.”

“Logiknya seperti ini, pasukan Indonesia sudah melaporkan e-mel dari NHS kepada jawatankuasa penganjur. Apa yang harus dilakukan BWF adalah melindungi dan mempertahankan pemain Indonesia.”

“BWF harus meminta pengecualian untuk pemain Indonesia yang positif sahaja. Setidaknya BWF telah melakukan upaya yang terbaik terhadap pemain Indonesia. Namun, ini tidak. Para pemain segera diminta untuk mengundurkan diri. Di manakah komunikasi itu?”

Duta Besar Indonesia itu mahu NHS memberikan transparensi dan meminta maklumat pesawat yang dikatakan ada penyebaran virus.

Pada ketika itu Desar Percaya, juga memberitahu BBC Indonesia bahawa mereka sudah mengirim surat dengan ‘nada keras’ kepada Presiden BWF Poul-Erik Høyer Larsen.

Sambil Desra mencadangkan penyelesaian kepada England. Pertamanya mengarahkan pemain pemain Indonesia menjalani ujian PCR.

Jika ujian ini ada meunjukkan positif, maka kem Indonesia berhak dikuarantin dan kesemua pasukan, pegawai yang individu yang terlibat dalam perlawanan dengan mereka juga harus dikuarantin kerana adanya kontak dengan mereka.

Jika angka positif masih banyak, maka Desra mencadangkan All England batal terus / null and void.

Desra mengambil contoh kes melibatkan Manchester City dinyatakan positif sebelum ini.

“Seorang pemain positif, bukan bererti satu pasukan mereka tak boleh main. Hanya seorang itu yang isolasi sendiri, yang lainnya silakan bermain, dan saya yakin, harus dilakukan ujian PCR.”

Keputusan ini telah dibuat oleh National Health Service (NHS) demi keselamatan negara mereka kerana pernah wujud varians baru di England sebelum ini dan sudah pasti mereka bertegas dalam situasi ini.

Ternyata ini bukan keputusan daripada Badminton World Federation (BWF) dan penganjuran All England kerana mereka tiada kuasa walaupun apa yang diutarakan Desra Percaya itu juga ada asasnya.

Ketum PBSI Maran dan Pecaya Ada Unsur Diskriminasi

Ketua Umum (KETUM) Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Agung Firman Sampurna juga bengang dan marah (tak pasti tumbuk dinding ke tidak) dan percaya ada unsur diskriminasi.

Agung Firman Sampurna selaku KETUM PBSI meluahkan kekecewaan dan kesal, berkata:

“Kamu boleh bayangkan betapa peliknya, kita sudah divaksin dan tiba tiba bukan hanya dilarang bertanding, tetapi diarahkan kuarantin persendirian pula selama 10 hari.”

Agung juga menegaskan sebelum ini kesemua delegasi Indonesia menjalani ujian PCR dan disahkan negatif kesemuanya.

Agung kecewa kerana ada unsur unsur diskriminasi daripada All England ke atas pasukan Indonesia yang menurutnya dalam prestasi terbaik untuk menjuarai beberapa acara.

Sejak tahun 1959, Indonesia telah meraih 34 gelaran All England dari pelbagai kategori.

“Kami menyampaikan kekecewaan yang besar tapi pada saat yang sama kami faham, berdasarkan potensi, ini adalah salah satu detik pasukan badminton Indonesia dalam kondisi terbaik.”

Pengurus timnas badminton Indonesia, Ricky Soebagdja menyatakan keputusan itu ‘sangat menyakitkan bagi tim Indonesia’.

Bercakap kepada media, Ricky berkata:

“Memang kami tak berpuas hati.”

Seorang lagi pegawai PBSI, Riony Mainaky, mengatakan kepada BBC News Indonesia bahawa kesemua pasukan Indonesia diminta untuk isolasi di hotel 10 hari sehingga 23 Mac kerana kontak dengan penumpang pesawat pada 13 Mac.

Riony mengatakan para pemain sangat kecewa dan mahu pulang sahaja dengan segara.

“Orang lain yang kena, tapi karena satu pesawat dengan orang yang terkena virus, pasukan kami yang jadi OTG (Orang Tanpa Gejala), padahal kita sudah [test] PCR dan hasilnya negatif semua dan kita sudah divaksin semuanya.”kata Riony.

Jurucakap BWF, Lloyd Green, mengatakan kepada BBC News Indonesia lewat email bahwa pihaknya mematuhi peraturan dari pemerintah Inggeris untuk melindungi warganya dari wabak.

Green mengungkapkan bahawa Badminton England, organisasi yang menaungi badminton di England, telah mengusahakan agar para pemain dan anggota pasukan Indonesia mendapatkan pengecualian khas namun keputusan pemerintah England adalah muktamad.

“BWF dan Badminton England tidak dapat beroperasi di luar protokol dan prosedur operasi yang ditentukan oleh bada kesihatan dari pemerintah setempat. Ini juga berlaku untuk semua pertandingan yang dikendalikan BWF di berbagai negara. BWF harus tunduk pada protokol dan regulasi yang berbeza di setiap negara.” kata Green.

BACA:  Skuad Piala Thomas Mara dan Skuad Piala Uber Kandas