Alphonso Davies Merendah Diri Ketika Peminat Anggap Shaw Lebih Bagus Darinya

Pemain full-back Bayern Munich, Alphonso Davies telah memberikan jawapan yang menunjukkan beliau sangat merendah diri ketika ada peminat yang menganggap Luke Shaw lebih hebat berbandingnya.

Beliau walaupun mengambil masa untuk faham apa yang dimaksudkan dengan istilah “clear” yang digunakan oleh peminat, akhirnya bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Pemain kebangsaan Canada yang kini berusia 20 tahun itu telah membuat 41 penampilan dalam semua pertandingan pada musim lalu.

Davies telah membuat sesi soal jawab bersama para peminat di akaun TikTok miliknya semalam, dan ramai peminat yang meninggalkan komen dengan menyatakan Shaw lebih bagus darinya.

Mesti peminat England kan? Tak ada kerja lain nak canang pemain dia je yang paling hebat dekat muka bumi ni.

Seperti yang boleh dilihat dalam rakaman di bawah, Davies tiba-tiba merasa bingung dengan istilah yang digunakan oleh para pengikutnya.

Beliau turut meminta semua yang menonton siaran langsung tersebut untuk terjemahkan padanya apa maksud ‘clear’ yang digunakan oleh mereka-mereka di ruangan komen.

Apa yang pasti, Alphonso Davies bukan berpura-pura tak faham, tapi beliau memang langsung tak faham istilah ‘clear’ dalam bola sepak yang digunakan oleh para peminat.

“Saya baru nampak ada satu komen yang kata ‘Luke Shaw is Clear’. Apa maksudnya itu? Seseorang tolong jelaskan kepada saya. Saya tak pernah faham apa tu. Apa yang ‘clear’?”

Tidak lama selepas itu ada salah seorang pengikutnya yang menjelaskan maksud ‘clear’ adalah lebih bagus berbandingnya, dan dengan tidak ragu-ragu, bintang Bayern Munich itu terus bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Ohhh! Ohh, Ok, saya faham sekarang, ia bermaksud dia lebih bagus. Yeah, maksud saya, memang betul, dia seorang pemain yang bagus.”

Jelas pemain full-back Bayern Munich itu.

Davies baru menyedari mengapa ramai penyokong yang membandingkan beliau dengan pemain full-back lain di ruangan komen tersebut.

“Baiklah, jadi jika setiap kali kamu kata seperti, ‘Luke Shaw is Clear, Robbo (pertahanan Liverpool Andy Robertson) is clear’ ia bermaksud mereka lebih hebat. OK, masuk akal, masuk akal.”

Luke Shaw berjaya membuktikan kepada semua pihak yang meragui beliau, bahawa mereka salah dengan beliau mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam tempoh 12 bulan terakhir ini.

Pemain full-back England itu baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Manchester United Player Of The Year, dan beliau tidak dinafikan telah menikmati musim yang gemilang sepanjang musim 2020/21.

Ia merupakan antara musim terbaik dalam karier Luke Shaw dan beliau telah menjadi salah seorang pemain terpenting dalam skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu dianggap merupakan individu penting yang berjaya membawa Shaw ke tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Selain mempamerkan aksi cemerlang bersama setan merah, Shaw turut mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama skuad kebangsaan England.

Alphonso Davies telah mempamerkan aksi permainan cukup hebat bersama Bayern Munich

Walau Tercedera, Shaw Tetap Pamer Aksi Terbaiknya

Luke Shaw sebenarnya menderita kecederaan patah tulang rusuk ketika beraksi dalam saingan Euro 2020 bersama skuad kebangsaan England.

Walau menderita kesakitan, beliau masih tetap mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan di posisi full-back skuad The Three Lions.

Pemain left back yang ketika ini berusia 26 tahun itu telah diletakkan dibangku simpanan ketika aksi perlawanan pembukaan Euro 2020 bertemu Croatia di Wembley.

Walau bagaimanapun, Shaw kemudiannya telah turun sebagai kesebelasan utama untuk skuad England dalam saingan Euro 2020, seterusnya membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu untuk mara ke perlawanan akhir.

Pemain kebangsaan England itu beraksi dengan sangat baik sepanjang kejohanan ini, hingga beliau turut diberi julukan nama Shawberto Carlos atas persembahan mantap dipamerkan.

Lebih menarik lagi, legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos sendiri turut memuji Shaw atas persembahan hebat yang dipamerkan ketika beraksi bertemu Ukraine di peringkat suku akhir.

Shaw telah dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan dalam aksi kemenangan 4-0 England menewaskan Ukraine di Stadio Olimpico, Rome itu.

Walau bagaimanapun, bintang Manchester United itu turun beraksi penuh selama 120 minit ketika aksi kemenangan 2-1 England menewaskan Denmark di Wembley.

Shawberto Carlos turut membuka tirai jaringan dalam aksi perlawanan akhir bertemu Itali di Wembley, seawal minit ke-2 permainan.

Namun jaringan beliau tidak membantu England untuk menjulang Piala pertama mereka sejak 55 tahun lalu selepas skuad The Three Lions terpaksa akur dengan kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti bertemu Itali.

The Daily Telegraph kini melaporkan yang pemain full-back Manchester United itu sebenarnya menderita kecederaan teruk ketika aksi kemenangan 2-0 England menewaskan Jerman di pusingan 16 terbaik di Wembley.

Aksi hebat dan super mantap yang ditunjukkan oleh Shaw sepanjang kejohanan Euro semakin dikagumi selepas peminat tahu yang beliau beraksi sambil menahan kesakitan.

Dalam pada menanggung derita kecederaan, Shaw tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan ia benar-benar membuatkan ramai pihak teruja.

Walau bagaimanapun, kecederaan yang beliau hadapi sedikit membimbangkan Manchester United yang sedang memantau tahap kecergasan beliau pada ketika ini.

Akhbar tersebut turut menambah lagi yang setan merah mahu membawa pulang bekas bintang Southampton itu ke pusat latihan Carrington untuk mendapatkan rawatan berkait masalah kecederaannya.

Dan United pada ketika ini agak terdesak untuk melihat berapa lama masa yang diperlukan untuk Shaw kembali pulih dan cergas sepenuhnya.

United turut bimbang Shaw akan terlepas sepenuhnya aksi pra musim skuad setan merah dek kerana masalah kecederaan dan kecergasan yang sedang beliau alami ketika ini.

Shawberto Carlos ketika ini berada di Greece untuk menikmati percutiannya selepas kecewa gagal untuk membantu England memenangi Piala pertama mereka sejak kali terakhir mereka menangi Piala Dunia pada 1966.

Adakah benar Shaw lebih hebat berbanding Alphonso Davies? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Alphonso Davies Dinasihatkan Supaya Berhenti Menyanyi Dan Fokus Pada Bola Sepak