Andriy Yarmolenko Halang Rakan Sepasukannya Bantu Maguire Untuk Bangun

Andriy Yarmolenko dilaporkan cuba menghalang rakan sepasukannya dari membantu Harry Maguire untuk bangun selepas bintang England itu dijatuhkan ketika aksi kemenangan 4-0 Three Lions membelasah Ukraine kemarin.

Bintang West Ham itu dilihat menghalang rakan sepasukannya, Yaremchuk dari menghulurkan tangan untuk mengangkat Maguire yang baru saja dijatuhkan.

Beliau menolak rakan sepasukannya itu lalu membiarkan The Slabhead itu terbiar di atas padang tanpa pertolongan.

Pemain centre-back Manchester United itu sekadar duduk memerhatikan kedua-dua pemain itu bergaduh mulut, sebelum beliau kembali bangun dan meneruskan permainan seperti biasa.

Yaremchuk awalnya melihat Maguire jatuh dan beliau terus menghulurkan tangannya untuk membantu sebelum Yarmolenko dengan tiba-tiba menolak tangan rakan sepasukannya dan mengarahkannya untuk pergi.

Selepas menolak tangan Yaremchuk, beliau menolak rakan sepasukannya itu supaya menjauh dari Maguire sambil mulutnya tidak henti-henti memaki bintang England itu.

Pengadil perlawanan turut berada ditempat kejadian untuk meleraikan keadaan, namun Yarmolenko dengan segera berlalu pergi sambil mulutnya terus membebel.

Yarmolenko dikritik teruk kerana sikap tiada semangat kesukanan yang beliau tunjukkan, dengan bintang Ukraine itu juga mendakwa Maguire turut melakukan hal yang sama sebelum itu.

Yarmolenko menghalang Yaremchuk dari membantu Maguire

Ketika temu bual sebelum perlawanan, Maguire telah menjelaskan yang beliau sedar akan kemampuan Yarmolenko sebagai penjaring utama Ukraine dengan menyatakan:

“Kami sedara tentang rekod jaringan dia (Yarmolenko) bersama skuad Ukraine.”

Hubungan kedua-dua pemain itu dilihat sangat dingin sepanjang perlawanan dengan Maguire juga dilihat tidak berpuas hati dengan ketua pasukan Ukraine itu.

Kedua-dua mereka turut tidak saling bertemu atau bersalaman selepas tamat perlawanan dengan mereka saling mengelak dari bertentang mata antara satu sama lain.

England berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-0 dan Harry Maguire berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol.

Beliau jelas berpuas hati berjaya menjaringkan gol dan menghalang Yarmolenko dari membolosi gawang gol England.

England berjaya mendahului permainan pada awal babak pertama perlawanan menerusi Harry Kane, sebelum Maguire menggandakan kedudukan seawal minit pertama aksi babak kedua permainan.

Harry Kane berjaya menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-50 permainan sebelum Jordan Henderson melengkapkan kemenangan bergaya England dengan menjaringkan gol keempat pada minit ke-63 permainan.

Kemenangan itu berjaya membawa England untuk beraksi di pentas separuh akhir saingan Euro 2020 dan mereka dijadualkan akan bertemu dengan Denmark nanti.

Skuad kendalian Gareth Southgate tentunya akan berusaha sehabis daya mereka untuk menggembirakan 60,000 penyokong yang dijangka akan hadir ke Wembley pada hari perlawanan nanti.

Ketika temu bual selepas tamat perlawanan, Southgate dengan yakinnya menyuruh para peminat England untuk berpesta meraikan kejayaan mereka menewaskan Ukraine di peringkat suku akhir.

“Saya tahu apa yang akan berlaku di England dan itu sangat hebat, beers di tangan, di angkat ke udara.”

Jelas Southgate.

“Mereka seharusnya melakukan itu, mereka harus menikmati kejayaan ini. Berpesta lah dengan meriah, tapi ikutlah peraturan.”

“Ia merupakan tahun yang panjang untuk semua orang. Saya gembira kerana kemenangan ini akan membawa kegembiraan kepada semua orang.”

“Ia satu kebanggaan untuk negara. Peringkat separuh akhir di Wembley, semua orang sudah tidak sabar untuk menanti itu.”

“Tapi kami mahu terus melangkah lebih jauh, dua perlawanan lagi untuk bergelar Juara.”

“Persembahan yang menakjubkan dalam perlawanan yang besar.”

Jelasnya.

“Kami merupakan pasukan pilihan. Memang banyak tekanan dan pengharapan dari peminat. Persembahan kami berada di tahap terbaik. Satu lagi keputusan clean sheet, empat gol berjaya dijaringkan. Ia merupakan malam yang sempurna untuk kami.”

“Sekarang adalah waktu untuk kami beri tumpuan pada perlawanan seterusnya, kami perlu beri tumpuan kepada perlawanan pada hari Rabu nanti.”

“Tugas kami masih belum selesai. Masih banyak perlawanan yang perlu diharungi.”

Hebatnya England, mereka ketika ini merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum dibolosi dalam saingan Euro 2020.

Ia berjaya menyamai rekod yang dicipta oleh Sepanyol pada Euro 2012 yang mencipta 5 clean sheet dari lima perlawanan peringkat kumpulan.

Tidak dinafikan barisan pertahanan England ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dan ditambah pula dengan Pickford yang turut berada di tahap prestasinya yang terbaik.

Denmark merupakan pasukan underdog pilihan yang mungkin akan membuat kejutan di kejohanan kali ini, dengan kebangkitan prestasi mereka yang luar biasa mengagumkan.

Mereka bermula dengan agak perlahan di peringkat kumpulan, namun dalam tiga perlawanan terakhir ini, Denmark cemerlang menjaringkan 10 gol hingga mara ke peringkat separuh akhir.

10 gol itu pula berjaya dijaringkan oleh tujuh pemain yang berbeza, jadi ia jelas membuktikan Denmark merupakan pasukan yang merbahaya pada ketika ini.

Pasukan yang banyak menjaringkan gol, akan berdepan dengan pasukan yang masih belum dibolosi. Ia tentunya akan menyajikan aksi persembahan yang mantap dan menakjubkan.

Sumber: SB

Purely Football

MOTD

BACA:  West Ham Mahu Guna Hasil Jual Rice Beli Maguire