Arsenal Menang Perisai Masyarakat : 5 Perkara Yang Dipelajari

Arsenal berjaya mengekalkan Perisai Masyarakat di Stadium Emirates, setelah memenanginya pada tahun lepas. Dalam perlawanan di Stadium Wembley itu, Arsenal menang hasil jaringan tunggal Alex Oxlade–Chamberlain pada separuh masa pertama.

Inilah 5 perkara yang dipelajari dari kemenangan Arsenal :

1.  Parking Bas Bukan Taktik Yang Teruk

troll_football_image_5e17a3ee1317a5eed2931cc3cd5024a6
30 pemain Arsenal dilihat berlegar di kawasan petak penalti sendiri

Arsene Wenger akhirnya berjaya menemui taktik yang berjaya menewaskan Mourinho; park the bus. Arsenal lebih banyak bermain secara counter-attack, dan sejurus pemain mereka kehilangan bola, barisan pemain tengah dan pertahanan berkampung di kotak penalti mereka sendiri. Pada satu-satu masa ketika menerima serangan, ada lapan ke sepuluh orang pemain Arsenal di dalam kotak penalti sendiri. Taktikal berguna bagi pengurus yang lantang mengkritik taktik Jose Mourinho.

Baca juga : Roy Keane menghentam pemain Arsenal

2.   Alex-Oxlade Chamberlain Mampu Jadi Pemain Utama Arsenal Musim Ini

Arsenal-v-Chelsea-Community-Shield (4)
Walaupun mempunyai gaya rambut yang kelakar, Ox masih mampu menjaringkan gol.

Kawalan bola yang kemas, ditambah pula dengan kelajuan yang memukau, Ox mungkin bakal menjadi pemain dan penjaring gol utama pada musim ini, setelah 5 musim yang tidak konsisten dan dibelenggu kecederaan, Keserasiannya bersama pemain tengah, Wilshere dan Ramsey, mungkin bakal menjadi senjata yang bakal membunuh pihak lawan sebaik liga bermula nanti.

Baca Juga : Barclays Premier League – Ramalan Kedudukan Akhir Musim 2015-16 Episod 1.

3.   Petr Cech Bakal Menghantui Chelsea

Arsenal-v-Chelsea-Community-Shield (5)
Cech menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila menunjukkan simbol 1Malaysia

Satu kesilapan besar apabila Chelsea menjual penjaga gol kelas dunia mereka, Petr Cech kepada pencabar kejuaraan liga. Chelsea telah terasa kepahitan bekas air tangan mereka sendiri apabila Cech bermain dengan begitu cemerlang menafikan cubaan demi cubaan dari barisan serangan Chelsea. Disebabkan kemampanan Cech lah Arsene Wenger akhirnya menggunakan taktik parkir bas di hadapan gol mereka.

4. Falcao Bukanlah Pengganti Costa

Arsenal-v-Chelsea-Community-Shield (1)
Pemain Arsenal berebut untuk mendapatkan autograf Falcao, namun dapat ditahan oleh pengadil

Chelsea dilihat mengulangi kesilapan Manchester United musim lepas, apabila mengambil pemain dari AS Monaco, Falcao. Falcao terbukti gagal menjadikan Premier League sebagai pentas untuknya mengulangi prestasi semasa di Atletico de Madrid atau Monaco. Dengan hanya 4 gol di seluruh musim 2014-15, Falcao dilihat gagal menyesuaikan diri dengan kelajuan dan kekerasan fizikal Premier League. Tetapi, Mourinho terkenal dengan kehebatannya membentuk pemain dan mungkin Falcao akan menjadi penjaring terbanyak pada musim ini.

Baca Juga : Barclays Premier League – Ramalan Kedudukan Akhir Musim 2015-16 Episod 2

5. Wenger Belum Bersedia Berdamai Dengan Mourinho

Jose-Mourinho-Arsene-Wenger-hand-shake-snub
Wenger dilihat membuat derrkkkk terhadap Mourinho

Arsene Wenger semalam dilihat dua kali tidak mengendahkan pengurus Chelsea, Mourinho. Walaupun berjalan di hadapan Mourinho, Wenger dilihat membuat derrkk dan meneruskan perjalanan tanpa melihat Mourinho. Mungkin mulut laser Mourinho sebelum ini masih menyentapkan Wenger.

Baca Juga

Baca Juga