Barclays Premier League – Ramalan Kedudukan Akhir Musim 2015-16 Episod 1.

10 minggu lepas, Chelsea berjaya menjulang Liga Perdana Inggeris yang ketiga bersama Jose Mourinho. Kini kurang seminggu sahaja lagi untuk tirai 2015-16 dinaikkan!

Untuk mempertahankan kejuaraan, Chelsea setakat ini hanya membawa masuk Falcao, penyerang yang gagal pada musim lepas, dan Asmir Begovic, seorang keeper yang cemerlang di Stoke City untuk memberikan cabaran kepada Thibout Curtois.

Baca :  Jadual BPL 2015-2016

Manchester City pula berbelanja 49juta GBP untuk mendapatkan Raheem Sterling, yang pada pra-musimnya kelihatan sangat tajam dan garang, akan tetapi barisan pertahanan tampak goyah, dan kelemahan ini didedahkan dengan kekalahan besar di tangan Real Madrid dan kelab Jerman, VFB Stuttgart.

Manchester United pula berbelanja besar, hampir 150j GBP untuk lima pemain. Arsenal berjaya menyelesaikan masalah di gawang dengan mendapatkan Peter Cech dari Chelsea.

Liverpool seperti biasa berbelanja ramai pemain, dan bakal menimbulkan masalah keserasian di kalangan mereka. Tottenham Hostpur pula terlalu bergantung kepada Harry Kane pada musim lepas, dan setakat ini tiada lagi penyerang kelas dunia yang dibawa masuk ke White Hart Lane.

Jadi siapa akan menjuarai liga? Siapa yang bakal tersingkir? Berikut adalah ramalan Daily Sukan.

20 – Watford

enrique-watford
Enrique Sanchez – berwajah garang. Tetapi adakah Watford akan garang di padang?

The Hornets menyertai kembali Liga Perdana Inggeris dengan SEMBILAN pemain dari LAPAN kelab berbeza dan hampir kesemua mereka tiada pengalaman di EPL, dan perlu belajar untuk sesuaikan diri dengan corak permainan EPL.

Jurulatihnya, Enrique Sanchez, mungkin mampu untuk membantu mempercepatkan proses adaptasi pemain-pemain baru, tetapi akan memakan masa.

Sukar bagi mereka untuk kekal di EPL lebih dari semusim. Dasar liga akan menjadi tempat Watford.

19 – Norwich

redmond-norwich
Musim yang bakal melihat kemampuan Nathan Redmond di pentas tertinggi

Pengurus Canaries, Alex Neill, dikenali sebagai seorang yang serius, membosankan dan tidak suka perkara merepek di kalangan penggiat media Britain. Untuk kekal di EPL, Norwich perlu menang sebanyak mungkin perlawanan di Carrow Road dan untuk mencapai tujuan tersebut, dua tonggak utama Sebastian Bassong dan Nathan Redmond perlu kekal cergas sepanjang musim.

Nathan Redmond, seorang pemain muda handalan, perlu mengambil peluang bermain di EPL untuk peningkatan kariernya.

Mungkin ditakdirkan untuk menduduki tangga ke-19

Baca juga : Roy Keane menghentam pemain Arsenal 

 18 – Bournemouth

howe-Bournemouth
Howe – pengurus muda yang mempunyai falsafah bola sepak yang menarik.

Eddie Howe, namanya disebut-sebut bakal menjadi seorang jurulatih hebat di EPL, setelah taktik corak permainan yang menariknya membawa Bournemouth ke EPL buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Callum Wilson dan Matt Ritchie cemerlang sekali musim lepas di Liga Kejuaraan, tetapi The Cherries bukanlah satu pasukan yang ditakuti dan pemain mereka mungkin akan mengambil masa untuk sesuaikan diri di EPL.

Namun bagi pasukan yang tidak kuat, bermain secara menyerang dan terbuka seperti Wigan di bawah kendalian Roberto Martinez mungkin bukan satu taktik yang memberi impak positif kepada pasukan.

Nyaris-nyaris kekal di EPL tetapi akhirnya tersungkur di tangga ke-18.

17 – Leicester

okazaki-leicester
Okazaki – pemain terbaru dari Jepun yang cuba menguasai EPL setelah kegagalan Shinji Kagawa dan Ryo Myaichi

Great Escape’ pada musim lepas, selepas mereka menduduki tangga terbawah liga pada bulan Januari. Bagaimanapun Nigel Pearson telah berjaya memotivasikan anak buahnya dan mereka telah menang enam perlawanan berturut-turut menuju ke punghujung musim.

Tetapi, tiada lagi Nigel Pearson, yang digantikan oleh ‘Tinkerman’ Claudio Ranieri yang merupakan bekas jurulatih Chelsea. Pearson dihormati dan disayangi pemain pad musim lepas, dan melainkan Ranieri berjaya melakukan perkara yang sama Leicester bakal tenggelam ke Liga Kejuaraan.

Shinji Okazaki agak cemerlang di liga Jerman, tetapi setakat ini, tiada pemain Jepun yang betul-betul berjaya di EPL.

Tambahan pula, ketiadaan Esteban Cambiasso akan meletakkan Leicester ke tangga 17 musim ini.

Baca juga : Senarai Pemain Jerman Yang Berjaya di EPL

16 – Sunderland

advocaat-sunderlandjpg
Advocaat gembira setelah mendapat lampu hijau dari isterinya untuk terus mengemudi Sunderland musim ini

Dick Advocaat digelar sang penyelamat The Black Cats pada musim lalu apabila membawa Sunderland keluar dari zon penyingkiran. Setelah mendapat izin dari isterinya, Dick Advocaat meneruskan lagi tugas melatih Sunderland untuk semusim lagi.

Sebastian Coates dan Younes Kaboul – dua pembelian utama Sunderland mampu menguatkan banteng pertahanan mereka, akan tetapi tidak cukup kuat untuk membawa mereka ke tempat lebih atas.

Tangga ke-16 bakal menjadi tempat pengakhiran bagi pasukan Wearside ini.

15 – Newcastle

mclaren-newcastle
Rekodnya bersama England menjadi bahan jenaka, namun McClaren bangkit bersama FC Twente di Belanda.

Pernah menjadi pencabar liga di zaman Kevin Keegan pada 1990-an. Akan tetapi prestasi Newcastle semakin tidak menentu pada setiap musim. Pengurus baru, Steve McCLaren, mungkin mampu untuk menaikkan pasukan hitam-putih ini tetapi pemain mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami falsafah bola sepaknya.

Aleksandar Mitrovic dan Gerorginio Wijnaldum – dua pemain baru yang mempunyai bakat serangan yang baik, mungkin mampu melonjakkan Newcastle United, tapi adakah mereka mampu sesuaikan diri dengan EPL?

Tangga ke-15 sesuai buat Kota Bharu Bersatu ini, dan mampu menambahkan rasa meluat penyokong terhadap Mike Ashley.

14 – West Brom

berahino-west brom
Tonggak West Bromwich Albion musim lalu, namun nasib Berahino agak amalang apabila mengalami kecederaan di pertengahan musim.

Tony Pulis ialah pengurus yang diperlukan oleh sesuatu pasukan yang sekadar ingin kekal di EPL. Rekodnya bersama Crystal Palace dan Stoke City menceritakan segala-galanya.

Saido Berahino – pemain England berketurunan Nigeria ini perlu kekal cergas sepanjang musim kerana pada musim lepas dia adalah sumber gol buat the Baggies. Kemasukan Rickie Lambert mampu memberikan bantuan kepada Berahino. Di benteng pertahanan, pemain akademi Man Utd, James Chester yang dibeli dari Hull pula dilihat sesuai dengan taktik fizikal yang menjadi kegemaran Pulis.

Pulis pasti akan kekalkan corak bertahan dan akan menghuni tangga ke-14.

13 – Aston Villa

Scott-Sinclair-aston villa
Setelah dua musim mengecewakan di Manchester City, Sinclair pastinya mahu kembali ke prestasinya bersama Swansea suatu ketika dahulu

Christian Benteke – penyerang yang kembali menemui sentuhan di bawah kendalian Tim Sherwood, dan Fabian Delph tonggak tengah pada musim lepas telah dibeli pasukan yang lebih besar.

Ron Vlaar dan Shay Given pula tidak meyambung kontrak masing-masing, menjadikan Aston Villa kehilangan empat pemain utama untuk musim baru ini.

Jordan Ayew, Scott Sinclair, Micah Richards, Idrissa Gueye, Rudy Gestede, Jordan Amavi dan Jordan Veretout – enam muka baru yang menjadi pengganti. Sherwood mempunyai rekod yang baik bersama Spurs dan Aston Villa musim lepas, seharusnya tidak mempunyai masalah untuk membentuk keserasian di kalangan pemain baru.

Situasi pada awal musim akan goyah dan Villa bakal terjerumus ke zon penyingkiran tetapi bakal bangkit menjelang Januari dan menghuni tangga ke-13 pada hujung musim.

12 – West Ham

Slaven Bilic-west ham
Slaven Bilic juga dikenali sebagai seorang bintang rock di Croatia. Mampukah Bilic menghiburkan penyokong West Ham?

Enner Valencia dan Diafara Sakho menjadi duri dalam daging kepada pasukan-pasukan besar pada musim lepas. Tetapi, jika mereka layak ke peringkat kumpulan Liga Europa, jadual yang padat akan memberikan mereka masalah, tambahan pula kehadiran jurulatih baru, Slaven Billic, yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan merencatkan lagi prestasi The Hammers.

Valencia telah tercedera ketika perlawanan kelayakan Liga Europa minggu lalu, ini akan memberikan masalah kepada Bilic untuk menajamkan barisan serangan West Ham.

Tetapi dengan adanya Kevin Nolan, Mark Noble dan James Collins – tiga pemain yang berpengaruh dan berpengalaman mampu menaikkan semangat pemain lain untuk berjuang untuk West Ham.

Tangga ke-12 sesuai untuk pasukan yang mampu memberikan lebih kejutan ini.

 11 – Crystal Palace

Yohan-Cabaye-crystal palace
Yohan Cabaye – pastinya mahu menggilap kembali kariernya bersama The Eagles

Yohan Cabaye – pemain yang pernah dikaitkan bakal berhijirah ke Manchester United sewaktu bersama Newcastle dulu memilih untuk memulihkan kariernya bersama Crystal Palace, setelah dipujuk bekas jurulatihnya di Newcastle, Alan Pardew. Cabaye perlu melupakan sejarah hitamnya di Paris St. Germain secepat mungkin untuk fokus terhadap cabaran baru di EPL.

Yannick Bolasi, Wilfried Zaha dan Jason Puncheon – mempunyai kelajuan yang menakjubkan dan telah mengkucar-kacirkan benteng lawan pada musim lepas terumanya selepas Pardew mengambil alih, dan dijangka akan beraksi lebih mantap dengan adanya Cabaye.

Cuma mereka tiada penyerang yang betul-betul berbisa. Patrick Bamford dan Chamakh hanya penjaring gol sekali-sekala, dan mereka mungkin sukar untuk menang dengan pasukan yang lebih besar.

Kekalahan demi kekalahan di tempat lawan akan menempatkan Crystal Palace di tangga ke-11.

Baca juga : Peningkatan bola sepak wales dalam masa yang singkat

Baca Juga

Baca Juga