Pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah dilabel sebagai ‘Pathetic’ atau menyedihkan kerana memainkan lagu keramat Liverpool, You’ll Never Walk Alone (YNWA), ketika sesi latihan menjelang perlawanan menentang Liverpool.
Pada musim lalu, Arteta telah mencuba sesuatu di luar pemikiran orang awam apabila pada bulan November, ketika dia mahu para pemainnya bersedia untuk bertemu Liverpool di Anfield, dia telah memainkan lagu nyanyian penyokong The Reds di padang latihan melalui pembesar suara.
Arteta telah memastikan bahawa pembantunya faham akan perancangannya dan dia dilihat menguatkan bunyi pembesar suara ketika latihan berlangsung, dengan harapan bahawa pemain akan mampu untuk membiasakan diri bermain sambil mendengar lagu itu.
All or Nothing adalah dokumentari disebalik tabir perjalanan pasukan Arsenal dalam usaha untuk tidak memenangi sesuatu yang memaparkan banyak detik-detik menarik.
EXCLUSIVE CLIP
The atmosphere at Anfield can be intense 🔥So Mikel Arteta prepares his players by blasting out You’ll Never Walk Alone during training 🎶 #AONArsenal pic.twitter.com/CjBQ3Lsn3T
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) August 2, 2022
Walaubagaimana pun detik Arteta memainkan lagu You’ll Never Walk Alone (YNWA) ketika sesi latihan paling menarik minat ramai kononnya untuk mewujudkan suasana seperti di Anfield.
Namun taktik itu sebenarnya tidak membuahkan hasil dan Gabriel Agbonlahor agak berbulu melihat perkara itu dan terus melabelkan Arteta sebagai ‘Pathetic’ dan menganggap siri dokumentari ini sebagai melucukan.
“Yang paling utama, dokumentari ini akan menjadi lebih kelakar berbanding lawak kelakar Kevin Hart.” Ujar Agbonlahor dengan penuh kejujuran kepada talkSPORT.
“Memasang lagu You’ll Never Walk Alone (YNWA) adalah perkarang paling menyedihkan yang pernah aku lihat. Jika aku ada di padang latihan aku akan dapati perkara ini sangat lucu.”
“Kau akan ketawa dengan rakan sepasukan kau.”
😳 “This Arsenal documentary will be funnier than @KevinHart4real’s stand up!”
🔥 “That’s the most pathetic thing I’ve ever seen! If I was training, I’d find it funny.”@Ga11Agbon slams Arteta for his #AFC training tactics before playing #LFC 👀 pic.twitter.com/8uKdRaTxTp
— talkSPORT (@talkSPORT) August 3, 2022
Gabriel Agbonlahor terus menganjing siri itu dengan memberi contoh jika Arsenal menentang pasukan lain, adakah Arteta akan melakukan benda sama mengikut sorakan penyokong lawan?
“Bila mereka bermain di Europa League dan bertemu pula Fenerbahche di tempat lawan, adakah mereka akan membakar suar dan memainkan bunyi drum di padang latihan?”
“Atau akan ada orang yang akan datang bermain drum ketika mereka berlatih?”
Bagi Agbonlahor sebagai pemain profesional mereka tidak perlukan semua itu kerana mereka telah pun bersedia untuk bermain dalam apa jua situasi.
“Mereka kalah perlawanan menentang Liverpool, berapa gol dah? 4-0? Ini adalah pemain profesional yang pernah bermain di dalam atmosfera yang besar.”
“Aku bingung mat!”
Gabby Agbonlahor lays into Mikel Arteta for 'pathetic' song choice during Arsenal training #AFC https://t.co/yiFFoNUw7a
— talkSPORT (@talkSPORT) August 4, 2022
Bermain menentang Liverpool bukanlah mudah bagi mana-mana pasukan, tambah-tambah selepas ketiadaan Steven Gerrard. Kepayahan ini akan meningkat dua atau tiga kali ganda sekiranya bermain menentang mereka di Anfield.
Tanya sahaja mana-mana pengurus dan pemain. Aura dan sorakan yang dibawa oleh para penyokong The Reds cukup menggentarkan.
Lantaran itu Arteta telah memastikan bahawa pembantunya faham akan perancangannya dan dia dilihat menguatkan bunyi pembesar suara ketika latihan berlangsung, dengan harapan bahawa pemain akan mampu untuk membiasakan diri bermain sambil mendengar lagu itu.
Strategi ini boleh dikatakan agak menarik kerana mereka sedar bahawa mereka bagaikan akan masuk ke kandang buaya, akan tetapi malang buat Arteta apabila rancangannya ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan.
Mikael Silvestre Ibaratkan Main di Anfield Seperti Pergi ke Neraka
Anak buah Jurgen Klopp berjaya menjaringkan empat gol menerusi Sadio Mane, Diogo Jota, Mohamed Salah dan Takumi Minamino.
Bek kanan, Cedric Soares, baru-baru ini telah mendedahkan rahsia tersebut dan kini Amazon Prime Video telah mengeluarkan satu teaser rakaman video ini untuk siri All or Nothing.
Bercakap tentang taktik itu, Cedric berkata;
“Anfield adalah stadium yang sangat dikenali di sini [England]. Memang susah nak lawan diorang kat sini sebab kualiti [pasukan Liverpool], kami juga tahu bahawa penyokong akan membantu pasukan mereka.
“Jadi, Mikel cuba persiapkan pasukan sebaik mungkin, maka ideanya adalah membawa pembesar suara dan mencetuskan sedikit huru-hara ketika latihan dengan harapan para pemain akan dapat menyesuaikan diri secepat mungkin.
“Bagus juga sebenarnya untuk pemain untuk menjalani sesuatu yang baru dalam latihan dan tanam benda ni dalam kepala. Mereka [penyokong Liverpool] akan ada di stadium dan mereka akan bising, tapi kami tetap perlu buat apa yang perlu kami buat.”
Mungkin Gabriel Agbonlahor yang sangat lantang mengkritik Arsenal sebelum ini tidak berkenan dengan cara Arteta ini namun ada menganggap cara ini adalah sangat bijak.