Atalanta Tidak Layak Bermain Di Champions League, Kata Pemilik Juventus

Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa Atalanta adalah salah satu pasukan terhebat di peringkat Eropah waktu ini.

Selepas mereka melayakkan diri ke Champions League musim lalu, pasukan dari Bergamo itu terus menghibur peminat seluruh dunia dengan mempersembahkan gaya permainan menyerang mereka yang luar biasa.

Atalanta sudah menjaringkan 70 gol dalam Serie A musim ini. Sepuluh gol melebihi saingan hebat mereka Juventus.

Selain menunjukkan kecemerlangan di Serie A, mereka juga mempamerkan aksi hebat di Champions League selepas berjaya menewaskan  Valencia 4-1 dalam pusingan 16 terbaik.

Satu kaki sudah berada di peringkat suku akhir. Hebat bukan?

Tetapi nampaknya kehebatan yang mereka tunjukkan di pentas Eropah tidak dapat memuaskan hati pemilik pasukan Juventus, Andrea Agnelli.

Menurut pemilik pasukan The Old Lady, Atalanta tidak berhak untuk mendapatkan tempat dalam Champions League, walaupun mereka menyertai kejohanan ini kerana merit.

“Saya sangat menghormati segala apa usaha yang telah Atalanta lakukan, tetapi dengan tanpa sejarah di peringkat Eropah dan hanya menunjukkan kehebatan dalam satu musim, mereka layak menyertai Liga Juara-Juara. Betul bukan?”

Kata Agnelli kepada FT Business Of Football Summit di London.

“Saya terfikirkan tentang Roma,pasukan yang telah banyak menyumbang untuk mengekalkan ranking Italy. Mereka cuma melalui satu musim yang sukar dan mempunyai masalah kewangan mereka tersingkir.”

Mengarut bukan? Tetapi bukan itu sahaja. Menariknya Agelli percaya bahawa semua pihak harus melindungi pelaburan dan kos oleh pasukan gergasi Eropah di masa hadapan.

“Kita harus melindungi pelaburan dan segala kos.”

Kata pemilik Juve lagi.

“Adakah Atalanta layak untuk beraksi dipentas yang lebih tinggi?”

“Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, ia hanya satu proses telus untuk membuat keputusan ini.

“Terdapat pasukan yang memenangi liga atau piala dan mencapai kelayakan hanya berdasarkan kedudukan negara mereka. Intinya ialah bagaimana kita menyeimbangkan sumbangan bola sepak Eropah dalam prestasi satu musim.”

Mungkin Agnelli geram kerana Atalanta mempunyai peluang lebih baik untuk maju dalam Liga Juara-juara sedangkan Juventus perlu menang untuk layak selepas kekalahan kepada Lyon.

Atau mungkin kerana Duvan Zapata menjaringkan gol lebih banyak daripada Cristiano Ronaldo pada tahun 2018/19 menyeramkan hierarki Bianconeri.

Semoga impian yang menyedihkan Agnelli tidak menjadi realiti.

BACA:  PSG Buat Bidaan Rasmi Untuk Rasmus Hojlund Yang Dikehendaki Man Utd