Tidur Terganggu Dikatakan Punca Atalanta Tak Boleh Beraksi Dengan Baik

Tidur diganggu menjadi antara punca mengapa Atalanta tewas di tangan Manchester United dalam aksi saingan Champions League.

Para pemain dan tenaga kejurulatihan tidak mendapat tidur yang cukup menjelang aksi perlawanan penting mereka di Old Trafford, dek kerana mereka dibangunkan oleh penggera hotel.

Pasukan pelawat menganggap yang segala gangguan itu seolah dirancang untuk memastikan persiapan mereka untuk turun beraksi terganggu.

Daily Mail mula melaporkan yang penggera kecemasan di Radisson hotel berbunyi sebanyak enam kali, dan ia jelas mengganggu tidur nyenyak para tetamu dari Itali.

Hal ini sangat mengganggu kerana para tetamu sebenarnya sangat memerlukan tidur yang cukup bagi menghadapi perlawanan.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini dianggap penting kerana, kemenangan akan menentukan kedudukan pendahulu saingan peringkat kumpulan F.

Walau bagaimanapun, salah seorang tetamu hotel mendakwa yang beliau juga merasa sangat terganggu dengan situasi di hotel tersebut.

Menurut laporan sama, penggera hotel berbunyi pada jam 4:51am, 5:00am, 5:36am, 6:11am, 6:31am dan 7:13am, jadi diorang nak kejut pemain Atalanta untuk Subuh ke apa ni?

Mengganggu pemain pasukan lawan di hotel bukanlah hal baru dalam dunia bola sepak, bahkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hal seperti ini sudah memang ada dalam perancangan para penyokong.

Para penyokong akan berusaha mengganggu pemain pasukan pelawat, seandainya ada perlawanan penting di tempat mereka pada keesokan harinya.

Dari mengetuk bilik hotel, membaling objek, membakar mercun, para penyokong akan berusaha untuk melakukan apa sahaja dalam usaha mereka untuk mengganggu pemain pasukan lawan.

Selain kem Atalanta, kesemua tetamu hotel itu sendiri bersetuju yang insiden yang berlaku jelas sekali sudah dirancang dan ia bukan hanya kebetulan sahaja.

Antara individu paling lantang bersuara tentang itu adalah kekasih kepada Ruslan Malinovskyi’s, Roksana.

Beliau menulis di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Saya tak rasa insiden ini semua hanya kebetulan. Adakah kamu rasa ini kebetulan? Saya tak rasa macam itu.”

Pada hari perlawanan, Manchester United berjaya menewaskan Atalanta 3-2, seterusnya membawa mereka ke puncak saingan peringkat kumpulan F.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-15 permainan, menerusi Mario Pasalic sebelum Merih Demiral menggandakan kedudukan pada minit ke-28 permainan.

Manchester United berjaya melakukan comeback pada aksi babak kedua permainan, dengan mereka cemerlang menjaringkan tiga gol untuk melengkapkan kemenangan 3-2 menewaskan Atalanta.

Marcus Rashford meledak gol pertama United pada minit ke-53 permainan, sebelum Harry Maguire menyamakan kedudukan, 15 minit sebelum tamat perlawanan.

Pada minit ke-81, Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol kemenangan untuk Manchester United menewaskan Atalanta 3-2.

Manchester United selepas ini akan berkunjung ke Bergamo untuk sekali lagi bertemu Atalanta, dalam aksi saingan Champions League.

Mereka pada ketika ini sedang mendahului saingan peringkat kumpulan dengan mengumpul enam mata, dan sepertinya United antara pasukan paling berpotensi untuk mara ke aksi peringkat kalah mati.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rashford Kongsi Kejadian Selepas Dimalukan Liverpool Dan Hukuman Erik Ten Hag